Wednesday, January 5, 2011

RUNDINGAN DAMAI UMNO & PAS

Dalam laporan Malaysia Insider diberitakan yang Hadi dan Mustafa Ali akan jumpa Nik Aziz dalam usaha berunding Peace Talk yang di anjurkan oleh Tun Abdullah Badawi. Sama ada ianya pasti berlaku dan apakah hasil nya pelan pendamaian itu kita tunggu dan tengok sama sama. Ini adalah suatu langkah yang murni dan jangan kita halang bila ada dua kelompok muslim mahu berdamai.

Memang ramai yang akan kata yang macam-macam. Komen Agong mereka akan marahkan UMNO. Sehingga kita merasakan bahwa Pas dan Umno ini selaku patah arang. Sesama kita sesama agama pun didoakan agar kita jangan bersama dan kekal berpisah sampai dunia khiamat. Itulah doa. Itulah impian. Impian mereka mahu orang melayu yg Islam jangan bersatu, mesti anggap sesama mereka itu musuh hebat. Musuh Agong.

Ini adalah satu gerakan yang murni, suatu cadangan yang semua muslim mahu lihat berlaku. Apa makna 1Malaysia kalau kita sesama melayu pun tak dapat bersatu. Ini kan pula nak satukan kaum kaum lain. Jadinya janganlah ada suara sumbang yang cuba mengelirukan usaha ini. Bukan apa, kita sekadar menegur bahawa perpaduan sesama Melayu dan sesama Islam itu adalah tuntutan agama, bukan tuntutan undang undang negara atau undang undang manusia.

Dari komen yang dapat di sebut nampaknya ramai yang agak goyah dan marah akan usaha yang di buat.Mereka kata mana ada negara ini satu malaysia?kenapa?kerana satu malaysia mesti tunjuk PAs mesti bermusuh dengan Umno.Apakah itu maksudnya?Bagi mereka yang tidak mahu islam dan tidak mahu melayu ujud lagi di tanah ini akan tafsir yang bukan bukan akan konsep satu malaysia.Mereka mahukan negara ini di milik kuasa oleh orang lain.Apakah ini patriotik?apakah ini kontrak yang adil?

No comments:

Post a Comment