Tuesday, January 4, 2011

SENAM SEKSI!!!! -DAP

GAMBAR HIASAN : Tidak salah untuk bersenam tetapi bila berada di perkarangan Masjid hormatilah dan janganlah kita sekali-kali bersekongkol demi sirvival politik duniawi kerana neraka itu adalah BENAR!!!
YB Nie Ching (DAP) dari DUN SERDANG muda orangnya. Dari riak wajah dan genitnya bolehlah kita terima dia ini cantik dan seksi. Memang pun semua wanita suka jika mereka dikatakan cantik dan seksi. Jadinya dengan berbekalkan semangat sebeginilah dia dengan tracksuit ambil bahagian dalam senamrobik anjuran jkuasa masjid Taman Cheras Jaya Balakong.

Dia di depan dan belakangnya  nampaknya adalah beberapa lelaki Islam. Senaman sudah tentunya menyihatkan badan,mata,dan fikiran.Ini memang di sarankan. Persoalanya senaman dalam perkarangan masjid perlukah kita menutup aurat? Bila persoalan ini dihebohkan maka si genit ini pun bertanya apa yg patut dan apa yg tak patut di lakukan? Dia masih memegang pendirian bahawa orang Islam memang mudah bergaul.

Justeru kenapa perlu dihebohkan. Orang pertama menyokong ialah Nik Aziz. Beliau terus kata tak jadi hal kalau lakukan aktiviti di perkarangan masjid.di Kota Bharu pun orang bukan Melayu dan Islam ada yang buat kerja angkat simen dan kerja bangunan. Nah Pak Nik kita pun bukanlah nyanyuk lagi. Dia tambah dengan kata mesti tutup aurat kalau yang perempuan.

Itu dia! perihal yg di bangkitkan dalam Utusan Malaysia bukan hal boleh tak boleh. Ia adalah isu tutup aurat. Kalau nak loncat dan nak gelek itu kena tanya tukang penganjurnya tapi Allah dah perintah bahawa dalam perkarangan masjid mesti tutup aurat. Itu saja. Susahkah YB muda ni nak diberitahu.Mungkin kalau di nasihati dengan betul tentu YB muda akan tutup aurat tapi kalau selepas dinasihati dia masih engkar maka kita rujuk pula pada Nik Aziz tengok apa dia nak kata.Walau apa pun dari gambar di utusan YB kita memang nampak seksi.Mungkinkah itu yang mahu di pamirkan.Tanyalah wakil rakyat ini.

No comments:

Post a Comment