Tuesday, January 4, 2011

KATAKAN TERIMA KASIH


Pastinya 2011 memberi kenangan yang banyak kepada KITA!!!... Yehaaaaaaa welcome to year 2011
2010 sudah berlalu. 2011kini bersama kita. Peristiwa hitam putih, kejadian pelik dan ngeri, kebanggaan dan kekeliruan dan banyak lagi yang kita saksikan seolah-olah senentiasa ada yg baik dan ada yg tidak. Kita tahu yang menentukan ialah yang Maha Berkuasa Allah. Kita hanya umat kerdil yang sentiasa diuji akan kesabaran, kesopanan, adab, kesetiaan dan banyak lagi nilai nilai murni.

Kita diminta oleh agama sentiasa berpesatuan, bermuafakat, berpakat untuk mencanaikan erti kedamaian, kemakmoran, kesusilaan,dan perasaan bahwa kita ini SATU. Rakyat am nya melihat bahwa Malaysia adalah tanah yang direstui, rakyat Malaysia memang sentiasa mahu kepimpinan yang bersopan, yang beradab,yang tidak haprak, yang sentiasa mahu gerak ke hadapan bersaing dengan negara luar. Malaysia mahu diakui hebatnyai, Malaysia mahu rakyatnya di hormati, Malaysia mahu rakyatnya dikenali sebagai pintar, bijak, bistari dan yang terlalu penting ialah BERTAMADDUN.

Inilah impian kita semua. Inilah hajat. Ini yang kita panjangkan doa pada Ilahi semoga hajat kita semua di makbulkan sehingga kita bersolat hajat untuk dijauhi malapetaka. Kita mohon habis-habisan Allah hindari sifat jahat, sifat melawan yang di anggap biadab, sifat mahu mencaci dan cerca, sifat mahu cabar dan cabul, sifat derhaka dan yang lebih teruk ialah sifat menguji kesucian amalan dan tempat ibadat. Kita akhirnya mengadap ilahi. Pelihara tempat ibadat dan pelihara kesucian dan bersihkan tempat ini dari sebarang kekotoran.Ini yg kita semua mahu.

Tak kira lah apa jenis kaum, puak dan keturunan, samada bangsawan atau petani atau penjual kueh, inilah kita semua mahu dan tekad. MALAYSIA MAJU 2020. Nah!kenapa kita tak kata terima kasih pada kepimpinan, institusi, media, penjawat awam dan ramai lagi yg telah tungkus lumus  MEMELIHARA negara dan rakyat. Katakan terima kasih, katakan yang kita bersyukur, katakan terima kasih, katakan kita selesa,katakan terima kasih, katakan kita berhemah, katakan terima kasih kerajaan malaysia kerana kerajaan ini lah yang membawa kita selama ini untuk menikmati kemajuan dari kereta lembu hingga ke ERL dan SAGA, dari kedai kopi ke food colony,dari gerai ke SOHO, dari wayang pacak ke GOLDEN CINEMA, dari atap ke bumbung menara,dari talipon pondok ke IPhone,d ari tv hitam putih ke tv plasma, kita boleh sebut macam macam lagi.

Kita menikmati dan menuju tamaddun. Tamaddun yg akan menjadi sejarah kegemilangan dengan tidak menepikan rakyat dan tidak mengenepikan nilai murni. Paksi kita ialah RUKUNEGARA. Ayuh kita bersama menuju tamaddun. TERIMA KASIH MALAYSIA.TERIMA KASIH KERAJAAN.TERIMA KASIH UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

No comments:

Post a Comment