Tuesday, January 18, 2011

MEMILIH PENGGANTI WAKIL DUN TENANG

Keperluan PRK di DUN TENANG atas kehendak ilahi berikutan dengan kematian wakil rakyatnya Allahyarham Dato' Sulaiman Taha. Sedekahlah ALFATIHAH kepada roh arwah. Makanya 30 Jan ini pengundi sekitar 14,900 akan keluar mengundi.

Mereka akan memilih calon yang layak mewakili mereka. Rasanya tidak payah sangat nak fikir-fikir sebab dulu pun mereka telah memilih BN. Secara tradisinya ini adalah kawasan pertandingan satu lawan satu, antara PAS dan BN, tapi kali ni katanya mungkin 3 penjuru.Perubahan menarik kali ini ialah calon PAS bertukar dari seorang lelaki kpd seorang guru perempuan.

CIKGU MALA nama manjanya.Calon lelaki yang setiap kali pilihanraya diadakan sebelum ini telah dipinggirkan oleh PAS. Kenapa? mungkin prestasinya dalam pilihanraya kurang menyakinkan. Kali ini PAS memberi harapan pada cikgu. Adakah cikgu ini akan mengekalkan majoriti sebelum ini atau akan hilang deposit? Kita hendaklah sabar menunggu hingga 30 Jan. Ramai yang kata BN akan menang berasaskan kesungguhan PM dan ahli ahli BN lain.Rakyat semakin menaruh harapan pd Najib dan rakyat telah sepakat bersetuju bahwa najib seorang yang komitted,tak banyak bercerita tapi banyak sungguh menunjukkan kemahiran nya dalam membentuk negara bangsa yang bertamadun.

Walau apa pun PM tenang.PM dengan tenang menzahirkan hanya sekadar berpesan yang PRK TENANG seharusnya berupaya memberi kemenangan sebab setakat ini ada lonjakkan dalam kemenangan BN dalam siri PRK.

BN akan umumkan calonnya pada 19 Jan. Dah tentu BN calonnya muka baru. Lelaki atau perempuan itu kita tunggu dan lihat sebab BN katanya ada 7 calon yang layak.Yang perlu di pilih ialah calon yg boleh menang.DUN Tenang ada 12saluran mengundi dan satu saluran undi pos yang tidak lah ramai sangat pengundinya.

Sebaik saja diumumkan,Cikgu Mala tak buang masa. Dia terus berkempen walau pun tarikh mula kempen ialah pada 22 Jan yakni tarikh penamaan calon. Mungkin cikgu kita sebagai muka baru berasa ghairah dan bertenaga. Walau apa pun, dalam kempen kelak kita akan saksikan bagaimana PAS dan sekutunya akan guna peluang untuk bangkitkan hal nasional seperti isu TBH, harga barang naik, ANAK, ladang, subsidi itu dan ini, walau pun ini adalah untuk pilihan dewan undangan negeri bukan nya ahli parlimen.

PAS tidak meletakkan harapan tinggi untuk cikgu menang tapi mereka gunakan flatform ini untuk uji dan kaji kekuatan bagi bersiap-siap untuk PRU-13. Mereka pun tahu yang jika PRU13 di buat nya tahun ini maka akan ada lagi pilihanraya di Tenang. Sepatutnya mereka tidak bertanding, ini untuk mereka simpan tenaga bagi PRU 13. Sebab itu PRK ini PAS tidak kan guna strategi untuk menangkan cikgu tapi lebih kepada bangkitkan isu nasional dalam mengukur sikap penerimaan rakyat.

Kalaulah begini pendirian PR maka sia sia saja mereka berkempen dan menjanjikan itu dan ini kepada hasrat penduduk tempatan.Mana sempat nak buat jalan tar,gelanggang futsal,urusan kebajikan penduduk ladang jika cikgu menang.Tapi kalau BN menang besar mungkin lah Tenang akan nikmati kemudahan tempatan,dan ini BN akan buat segera kerana jaga reputasi untuk terus menang dalam PRU13.Siapa untung?

Harapan pengundi pun bagitu ,mereka mahu kebajikan mereka di jaga. Anak-anak , keselesaan, penggajian buruh, permohonan tanah semua ini terlaksana bukan dengan menjadi pembangkang tapi menjadi sebahagian dari kerajaan. Justeru pengundi Tenang bila mengundi mesti buat perkiraan, bukannya melepaskan geram. Jika lepas geram hasilnya tak untungkan rakyat. Kalau rakyat terpengaruh dengan suatu harapan yang gemilang daripada parti bukan kerajaan, maka itu adalah suatu kesilapan,kerana ternyata yang ianya lebih rugi dari untung. Kepada ketiga tiga kaum,mereka mesti bistari dlam buat pilihan.Ini PRK bukan untuk protes tapi untuk lebihkan untung yg sedia ada.SELAMAT BERKEMPEN.

 

No comments:

Post a Comment