SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA!!! Kita dah merdeka selama 53 tahun tapi adakah anda MERDEKA dari jajahan mentaliti dan cengkaman kebodohan yang cuba merosakkan keamanan,kemakmuran dan perpaduan di MALAYSIA????!!!
Kelmarin kita cuti. Ramai yang bangun lewat. Mungkin bersahur. Tapi ada juga yang anggap ini 'day off sehingga ada yang tak tahu kenapa? Jika kita tahu mengapa dan jika kita mengerti maka awal-awal lagi kita bangun. Kepada yang berkeluarga kita sama menonton tv untuk mengingatkan dan bersyukur kerana nyamannya tidur dalam negara yang MERDEKA.
Cuba kita renung-renung akhir-akhir ini dan ingat pesanan PERDANA MENTERI. Sejak dua menjak ini kita yang beragama Islam terasa macam dicubit-cubit. Kita yang taat pada Sultan terasa dijeling-jeling oleh mereka yang mahu mengadu dumba.
Lagu keramat pun mereka ubahkan jadi bahan hiburan lucah. Cukup kalau kita terima hakikat yang kita dikelilingi oleh mereka yang tidak menghormati adat dan agama. Itu sikap. Sekarang kita tengok muka yang ramai di stadium. Hampir semuanya Melayu. Tentunya mereka dari awal pagi ke stadium.
Boleh kita kesan muka dari MontKiara, Damansara, Petaling? Tentu ramai yang masih tidur ketika itu. Mungkin TV pun mereka tak tengok. Kenapa mereka sepi memberi penghormatan. Adakah mereka bangsa yang begini rupa? TIDAK!!. Mereka menjadi begini kerana keliru.
Ini sebab ada di kalangan Melayu sendiri yang biadab. Ada di kalangan Muslim yang lebih dekat dengan mereka mengajar ilmu kurang ajar. Kita tahu mereka ini Fast Learner. Ada saja ruang mereka di bandar khusus di Cheras, PJ Oldtown, UpTown dan bandar yang 'happening' adakah dikibarkan bendera? Tumpu trend ini baik-baik.
Bukankah kedaulatan Melayu sudah mengalami hakisan? Satu kerana biadapnya DAP. Dan keduanya petualang PKR dan PAS. Dua parti yang diterajui Melayu ini mengsosialiskan Melayu. Bila darjat Melayu dijadikan sama seperti lanun dan perusuh maka senang DAP masuk ambik alih istana kuasa.
Apa guna termenung ketika itu.. sesal ketika itu. Fikirkanlah siapa yang bela nasib ekonomi, sosial, kesihatan, kualiti hidup orang Melayu ketika Melayu menjadi kelas ketiga. Merdeka ini pertahannya di tangan Melayu. Celik luaslah wahai Melayu. Bentang ini sudah rapuh.
Generasi muda yang gagah dilemahkan dengan dadah dan kebebasan sosial yang tak ada batas. Bila kita huru hara minda maka dalam diam mereka mencuba nasib. kalau untung mereka akan ditakhta kalau melepas mereka masih hebat kuasai ekonomi. Untung dimana Melayu akhir zaman ini?
No comments:
Post a Comment