Tuesday, August 17, 2010

SIRI 3: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

SIAPA UNTUNG kalau rasuah tidak dibendung? Tentunya yang memberi dan menerima. Yang memberi akan lega dan bangga bahawa kejayaan meraih kerja adalah melalui jalan belakang. Melalui "kira-kira" dengan yang berkuasa membuat kelulusan.

Akibat dari janji luar jangka maka yang memiliki kuasa merasakan ada suatu penterjemahan dari kuasa kepada kesenangan material yang segera. Inilah fundamental RASUAH. Jangan kita bicarakan hukuman dan keadilan atau tergamaknya rasuah berlaku. Kita tumpu dulu pada aktor atau selebriti rasuah ini.

Mereka dirasuki dengan mentaliti mahu menjadi juara kesenangan, sehingga anak bini pun terpegun dengan kesenangan yang ditabur oleh ketua keluarga. Jangan kita tanyakan sama ada keluarga mereka sedarkah yang mereka hidup atas najis rasuah yang samalah dengan wang hasil pelacuran, tapi hal ini bukan jual tubuh tapi jual maruah dan keimanan.

Berbalik kita kepada yang memberi dan sikap yang menerima. Siapa golongan bangsa yang suka memberi? Tentunya mereka yang tidak berpaut pada ugama. Mereka yang faham bahawa segalanya ialah keuntungan dalan erti kata sebenarnya memberi sogokan adalah menghalalkan cara.

Kita imbau kembali sejarah dan kelakuan pendatang. Mereka mahu survive dan mahu menetap dan mereka tidak ada apa yang mahu mereka berpaut selain dari keuntungan ekonomi. Mereka akan gunakan rasuah untuk mencapai apa jua maksud. NAH! sekarang di saat ini siapa golongan yang mengawal ekonomi? Memang ramai yang dapat menjangkanya.

Dalam konteks 'menerima', tentunya yang ini hanya ada kuasa sahaja. Itu pun melalui jawatan yang diberi oleh kerajaan. Mereka pada awal golongan beramanah dan ditambah lagi dengan pegangan agama yang kuat, tapi iman tergoyah apabila pertimbangan untung telah menguasai minda dan ringgit berdansa di depan mata. Namun mereka masih sedar bahawa jika mereka bijak lari dari hukuman dunia pastinya akhirat mereka akan diadili dengan dahsyat. Ini yang menghairankan, bagaimana seorang yang sedar akan hukuman Allah masih dengan berani tanpa ada sedikit pun rasa malu pada agama mahu terus terjebak dalam kegiatan yang sungguh memalukan.

Siapa golongan ini? Kita pun tahu akan jawapannya. Apabila sudah tahu siapa mereka mari kita ke Negeri Selangor, sebuah negeri yang dianggap banyak contoh rasuah. Ramai sekali golongan koperat, aktivis, parti politik DAP, dan individu atau golongan muda Cina memberi contoh-contoh bagaimana Melayu dirasuki oleh najis RASUAH. Apa lagi yang kita tak diberikan contoh. Mereka mengatakan Melayu Rasuah sehinggakan kita tidak terfikir yang memberi rasuah itu kebanyakkannya adalah Cina. Dipendekkan cerita, maka tumbanglah kerajaan Melayu dan naiklah dengan GAHnya Kerajaan Campuran yang jelas kebanyakkannya didominasikan oleh Cina.

Senario yang cukup menyeronokkan lagi bila mana PAS juga mendapat kuasa. Belum sempatpun 2 tahun pemerintahan sebuah negeri, itu belum lagi negara, Kerajaan ini sudah mula menghalalkan rasuah. Lantas, timbullah rasuah di kalangan Cina. Pemimpin DAP mula menggorak langkah untuk mengamalkan sikap buruk bangsa ini. Rasuah berlaku di Selangor sekarang dan berlaku juga di Pulau Pinang. Pemimpin DAP sentiasa memyibukkan diri untuk menegakkan 'benang basah'. Yang hairan Melayu diam dan tersentak, seolah-olah tidak percaya bahawa Cina berupaya melakukan kerja sedemikian rupa.

PAS hanya mampu membisu seribu bahasa dan tidak keterlaluan dikatakan berpeluk tubuh walaupun jelas maruah bangsa dicemari oleh bangsa Cina. Atas tindakan tersebut PAS tidak berani keluarkan dalil atau hukum apabila bersama-sama mengurus dengan pemerintahan yang mengamalkan rasuah. Begitulah permainan politik dewasa ini. Yang rugi ialah mereka yang dikelirukan. Kebanyakkan Melayu.

Ceritanya cukup mudah untuk KITA fahami, janganlah kita suka menuding jari dan rasuah ada kepada individu yang dekat dengan kuasa. Jangan kita gadaikan bangsa hanya kerana kita TERMAKAN JANJI mahu mengelak daripada rasuah. Apa yang penting ialah kita tabah dan kuatkan iman dengan beristigfar. Negara ini untuk mereka yang beriman.

No comments:

Post a Comment