Jika selamanya Melayu tidak bersatu dan bersefahaman siapa yang akan mengaut keuntungan? Dari dulu lagi kita diuar-uarkan mengenai kemungkinan kita akan dijajah. Ramai yang kurang yakin, mana mungkin sudah merdeka ada lagi penjajahan.
Ada juga yang cuba mempertikaikan kenyataan ini dengan alasan bahawa Malaysia ini bukannya kaya macam Arab, saiznya pun tidak berbaloi untuk dijajah. Kita bila dengar saja hal penjajahan kita ingat cara konventional. Tapi sebenarnya penjajahan yang dimaksudkan dan kedaulatan yang dilihat sebagai hilang upaya.
Bayangkan kalau negara asyik berhutang, bayangkan jika pengurusan negara lintang pukang, pastinya ketika itu ada pihak ketiga yang memberi kata dua untuk mengakhiri situasi ini. Pada ketika ini kita hampir di garisan dijajah. Ingat tak ketika penyangak mata wang cuba menghumban negara ini. Siapa sangka kita hampir tertiarap dengan gelagat ekonomi 1998.
Nasib baik pemimpin negara kita tanpa perlu minta bantuan berjaya keluar dari perangkap. Perlahan-lahan kita merangkak untuk naik balik, banyak juga negara lain yang terpaksa mohon bantuan IMF. Lalu mereka yang diberi bantuan tentunya kena saja ikut apa jua syarat tersurat dan tersirat.
Itu hal kewangan. Bagaimana kalau kita di tawan oleh ideologi baru? Katakan negara ini diurus oleh ideologi sosiolis? Sehingga kini kita masih bertahan untuk menolak pemikiran ini. Tidakkah kita sedar yang ideologi juga boleh mengubah landskap politik? Ideologi juga penting difahami kerana ia adalah ibarat penyuntik yang menyuntik dalam pemikiran kita cara yang kita tidak sedar dan budaya setuju segalanya juga merupakan status kita dalam proses tawan.
Cuba kita tanya setakat yang kita faham. Ideologi mana yang patut kita halang? Cuba kita tanya ideologi yang mana membahayakan kebebasan. Cuba kita renung ideologi mana yang promosikan demontrasi jalanan. Bukankah sedikit sebanyak telah ada dipamerkan. Itulah tanda bahawa demontrasi jalanan. Bukankah sedikit sebanyak telah ada dipamerkan. Itulah tanda bahawa kita tidak boleh nafikan bahawa tawanan yang mungkin kita hadapi ialah dari aspek ideologi.
Kita fikir fikirlah sendiri beberapa gelagat parti politik berkhidmat dan yang mana yang bawa ideologi yang paling kita benci tapi akibatnya kita kabur ma akita semakin dihampiri oleh mereka.
No comments:
Post a Comment