Saturday, October 30, 2010

Bila Batu Ada Udang Yang Tersembunyi!!!!

PAKATAN RAKYAT atau PAKATAN SYAITAN? Siapa firaun yang dikatakan arkitek perjanjian syaitan yang diumumkan oleh YB Zulkifli Nordin, bekas peguam PKR dan bekas penyokng tegar PKR. BUkan itu saja. Beliau tekad untuk dedah lebih terperinci pakatan syaitan ini apabila masa yang sesuai tiba.


Nah!!!! PKR perlu menjawab secara ikhlas dan terus terang kerana ia bukan dakwaan UMNO. Ini dakwaan bekas PKR kerana YB Zul ini orangnya jelas memperjuangkan semangat dan cita-cita Islam. Setakat ini beliau tidaklah mempunyai personaliti yang kontroversi tak pernah dengar macam pemimpin lain yang rakus dan kurang asam macam Azmin.

Jadinya kita tak perlu lagi meragui apa yang mahu disampaikan Zul. Kita tanya orang lama yang kenal DAP. Siapa saudara kembarnya dan kita tanya PKR itu siapa bapanya dan siapa ibunya. DAP tujuannya mahu secara halusan MERUBAH. Raja, mungkin agama, yang tentunya Melayu. Tengok saja jiran kita. Minta dia senarai kejayaan orang Melayu Singapura.

Tentu dia tidak ada. Kenapa? Sebab nak dapat jawatan kena cekap bahasa Mandarin. Ini rasis ka atau liberalisme? Nah kita tengok di negara kita sendiri. Mana orang Cina mahu tutup sekolah cina sebab dia tak mahu Cina hilang bahasa dia untuk pastikan bila dia berkuasa bahasa Melayu dikafankan.

Banyak lagi agenda yang Melayu hari ini tak nampak sehingga memerlukan cendiakawan negara, para ilmuan berpesan ratusan kali Melayu kena buka mata. Mari kita intai konspirasi DSAI. Dia guna pelbagai istilah seperti reformasi, ubah, konspirasi. Ini adalah untuk dia jadikan istilah dalam perjanjian syaitan PKR/DAP.

Dia terus tangguh kes liwat dia tahu yang lama-lama kes ini akan selesai selepas PRU-13. Dia juga tahu umurnya, umur Lim Kit Siang semuanya dah ranum-ranum belaka sebab tu PRU-13 adalah penentu. Dia juga ada plan B. Manalah tahu sesuatu berlaku maka anak-anak mereka akan take over. Tengok saa di Singapura, dan tengok anak Karpal, anak DSAI, anak Lim.



Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!!!

Semua ini semacam ada satu konspirasi dan inilah regim yang bakal memimpin negara. Merekalah arkitek dan jurutera memusnahkan nasib masa depan bangsa dan agama. Untuk negara, mereka akan pastikan kuasa yang mereka miliki tidak akan jatuh ke tangan Melayu lagi sampai kiamat. Untungkah Melayu ketika itu?

No comments:

Post a Comment