Saturday, October 30, 2010

Wayang Yong Teck Lee dan Anwar Ibrahim @ Ansari Abdullah

DEBAT CALON: Ansari dengan lantang dan cukup berani mahu adakan debat dengan Uncle YTL. Kita seronok dengar berita cabar mencabar ini. YTL memang hebat pidatonya. Begitu juga Ansari. Sebagai lulusan peguam tentunya pengundi tidak akan kecewa dengan debat yang dikatakan hebat dalam sejarah Batu Sapi.



Makanya, kita dapat simpulkan bahawa PKR memang sungguh-sungguh benggang dan berang dengan kehebatan YTL. Mereka mahu rakyat nilai bagaimana YTL mahu menjawab isu lapuk mengenai "Sabah or Sabahan" dan isu keadilan pada rakyat. PKR nampaknya tidak akan setuju dengan rancangan kaum Cina mahu beri sokongan pada YTL.

PKR macam di dalam satu perangkap. YTL pula anggap Ansari ini budak hingusan. Dia lebih suka dengan DSAI. Kata lawan kawan di Batu Sapi, DSAI pun agak segan dengan kehebatan YTL. DSAI ini kalau ada DAP atau PAS baru naik minyak. Jelas bahawa kedua parti ini kerakusan. Mereka tidak boleh tengok parti yang cuba mengatasi kelicikan mereka.

Yang bagusnya orang Cina pula naik benggong. Kalau bagi pada SAPP itu bukan menyambung seruan DAP di Sibu. Kalau sokong PR mereka tahu perangai Ansari dan mereka memang tak sokong calon Melayu pembangkang kalau ada calon jenis sama dari parti lain. Kelihatan juga beberapa pemimpin tertinggi PAS yang tidak diterima di kawasan Melayu.

Mereka tidak mahu syarahan kosong, mereka mahu masalah mereka dan keperluan mereka disempurnakan. Makanya jelas yang memang menyentuh kehendak rakyat ialah BN. Ramai dari PKR dan SAPP kata yang calon ini tidak pandai bahasa Melayu. Ini bukan isu besar. Ukurannya ialah kebolehan bukan kpetahan. Bila dah jadi wakil rakyat tahulah dia untuk baikinya.

Lagi satu ialah bila kita undi BN maka kita undi Perdana Menteri. Kita undi BN macam kita sokong kerajaan negeri. Makanya segala urusan berjalan lancar. Ini yang rakyat mahu. Ansari dengan lagenda jatuh ke laut di katakan sengaja mencari publisiti murahan. Memang kalau itu benar maka malu besar PKR. Takkanlah sebab nak dapat undi sampai kena terhumban ke dalam laut.

Rakyat Sandakan terus binggung dengan watak dramatis yang cuba ditonjolkan oleh calon PKR. Ada juga yang mengatakan bahawa lepas ini dia akan jatuh dari sampan bila melawat penduduk di pulau. Memang ini warisan DSAI, Ramai sudah pengundi di daerah Sekong yang menyebelahi BN tapinya bagi kaum Cina di kawasan Karamunting mereka masih keliru sama ada mahu sokong BN, PKR atau SAPP.

Mereka ada kemungkinan akan mengundi PKR sebab mereka tahu Yong ini mungkin akan sokong BN bola tiba waktunya. Mereka kena sokong PKR sebab PKR lebih ramai di KL. Orang Cina muda melihat PKR lebih hebat dari uncle Yong. Makanya besar juga kemungkinan undi bagi PKRakan lebih di kalangan pengundi Cina.

Tapi kalau ikut statistiknya separuh pengundi Cina adalah wanita. Semangat wanita jangan diperkecilkan. Walau apa pun kita tunggu keputusannya pada 4 November 2010.

No comments:

Post a Comment