Monday, October 11, 2010

SIRI 43: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Seminggu sebelum berakhirnya Syawal banyak perkara yang berlaku. Taeter Mahathir mendapat semabutan hebat tapi Azmin lantang menyifatkan Mahathir pemimpin yang tersungkur di Australia. SPR dah umum hal DUN GALAS lintang pukang PAS bantah. Itu tak kena ini tak betul.. Ini gara-gara sebab mereka GUBRA nak balon KU LI yang depa sangka geng depa.
Rahimi pula yang baru nak buat 'press conference' di serang oleh geng yang mendakwa sokong DSAI. Kecoh betul. Zaid pula buat percaturan bersyarat. Bukan apa dia pun tahu yang dia akan kalah kalau lawan Azmin yang cukup dengan soldadu yang disogok dengan berbagai kemudahan. 

Bacalah kenyataan REFORMIS yang kata bagaimana AZMIN layan habis penyangak yang lapar. Zaid sekarang mesti lawan DSAI sebab DSAI bukannya ada apa pun kecuali hebat bersyarah hebat akap dan hebat TEMBERANG. Kita tengok keduahan drama Parti Kian Rebah (PKR). Di Penang pula rakyatnya yang miskin, lebih umur dari 60 tahun tampil kedepan untuk pulangkan semula wang judi yang disogok oleh LGE konon atas nama kebajikan.


Nampaknya orang Penang khususnya Melayu yang dah berumur ada maruah diri dan ada taring tapi yang mudanya ke mana mereka? Kalau zaman zaman dulunya yang muda ni kalau tahulah merka macam mana orang tua di autakan mereka terus tampar saje sapa yang buat aniaya pada yang tak berdosa. Di Penang juga ada krisis air. Maka LGE buat diam bila ada yang kata hentikan saja kebajikan airnya untuk atasi masalah air.

Sekarang mereka baru tahu payah senang untuk urus negeri dan negara. Sudah 2 tahun apa yang kita nampak kemajuan di Selangor dan Penang? Tak ada yang significant langsung. Hal masyarakat tak dapat pembelaan. Janji bantuan penduduk Kampung Assam hanya tinggal janji. Projek perumahan rakyat tak tahu ke mana perancangannya. Yang kita hebat dengar ialah propaganda DAP dalam akgtiviti sosialnya.

Begitu juga si Khalid Gagap dia pun macam dah sasau kerana di tarik telinga oleh Azmin yang sedang kembang segala bulu yang dia ada. Pegawai di Selangor yang dulunya hebat sekarang relaks sekali menyaksikan drama abad ini yang cukup hebat. Mcam mana Selangor nak maju? Kalau beginilah kelakuan Pengurus dan Pemimpin Selangor maka tidak hairan Selangor akan jadi negeri yang penuh dengan kekalutan.

Mungkin CAT Penang pun tak tahu apa lagi nak ditulisnya selain dari cerita majlis tarik tali dan minta sekor timbalan menterinya si Melayu untuk hadir dan rasmi ke sana ke sini. DAP sebenarnya sedang atur strategi untuk pengundi Melayu macam yang dibuat di Singapura. Lepas agih dia sepak mereka keluar dari Penang.

Kita tanya PKR dan PAS Penang buat apa? Mereka diam bila tengok Melayu yang Pak Lebai bagi duit balik dengan LGE. Apakah ini namanya parti yang membela rakyat atau parti yang diminta untuk Luluk Tiamtiam. Dah lama kita bermati-matian mengingatkan bagaimana Melayu akan dihancurkan kerana menghancurkan Melayu lebih mudah dari bangsa lain.

Bukan apa kerana bangsa ini sekarang sudah hilang identiti akibat hal rakus kuasa, gila kuasa, gila segalanya. Dulu mana ada anak muda kurang sopan dengan pemimpin yang berjasa tapi bila tok guru PKR dan PAS bergabung maka wujud bukan saja kurang adab tapi tak malu perbuatan mereka pada yang buka Melayu. Si DAP pula ambik kesempatan cepat-cepat untuk pulun habis-habisan waktu PAS dan PKR tengah kalut. Maka siapa yang untung akhirnya?

No comments:

Post a Comment