MASIH TERGANGGUKAH MINDA MELAYU? Melayu nyata cacamarba selepas Mac 2008. Ragam politik parti cukup memberi kesan dalam membingungkan Melayu dalam menghitung masa hebatnya, dalam mengawal hak istimewanya, dalam menyuarakan budimannya mereka kepada bangsa bukan Melayu.
Melayu mula cemas pemikiran mereka. Mereka mula melihat Sultan dan Raja yang memerintah. Mereka rasa lapang dada kerana Sultan mereka bijak minda. Mereka tercari-cari siapa di pihak benar. Mereka mahu tahu siapa komander Melayu. Sesekali mereka lihat DSAI, sesekali mereka ternampak Nik Aziz dan kaum puaknya.
Mereka juga melahirkan rasa pelik kenapa DAP dalam suasaa porak peranda kesatuan Melayu terhegeh-hegeh berdampingan dengan pejuang Melayu yang bencikan UMNO. Mereka mau NGO bersuara bagi pihak mereka. Mereka tidak meminta hak lain tapi mahu hak mereka jangan dihakis.
Malangnya bila NGO lahirkan suara Melayu setiap kali itulah mereka di cap dengan pantas yang mereka ini rasis dan kenyataan mereka dianggap provokasi. Ada juga Melayu yang leka, Melayu yang tak lagi kisah hal asal usul dan mereka ini hanya fikir tentang diri mereka saja tanpa melihat nasib bangsa jika kuasa sudah di tangan lain.
Begitulah suasana minda Melayu dalam tempoh 2 tahun yang lalu. Namun dalam menutup tirai 2010 Perdana menteri muncul dari sifat lemahnya. Beliau brdiri tegak dan berani ketika berdepan dengan perwakilan UMNO. Beliau lantang dan mengajak Melayu semua mempertahankan Melayu. Melayu mula tunjuk kelegaan. Tambahan pula sebaik saja selesai sumpah keramat PWTC, UMNO mencorakkan kemenangan bergaya di Galas dan Batu Sapi.
Ini telah mencelikkan sebahagian lagi Melayu yang was-was. Kepimpinan Melayu rupanya masih segar. dalam mula merasa selesa kita mula menyaksikan porak peranda parti PKR dan kelam kabutnya Nik Aziz dengan tafsiran zakat rasuah. Bukti ini telah membuatkan Melayu semakin bosan dengan kepimpinan mereka dan semakin meluat kerana ulangan slogan dan cakap tak serupa bikin.
Datang menghampiri kita ialah 2011 satu tahun yang menguji kekuatan Jentera Kerajaan dalam menterjemah janji dan kenyataan. Ada yang kata PKR akan hanyut dengan hal kemalut kuasa dan PAS akan mula insaf bahawa Nik Aziz sudah di zone untuk direhatkan. Faktanya UMNO secara perlahan kembali segar dan UMNO mula tidak disangsikan. Jika ini yang kita setuju, maka mana mungkin minda Melayu masih terganggu.
No comments:
Post a Comment