Wednesday, November 17, 2010

DAP PANAS PUNGGUNG - BN MENANG 2 KERUSI

KENAPA DAP DIAM? Siapa sangka cempedak jadi nangka. DAP yakin pakatannya yang strategik boleh mendatangkan hasil. Kita ambil contoh Parlimen Hulu Selangor. Calon yang bertanding PKR tapi sokongan PAS dan DAP nampak cukup hebat.


Namun tewas juga di tangan BN. Kemudian di SIBU. Calonnya DAP. Sokongan PKR dan PAS tak kurang hebatnya. NAH!!! DAP Menang. Kemudian di Galas, calonnya PAS dan Batu Sapi calonnya PKR. Kali ini PAS dan PKR Kalah. DAP mestilah fikir bahawa bila dia letak calon dia makanya dia akan menang tapi membantu PKR atau PAS nampak macam asyik kalah aje.

Begitu juga PAS pun mula fikir congak dan sifir yang sama. Ketika kalkulator berfungsi PAS dan DAP tak terfikir pula kemelut dahsyat dari dalam parti PKR. Maka ada pihak yang lantang minta DSAI taubat. PAS juga kali ini tak dapat lagi nak berselindung. Mereka juga mengaku yang ada gangguan jika terus menyokong parti yang semakin hari semakin berkecai.

Dalam PAS pun begitu. Nik Aziz dilihat semakin tua semakin banyak pula kesilapan dan tafsiran yang melalut dibuatnya sehingga rata-rata berpendapat yang PAS juga akan mengikut jejak PKR kalau tak berhati-hati. Sekarang tinggal DAP. Mereka tahu tanpa PKR dan PAS mereka akan hilang pengaruh dan undi. Mereka juga tahu pengundi sedang menilai kehebatan mereka di Penang.

Macam-macam sedang berlaku di Penang. Demontrasi satu lepas satu. Di Selangor Sultan semakin naik berang dan di Perak Sultan juga semakin meluat dengan DAP. Jadi ke mana haluan DAP. Untuk DAP ke SABAH nampak sukar dan untuk ke Sarawak PKR dan PAS kena bagi laluan kerusi pada DAP. NAH!!!! Lepas ini PR akan bergaduh kerusi pula.

Aku mahu di sini dan aku mahu di sana. Nampaknya PR semakin mahu karam dan kuasa penyatunya ia itu DSAI semakin dilihat goyah. Yang menarik kita lihat mereka yang hentam DSAI bukan calang-calang ketokohannya. Mereka dari PKR juga. Jadinya kalau semakin hilang calon-calon yang bertokoh siapa lagi yang PKR akan letak calon?

Tengok saja di beberapa DUN yang PKR jadi wakil rakyat. Keberkesanan mereka memang tidak nampak langsung. Rakyat semakin meluat dengan gaya mereka yang hanya tahu mencerca tapi tak tahu membawa rakyat. Tengok saja cara mereka mengurus Selangor sampai nak hampir bankrup. Memanglah MBnya kata tidak tapi lihat saja cash flownya dan tanya berapa ramai kontraktor perkhidmatan sampah di Selangor yang nak bungkus kerna urusan bayaran yang tertunggak. Ini baru kesan sampingan W tahun berkuasa.

Kalau lagi lama entah macam mana pula. Tengok-tengoklah tanah PKNS yang mahu dilupuskan kerana mahu kaut untung segera sebagai nak jadikan tabung. Mungkin kali ini nak buat tabung pilihanraya kot? Namun kita nak tahu juga congak DAP. Mereka diam. Mereka sekarang kebingunggan tapi mereka kena buat pendirian jika mahu maju ke depan.

No comments:

Post a Comment