Tuesday, November 30, 2010

DUA DHAJAL TAK SEDAR DIRI!!!!! JAHANAM MALAYSIA

RONNIE-DAP & AZMIN-PKR : Selesai sudah hal "party poll". Macam-macam terjadi. Dalam PKR gengsterism politik nampak jelas. PKR yang melaung-laungkan PRESS FREEDOM kini nampak terang terangan tidak ada kompromi dengan media.

Macam biasalah. Mereka akan kata yang media ini pro kerajaan. Entah siapa yang mereka percaya lagi kita pun semakin hari semakin naik meluat nak ambil peduli. Anak-anak muda pun nampak macam tak ada semangat nak bereformasi sebab nampak jelas PKR semakin hilang adab.

Mereka di lihat sebagai pro keganasan. semakin hari semakin ramai yang tunjuk penyesalan. Demontrasi, menurun bendera, keluar parti, tayang poster, semuanya semakin hari semakin ramai. Kalau dulu DSAI dipuji sebagai SIVAJI THE BOSS tapi hari ini sikatakan POORAH!!!. Inilah gelagat parti yang pemimpinnya mahu dipuji-puji sehingga kerakusan pun diterima sebagai amanat tuhan.

Apa tidaknya bila isteri DSAI kata DSAI itu anugerah tuhan. Itu dah semacam tenggelam punca namanya. Sampai nak sanjung gitu rasanya Nik Aziz kenalah bagi sikit nasihat apakah ini politik atau DSAI seorang yang anugerah tuhan? Yang lain anugerah siapa? Nik Aziz, Hadi Awang, Ust Asri, Husam, Dr Hassan Ali, Karpal Singh dan lagi 25 juta rakyat Malaysia anugerah kuasa mana?

Nampaknya PKR dah tak sesengat dulu dan kini jelas bahawa mereka mula mahu kaut sokongan kaum Cina kerana Melayu dah berpaling tadah. kata orang Cina pula apa dia dapat kalau sokong PKR berbanding dengan sokong DAP. Makanya ada yang cadang supaya DAP dan PKR bergabung dan ujud parti baru dengan nama baru. Mungkin cara ini orang melayu, India, Cina akan sokong parti baru.

Kalau tidak maka PKR akan hanyut dan karam sebab mereka tida ada REFORMASI DALAMAN. Dua tahun berlalu merka tunjuk caramahu urus parti. Itu belum lagi cara perintah negara. Ada yang sebut ini kali saja untuk PKR hidup. Pilihanraya akan datang merka akan diketepikan rakyat. Azmin sekarang jadi hero kroni PKR. Ramai yang suka. Kenapa? ini kerana Azmin akan mulakan belang HITLERnya dan DSAI hanya sekadar memikirkan nasibnya jika dia dijatuhkan hukuman.

HERO DAP
Ronnie pula lain kedudukannya. Orang ingat dia hero DAP. Malangnya DAPpula dah buka mata untuk tolak Ronnie kerana mereka tidak tahan lagi cara RONNIE mengurus. Nampak DAP mula menilai siapa perosak dan siapa penyelamat. kalau gitulah caranya mungkin keretakan juga mula terasa di dalam DAP. PAS pun semakin bimbang bila kajian 2009 menunjukkan strategi PAS lemah sekali. Nah sekarang bagaimana?

Ada yang cuba congak kalau-kalau dapat kekalkan kuasa dengan pilihanraya berasingan dibuat antara DUN dan PAR. Walau apa pun PAKATAN menuju liku-liku kusut dan kalut dalam mengekal 4 negeri dan merampas Putrajaya.

No comments:

Post a Comment