Tuesday, December 28, 2010

FLIP FLIP: HERO DAP DI SELANGOR

Rony kata kuatkuasa arahan meroboh atau meruntuhkan 1 Malaysia ditangguhkan. Banyaklah alasan yang kita semua boleh dengar. Alasan yang pelbagai dan buta tuli memang sedap kita dengar tapi pernah kita fikir bahawa kita yang dah dewasa bertanggungjawab membina tamadun bukannya suatu negara yang tidak bersama dan bersatu.

Jangan rosak minda. Jangan jadi rakyat yang tak tahu adab dan suka salahkan orang. 1 Malaysia kalau kita baca memang tak nampak UMNO atau BNnya mahupun DAP atau PR. Ia adalah tanda satu dan ada dengan gambar bendera. Memang ada nilai komersialnya dan cantik la. Tahun 2009 masa Najib lancar logo ini mana dia bijak pandai? Kenapa ketika itu semua sunyi?

Tapi bila DSAI digantung di parlimen baru-bari ini kerana hal 1 Malaysia makanya Selangor pun kata 1 Malaysia adalah polikal. Laju betul pemimpin Selangor buat peraturan dan hukuman. Mereka tak berunding pun dengan rakyat. Mereka buat keputusan tanpa fikir implikasi. Dia pakai HUKUM GERAM. Kanak-kanak suka, orang luar pun bangga tapi yang hairan puak-puak politik PR yang bijak pandai di Selangor khususnya tiba-tiba melenting nak runtuhkan 1 Malaysia.

Sedar tak sedar kerja DAP di Selangor dan Penang memang suka ROBOH. Bila kita kata rakyat suka dan faham 1 Malaysia mereka kata rakyat dah muak dengan slogan yang penuh dengan pembohongan. Halo!!!! Di mana dosanya satu ingatan yang murni? Di mana jenayahnya satu hajat yang murni? Di mana jenayahnya satu hajat yang bersih? Di mana merudumnya satu masyarakat kepada suatu pemetaan yang jelas? Kenapa menjadi 10 orang buta dengan gajah?

Memang yang hairan bila saja hal ini berlaku maka muncul beberapa ekor tukang komen yang ungkit-ungkit dan menghentam semua yang kerajaan buat selama 53 tahun tak kena. Kau orang sekadar cakap boleh dan kalau sangka kau orang boleh perintah dengan baik kenapa tak consentrate kat negeri masing-masing?  Banyak kebajikan boleh buat. Rakyat juga muak dengan gaya alih pandangan yang dilakukan oleh PR.

Mereka bukannya mengurus negeri mereka lebih gemar guna kuasa untuk menghentam-hentam semua orang kerana kalau mereka fokus pada kemajuan negeri mereka tentu akan berjaya tapi kerana ketidak cekapan pemimpin makanya rakyat di Selangor masih bergantung pada BN. Nasib baik BN masih rasional dan masih mahu bagi kebajikan kalau tidak tak tahulah nasib Selangor.

No comments:

Post a Comment