Monday, December 27, 2010

GERAM ATAU GERUN DENGAN 1 MALAYSIA?

Selangor sudah bagi isyarat yang mereka gerun dengan simbol 1 Malaysia. Mereka mula mahu nyahkan simbol ini dari Selangor dengan guna pihak berkuasa negeri. Mereka mahu lakukan seolah-olah 1 Malaysia adalah setinggan di Selangor.

Lihatlah bagaimana sasaunya pemimpin Pakatan Rakyat. Adakah mereka peduli dengan perasaan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Kenapa mahu pisahkan Selangor dari negeri lain secara simbolik. Sama ada arahan bertulis atai tudak kepada pihak berkuasa negeri ternyata jelas Kerajaan Selangor bersikap emosi dan semakin melampau menggugat perpaduan.

Bangsa Malaysia sudah tidak lagi mahu cara khianati negara. Rakyat bukannya bodoh. Kerana geram dan bengang yang tak menentu atas tindakan Parlimen kepada DSAI maka 1 Malaysia jadi sasaran. Ini memang tepat kata orang tua marahkan nyamuk kelambu di bakar. Kerajaan Selangor sudah lama mahu bermain api. Kita  minta Tan Sri MB kalau beliau insaflah dan jangan buat kromo atas nama kemaruk kuasa.

Cara gengsterism, cara koboi, cara politik baruk sudah diperhebatkan di Selangor. Mereka ini tidak lain dari golongan ciciwee. Ada yang cadang kita kursuskan MB dan exconya mengenai 1 Malaysia. Orang kampung pun mudah terima kerana 1 Malaysia itu perpaduan yang ada elemen keadilan sosial, kenegaraan dan penerimaan. Nah simple ini macam pun susahkah? Tak perlu politikkan benda baik. Tak perlu disasaukan fikiran rakyat. Tak perlu tunjuk geram buta tuli. Ada juga kata mungkin dah putus akal kerana gerun 1 Malaysia semakin di terima.

Nah lepas ini MB akan keluarkan kenyataan memesongkan hakikat. Beginilah jika ada kerajaan yang singkat akalnya. Harap rakyat Selangor sedar bahawa hasil pemerintahan 960 hari atau 33 bulan rakyat Selangor macam-macam dibuat mereka. Habis jadi kecoh. Memang sah Pakatan ni kalau lagi lama perintah benggonglah rakyat Selangor. Terserahlah!!!!!

No comments:

Post a Comment