Thursday, December 30, 2010

RONY vs 1MALAYSIA & FAEKAH vs PTD?

Di Selangor semacam berlaku porak peranda atau boleh di katakan juga kucar kacir. Kita sebut saja Versus(vs).Pertama Rony istihar mahu perangi 1 Malaysia. Kedua Faekah mahu bantah kehendak Sultan yang memerintah Selangor dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru yakni Dato' Khusrin yang berkhidmat di bawah Perkidmatan Tadbir dan Diplomatik atau PTD.

Perkhidmatan ini adalah Premier Service dalam perkhidmatan awam. Kedua vs ini jelik sekali kerana ini suatu di luar dugaan pencinta kemakmoran. Yang lebih dirasai  meluatnya ialah bila rakyat diajak besolat hajat atas hal perlantikan SUK. Sementara mereka akui yang mereka tidak mahu violence mereka minta ramai-ramai pergi gereja surau dan kuil buat ibadat hajat supaya orang "pilihan"yg jadi SUK.

Ramai yang sudah naik mual dengan tingkah politik yang membelakangi Sultan dan Menteri Besar.Seolah-olah Selangor ini untuk Rony & Faekah mirip Romeo & Juliet.Orang Selangor tahu bahawa pegawai awam ada hak utk memilih parti yang mereka mahu tapi apabila bertugas mana mungkin mereka berat sebelah sebab adalah menjadi kewajipan mereka untuk berkhidmat dengan kuasa yang dipilih rakyat.

Kalau semua tugas mesti ikut telunjuk parti memang susah lah rakyat dapat manfaat kerana pegawai di cucuk hidung.Cara RF buat kerja di Selangor memang tak langsung nampak impartialitynya. Mereka gurmal dan kata orang Indonesia mereka mereka BERGULAT dalam usaha membenci setiap detik dan setiap laku yang datang dari kerajaan malaysia yang pada waktu ini di perintah oleh BN. Rakyat bagi peluang PR utk jaga dan pupuk selangor bukan nya dgn kuasa yg ada di godam sini dan di balon sana sehingga menggugat tunggak produktiviti.

Cara berhujah tentang perlantikan Dato' Khusrin oleh Faekah memang hebat sampai kena buat seruan sembahyang hajat. Kalaulah Faekah ini pegawai PTD tentu dia tak jadi cacamarba sebab PTD faham kedudukan mereka. Jangan sangka bila sebut Khusrin tak  layak ribuan PTD lain akan setuju mudah. Kita tidak gemar campurtangan melampau.kita juga tidak suka memangsakan pegawai awam kerana nafsu politik dangkal.kita mesti tahu bahwa PTD adalah profesional.Kalau perlantikan nya mahu di goyah sampai anggap sultan pun tak guna hemah baginda maka PR adalah kerajaan katun

No comments:

Post a Comment