Monday, February 28, 2011

KERDAU DAN MERLIMAU

BULAN atau LAMPU JALAN?


6 MAC pengundi di MERLIMAU Dan KERDAU akan menentukan siapa wakil rakyat mereka, PAS atau BN. Bulan atau Dacing. Jika BN menang di kedua dua tempat ini maka ternyata PAS sudah di pukul 3kali bertubi tubi. Tentunya ini satu kejutan untuk PAKATAN RAKYAT. Jika sungguhlah demikian makanya waktu malam sudah tiada bulan di MERLIMAU Dan KERDAU.

Yang mencerahkan jalan dan kampong ialah lampujalan. Pengundi sudah tahu apa yang bulan mampu lakukan dan apa yang lampujalan dapat lakukan. Pengundi tahu bahwasanya PAS ibarat PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Mereka dalam suasana yang gerhana kerana menepis UMNO dan memuja DAP. Ada yang kata ianya di buat bukan dengan restu ahlinya. Ia adalah perbuatan NIK AZIZ yang semakin lupa makan ubat untuk kuatkan mental.Begitulah ceritanya dengan PAS akhir zaman.
 
SIAPA WiNNABLE?

Kali ini calon MERLIMAU ialah ROSLAN atau nama sms ialah RON. Untuk kerdau pula calon most winnablenya ialah syed ibrahim atau nama sms nya SYED IBRA. Kedua mereka ini ada kekuatan membawa perkhidmatan kerana di belakang mereka ialah Perdana Menteri dan Ketua Menteri dan Menteri Besar. Mereka punya latarbelakang yang istimewa. Kalau dari usia nya maka sudah jelas rakyat di kedua tempat ini bakal  mendapat tenaga yang muda dan segar.Memang pun kata orang dalam politik yang penting ialah stamina. Ramai juga pemimpin BN yang kurang stamina telah bagi peluang pada orang muda. Tapi PAS dan DAP masih kekal beberapa orang yang dah mula melalok. Ini tanda nya mereka mahu menongkat kuasa.Ini tandanya mereka mahu selesaikan Dendam Politik dengan menjadikan rakyat mangsa mereka.Mereka naik syok bila ada manusia macam DSAI yang tumpang semangkok.
 
SAYONARA? SIAPA?

Kali ini masuk kita di pusingan 16 siri PRK. Ini sungguh istimewa. PRK dalam tempoh pasca 2008 telah mencatatkan rekod dalam sejarah politik malaysia. Momentum politik,pakej kempen,latih tubi,bagi menempuh PRU 13 di kira semakin mantap. Kecuali Perlis semua negeri negeri yang lain telah mendapat peluang untuk menunjukkan kehebatan. Kedua dua parti mempunyai peluang yang sama untuk menang.Ada yang BN menang dan ada yang PR menang. Tapi bagi pusingan 7 PRK yang terkini, PAS dan PKR nampak nya semakin melalui liku liku kepayahan.Mereka semacam mengigau di sianghari angkara kemulut dalaman.

PKR setakat ini sudah ada 12 YB nya yang keluar parti dan 35 pemimpin hebatnya telah bertaubat untuk tidak lagi mahu menjunjung panji panji PKR.Entah berapa ramai lagi yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini kita pun tidak tahu.Itu sebab nya mungkin DSAI sudah ada plan B. PAS pula dalam dilema.Mereka tahu yang Nik Aziz adalah penyebab PAS tidak popular di kalangan pengundi muda melayu maupun bukan melayu. Nik dah melalut dan Nizar semakin celupar. Tapi kerana terlalu taksub mereka tidak langsung dapat lakukan perubahan. Yang mereka sanggup lakukan ialah terhegeh hegeh menagih pengundi bukan melayu dengan menjilat jilat pemimpin DAP.
 
3 STOOGES POLITiCS

Dalam pergolakan 3 stooges ini yang untung ialah DAP. Mereka tetap akan bertindak untuk semaksimanya menggunakan PAS dan PKR untuk kukuhkan parti mereka. Misalnya mereka tidak minat dengan perancangan JIN-GGA.Mereka lebih tumpu pada TBH kerana TBH lebih menyentuh sanubari cina dan mereka lebih suka ajak orang India kejalan raya sebab Intelok boleh menyayat hati india.Kerja DAP ini bukan nya PAS tidak tahu. Tapi sebabkan geram,dendam,dan mahu hancur dan talqinkan UMNO maka PAS menjelma jadi penderhaka UMMAH.
 
JIN-JIN-GGA!!!

Kini mereka berkempen di kedua tempat ini. Mereka tahu bahwa mereka tidak punya modal bagi kawasan FELDA kerana PRK di TENANG jelas menunjukkan bagaimana FELDA menolak godaan PAS. Jika mereka bawa cerita jingga yang bersangkutan dengan felda maka mereka mungkin hilang deposit. Itu sebabnya kali ini mereka cuba mencari cari apakah isu yang dapat menggoda.

Barang di ingat bahawa sebarang aksi ada reaksi. Sesiapa yang lupa akan aksi dan reaksi mereka adalah golongan yang akan kalah. Kini PAS mula menggelabah kerana mereka tahu bahawa untuk mengurangkan majoriti yang lalu menjadi agak sukar kerana bukan melayu semakin selesa dengan cara najib urus negara ini. 

Buku Jin-gga sebenarnya telah menimbulkan syak di kalangan bukan melayu akan practicality dalam merancang program negara. Jin-gga adalah suatu tindakan hodoh dalam sejarah economic outlook negara. Ini secara jelas membuatkan orang Bukan Melayu dapat membuat Penarafan kepada keupayaan mereka.Bukan melayu  bukan buat bisnes dengan baca buku kecil ini.Mereka bila mahu bisnes mereka rujuk dari agensi yang berwibawa. Kini mereka kecewa dengan idea dangkal dan mereka meletakkan JIN-GGA sebagai program melumpuhkan ekonomi dan kesan nya sangat negatif bagi ekonomi serantau dan ekonomi antarabangsa.Maka orang bukan melayu mula bimbang hilang bisnes mereka jika JIN-GGA di teruskan.

Sunday, February 27, 2011

JINGGA:DONT RATIONALISE THE IRRATIONALITY OF IT.

JINGGA ADALAH ILUSI

JINGGA atau program keramat milik pakatan rakyat adalah rancangan tidak rasional kerana jika ada 10 fakta,8 darinya adalah politikal. Ia adalah satu ilusi malah tidak keterlaluan jika ada yang berpendapat ianya satu peniruan kepada langkah transformasi yang sedang di lakukan oleh kerajaan. Ini menjurus kepada hakikat bahawa JINGGA satu lagi cerita menarik pakatan dalam memperkosa rakyat yang kini di  anggap mereka  POLITICAL CONSUMER.
 
JINGGA MENGHURUHARAKAN NEGARA

Rakyat perlu diingatkan bahwa dalam apa jua sistem faktor kelasterian adalah penting.Ini di kukuhkan dengan faktor keunggulan.Contoh ialah mengenai pengurusan. Dalam pengurusan elemen prudent dan kelasterian amat perlu kerana ianya akan memberi lebih jangka hayat dan dapat kekal pada paras yang memuaskan.Kita ambil contoh yang lebih mudah. Jika bapa kita memberi apa jua yang di minta pada waktu awal bulan dan pada masa dia mendapat gaji maka tentu tidak akan ada lagi simpanan kerana sikap mudah MEMBERI. Jika ditakdirkan wujud sesuatu yang luar jangka maka si bapa ini perlu pinjaman dan jika pinjaman ini tidak di urus dengan baik maka timbul huruhara dalam keluarga.Jingga adalah memimpin rakyat kearah HURUHARA
 
JINGGA MENGGODA JIWA

Jingga mahu reformasi atau dalam kata lain ianya mahu sebut bahwa kerajaan kini dalam suatu penyakit kejumudan yakni tidak rela membawa perubahan.Ini sengaja di jadikan sebagai kunci utama tugas mereka kalau mereka mendapat kuasa. Mereka apa peduli dengan reformasi SPRM dan bagaimana JABATAN PEGUAM NEGARA di nobatkan rating 5 bintang dalam hal perundangan. Ignorance adalah penyakit yang telah menghinggapi pasukan pembangkang negara kita.Mereka kata mahu beri 500 rm pada guru kerana guru adalah penjaga taman didikan yang penting.Naik lawak pulak.Pernah kah kita dengar cerita siapa penting?cerita siapa penting ini di sebut untuk tubuh manusia.ada kata mulut,ada kata gigi,ada kata perut dan ada kata dubur.Jadi meletakkan guru sebagai terpenting adalah satu sogokan politik kerana dua sebab.Pertama,guru ramai akan terlibat waktu urusan pilihanraya dan mereka mahu guru tolong mereka.Kedua,mereka mahu guru ceritakan pada murid murid bahwa pembangkang baik dan murah hati.Bila anak anak balik mereka akan cerita pula pada keluarga akan pesanan guru.ITU SAJA.
 
JINGGA BUTA


Hari ini tahukah kita bahwa INDONESIA mahu meneliti bagaimana SPRM di Malaysia beroperasi sebab mereka mahu belajar.Tahukah kita bagaimana Singapura mahu meneliti sistem keselamatan di Jabatan Peguam Negara.Tahukah kita bahwa banyak negara di luar sana yang mahu belajar cara kita mengurus masyarakat majmuk,tahukah kita bahwa ramai juga wargaasing yang cemburukan kita kerana kita tidak mahu dan tidak mengizinkan pergolakan dan huruhara.MALAYSIA IS HEAVEN.Itu kata mereka yang melihat Malaysia.Yang anih orang kita pula yang nampak pelik tentang negara sendiri.Mereka mahu semuanya di rombak,termasuk perjanjian konsesi,pengambilalihan syarikat,pembatalan syarikat dan seumpanya.Mereka tidak langsung fikir bagaimana Malaysia mencatatkan pertumbuhan 7.2%.Ini mereka tidak fikir.Tidak malukah DSAI untuk berhujah dengan PM kerana waktu DSAI dulunya menjadi menteri kewangan dialah yang hampir membawa negara kita melutut meminta ihsan bank dunia?Kalau tidak kerana tindakan pintas Tun Mahathir negara hari ini tidak ada maknanya untuk berbangga kerena negara terikat dengan hutang yang
Mengizinkan kuasa besar buli negara yang penuh keberkatan ini.
JINGGA BAHAN KEMPEN POLITIK

JINGGA adalah bahan kempen.Jingga adalah idea untuk tidak melupakan otak otak pembangkang untuk terus menerus menggoda jiwa jiwa yang tidak berdosa. Di mana jua mereka pergi mereka kata mereka adalah the best dalam menawarkan solution. Jingga mendakwa negara perlu di selamatkan. Ini pun satu cerita katun. Pakej katun ini patut kita buang saja dan tidak perlu di pedulikan kerana sesiapa saja boleh kata apa tetapi apabila di beri peluang ianya tidak seperti yang pernah di sebut sebelumnya.Tengok apa jadi di Selangor,apa jadi di Kelantan,apa jadi di Kedah?
 
LIHAT SAJA DI SELANGOR,KELANTAN PENANG

Di Selangor mereka bergasak dengan setiausaha kerajaan.Sekarang ini mereka mahu sepak Dr Hasan ALI.Kasihan EXCO ini kerana dia di katakan orang yang tidak serasi dengan PKR dan DAP.Itu pun PAS masih menjilat dengan DAP.

Di Kedah, masalah air, tidak di urus dengan baik, tarif air naik rakyat Kedah menggelabah. Perbandaran lintang pulang,kebersihan lagi teruk kerana Ustaz Aziziah walau pun baik orang nya tapi bukan pengurus negeri. Bila banjir dia naik gelabah dan jadi tak tentuhala.

Di Kelantan sudah 20 tahun orang tua Nik Aziz perintah. Apa yang dia dah buat selain dari merapu itu dan ini.Apa yang hebat untuk pembangunan Kelantan???

DI PENANG lagi teruk kerana memang jahanam orang Melayu.Sikit pun dia tak peduli nasib bangsa Melayu.Sedih kalau kita perturunkan satu persatu apa yang DAP lakukan di Penang.

NAH! Sekarang mereka berpakat dengan JANJI MANIS JINGGA.Rakyat harus tolak JINGGA kerana ia adalah racun negara.

Thursday, February 24, 2011

TAHNIAH ZAIRIL KHIR JOHARI


LIM GUAN ENG berjabat tangan ZAIRIL yg umurnya baru 28 tahun menjadi setiausaha agong DAP.Bagi pengundi dan pengikut setia DAP tentunya berasa amat lega dengan kambing hitam ini.DAP hari ini boleh menuntut dan berasa bangga bahwa mereka sudah berubah,mereka telah menyelamatkan DAP dengan memancing anak seorang tokoh politik UMNO untuk menjadi juara DAP masa depan.Kita ucap TAHNIAH di atas kesediaan Zahril memikul tanggungjawab yang baru dan glamour ini.Semoga tugas pertama nya dapat menyingkap sejarah dan kelahiran DAP dan ceritakan pada anak muda hebat nya parti ini dan bisikkan tanpa jemu kepada veteran dan warga emas bahwa DAP telah di selamatkan oleh seorang anak muda Melayu.


DAP sudah mula permainan politik nya.Dia apa peduli sentimen orang bukan Melayu,dia dah jadi macam PAS yang menolak ideoloji kerna politik angka.Mereka berlumba lumba mahu kaut sebanyak mana yang boleh undi majoriti yakni undi orang Melayu.Mereka sedar bahwa pusingan terakhir DAP ialah PRU13.Mereka apa peduli melacur perjuangan,mereka apa peduli jawatan tinggi parti,mereka apa kisah Cina sokong sikit ka atau sokong banyak sebab mereka tahu undi Cina tak kemana kalau Melayu tetap setia dengan UMNO.Jelas perang kali ini ialah kombinasi DAP dan PAS untuk bungkuskan UMNO.Ini suatu yang menarik perhatian umum kerana DAP mahu tukar kulit.Dari kulit biawak kepada kulit buaya.Mereka mahu UMNO melatah dan mereka mengundang UMNO untuk buat spekulasi supaya apabila UMNO bising maka cerita rasis akan di timbulkan dan ini akan kekalkan undi Cina pada DAP dan undi Melayu akan mula goyah.

Barang di ingat UMNO bukan parti yang hilang kematangan.Memang benar UMNO melalui liku payah nya tapi tidak untuk tempoh yang berlarutan dan mereka pun bukan tidak bijak,malah mereka lebih dulu makan garam dalam kancah politik dan UMNo telah mengharungi dugaan dan krisis luaran dan dalaman.DAP harus pelajari bouncing theory oleh UMNO.Umno adalah lagenda dan umno adalah paksi negara dan ianya tidak semudah untuk di kaburi.Mereka tahu apakah itu achieved norms dan mereka tahu apa yang boleh di lakukan oleh anak muda dan apa yang perlu di lakukan oleh pendukung parti.Mereka dewasa ini lebih selesa dengan kepanasan DAP dan mereka bukan mudah di ajak menari tarian DAP dan mereka juga tidak perlu tiru kerana mereka pernah gagalkan usaha berterusan penjajah dan mereka mengerti bagaimana mengurus pengganas dan pengkhianat negara.

Kepada anak anak muda yang punya daya intelek tinggi.Berfikir dan renungkan sejarah dan elak dari khayalan.Kita anak muda punya naluri istimewa tapi yang penting kita adalah pewaris.Siapa pewaris yang di hormati dan di kagumi.Tanpa mengisahkan ras dan kulit kita tahu bahwa negara ini di pacu dengan penuh hemah oleh parti yang ada track record dan bukan parti yang cuba mengkaburkan mata dan minda. 

Wednesday, February 23, 2011

PAKATAN KABINET RAKYAT

                                     

                        ADAKAH PR INI SUATU REKAAN. 

Nama Pakatan ini semakin hari semakin menonjol pemahamannya kerana parti-parti politik seperti DAP, PKR, PAS merasakan mereka boleh meraih undi dengan penciptaan atau rekaan nama PAKATAN. Memandangkan rakyat ini dikatakan POLITICAL CONSUMER maka semakin rancaklah nama rakyat ditonjolkan sehingga mereka mahu rakyat mengetahui yang rakyat itu penentu segalanya. Makanya PAKATAN RAKYAT menjadi pilihan untuk berhadapan dengan BARISAN NASIONAL.

                              KENAPA SUSAH UJUD PARTI PR.

Yang anehnya ialah secara rasmi dan mengikut perundangan tidak wujud PAKATAN RAKYAT. Logo PR pun tidak ada. Jika ini masih dalam proses perancangan struktur, jika ini masih dalam peringkat draf dan jika ini benar benar mahu diciptakan bila PRU-13 maka molek benar beberapa soalan rakyat di pertimbangkan dan elok secara berani nya di sebut supaya rakyat tahu selengkapnya bagaimana masa depan negara di bawah PR. Antara yang disebut rakyat ialah KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT.

                         HADI AWANG MENTERI KEAWANGAN??

Bakal menyandang jawatan TPM Malaysia..
Menteri Kewangan 
Ini penting supaya rakyat tidak dijadikan bahan penipuan. Rakyat mengundi untuk DSAI jadi PM. Betulkah? Rakyat undi untuk LIM KIT SIANG jadi TPM. betul kah? Rakyat mengundi untuk HADI AWANG jadi menteri kewangan. Bolehkah? Ini perlu di perjelaskan.Rakyat berhak nak tahu berapa ramai wakil DAP, PKR, PAS dalam kabinet. Tak salah kalau sebut siapa menteri pelajaran,siapa menteri pertahanan,dan siapa menteri yang kerja nya bagi duit,bagi naik gaji,bagi benda free kat rakyat. Rakyat berhak di beri ruang waktu untuk berfikir dan patut di beri pengetahuan bagaimana struktur untuk urus negara jika mahu buku jingga di laksanakan. Jika ini tidak dibayangkan rakyat mungkin akan ingat yang struktur negara akan jadi seperti sistem republik dan janji jingga sudah tidak betul.Ini memaksa rakyat berkumpul dan berarak kerana Pakatan Rakyat yang hero memberi kursus pegang sepanduk atas lebuhraya.Maka akan  huruharakah kita pada 2020.?

                             NIK AZIZ PAKAR PERLEMBAGAAN PR ??

Mari semak baik-baik HAL EHWAL PAKATAN RAKYAT. Adakah ini  adalah ilusi yang masih dalam likuan yang sukar. Sudah 3 tahun komponen ini wujud di beberapa negeri tapi kenapa tidak ada identiti? Kenapa hanya mampu sebut dalam jingga PERSETUJUAN BERSAMA dan tidak PAKATAN? Masih sukarkah untuk digharab? Masih payahkah untuk duduk bersama Nik Aziz merangka satu perlembagaan PR supaya election ini kita tidak undi parti,kita akan undi naluri rakyat ia itu PAKATAN RAKYAT.Kalau nak PAS nak tumbangkan BN agak susah, DAP nak tumbang BN pun agak payah tapi PR nak tumbangkan BN mungkin boleh.Kalau sekadar taktikal nak selamatkan Malaysia ia adalah kerja sia sia.

                     
                        ROAD TO HELL OR ROAD TO PUTRAJAYA.

Itu sebab rakyat desak ketiga tiga parti ini tubuh segera Parti Pakatan Rakyat supaya road to Putrajaya nampak jelas. Adakah rakyat setuju DAP to putrajaya? Adakah rakyat gembira PAS to putrajaya?Adakah DSAI akan di pilih jadi PM jika PKR hancur?itulah sebab nya rakyat nak tahu untuk kali pertama bentuk struktur kabinet yang mahu MENYELAMATKAN MALAYSIA oleh PAKATAN RAKYAT.Ingat,Rakyat akan marah besar bila mereka gagal menjawab.Rakyat di ajak untuk menyelamat negara bukan memporak perandakan.Nak menyelamatkan Malaysia yang damai dan sedang maju hari ini adalah satu keistimewaan,dan negara Arab kena belajar dari pakatan rakyat melalui kitab jingga..Tidak ada dalam dunia parti yang mahu menyelamatkan negara pada waktu negara sedang mencapai kemajuan yang merangsangkan.Hanya parti orang gila dan pemimpin bangang saja yang suka melakukannya.

Sunday, February 20, 2011

APA LAGI LU MAU!!!!

KELUARGA TBH BOIKOT RCI

Dulu keluarga TBH desak kerajaan untuk adakan Royal Commission of inqury (RCI) . Bila kerajaan setuju mereka diam. Bila kerajaan umumkan nama nama orang yang jadi panel RCI mereka diam. Ini menandakan yang mereka berpuas hati dan sepatutnya bersyukur bahawa negara ini tidak pilih bangsa dan tidak diskriminasi bangsa. Hakikat ini mesti jelas. Bukan orang Cina saja yang mati, ada juga orang Melayu, orang India yang mati dan jika di perlukan mereka juga ada hak untuk desak.Tapi mereka tidak berbuat demikian mungkin mereka mempunyai pendirian tersendiri. Mungkin juga bagi yang Islam mereka anggap kematian ini kuasa tuhan dan sesiapa yang mengangkarakannya akan di adili oleh yang maha esa.

Berlainan dengan TBH. Mereka mahu tuntut keadilan hingga ke liang kubur.Mereka memang mahu yang bersalah di beri hukuman cukup berat. Baru mereka puashati. Mereka rasa mungkin apabila waktunya sampai baru roh yang terlibat tenteram. Bagitulah istimewa keadilan di negara ini.....Tapi bagaimana pula perasaan rakyat negara ini yang terdiri dari Melayu, India dan kaum kaum lain jika setelah kemudahan sebegini hebat diberi, mereka dengan angkuh boikot RCI. Mereka mahu apa lagi? Mereka mahu keadilan atau mereka yang mahu mengadili sendiri? Boikot itu dan ini,kerja orang yang tak ada otak. Ini kerja bodoh.Walau pun hujahan yang di sebarkan ialah tentang hal teknikal tapi apabila "memboikot" ini sudah di anggap tidak bersantun dan tidak bersungguh.Sia sia tindakan kerajaan.Sia sia usaha kerajaan untuk cari kebenaran!

                      JUSTICE HURRIED JUSTICE BURIED
Makhamah Shah Alam putuskan yang ADUN Port Klang masih sah sebagai ADUN.Dengan lantang speaker Selangor kata bahawa penghakiman kita tidak telus. Ini satu lagi cerita orang bodoh. Mentang-mentang kamu Speaker dan pernah menjadi peguam terkenal kamu ingat kamu boleh jadi hakim?Kamu faham kah sistem negara ini? Kalau dah di buat keputusan jangan pula cuba memandai kata justice hurried justice buried.Ini bukan hak kamu untuk kata. Hak kamu mesti selari dengan tanggungjawab kamu.Tugas speaker ialah akur dan jika tidak setuju ada ruang untuk rayu. Kamu tak perlu ragui. Kamu tak perlu pertikai. Mentang mentang kamu seorang peguam tak semestinya kamu boleh mengadili sesuatu kes.Tak pun semua peguam hebat!!!

Tindakan speaker ini betul songsang. Bila memihak padanya dia akan diam tapi kalau tak memihak padanya atas apa jua alasan mereka akan kata keadilan negara ini tidak betul. Kalau dah semua nya patut memihak pada suara hati kamu makanya negara ini akan sasau.Siapa kata penghakiman makhamah itu memalukan? Kita jangan bawa unsur luar untuk cerita hal dalaman negara ini.Sudah bertahun lama negara ini merdeka dan sekian lama kita patuh pada keadilan.Jangan cuba cemari apa yang telah sedia ada. Kalau semua mahu di ubah dan semua nya perlu reformasi ,negara tercinta ini akan menjadi bahan ketawa.

Wednesday, February 16, 2011

PANTUN BALIK PULAU

Teliti pantun dua kerat 

                        Balik pulau bayan lepas
                Sana terpulau sini terlepas
Pantun ini rujuk pada orang melayu pulau pinang. Pantun ini sudah tidak didendangkan lagi oleh generasi sekarang. Pantun ini cukup popular pada waktu orang melayu didesak oleh broker tanah dan ketika mana orang melayu waktu itu cukup ghairah dengan glamour dalam urusan lifestyle mau pun dalam mengendalikan majlis khusus perkahwinan. Pantun ini hakikatnya ialah suatu nasihat.Pantun ini mengingatkan orang melayu supaya berhati hati,supaya waspada,supaya tidak menjadi pelarian.Pantun ini selalu di gemakan secara halus dan bagi yang mengerti maksud mereka sudah dapat terjemahkan maksud tersirat dengan mudah.Bagi yang bahlol dan bangang mereka tidak peduli dan tidak bagi apa apa erti pada pantun ini.Hari ini ,kepada orang melayu pulau pinang,nyanyikan pantun ini ke seluruh pelusuk dan bisikkan pada telinga generasi penerus bahwa tanah mereka semakin menjadi hak orang lain.Katakan pada seluruh kaum melayu bahwa kepimpinan melayu di pulau pinang adalah dalca.

Kepimpinan melayu BN sudah lesu bagitu juga kepimpinan melayu pakatan yang lebih kianat bangsa dari yang lain.Sehingga kini orang melayu langsung tidak ada ruang untuk bernafas.Mereka di kepong oleh ribuan unit kediaman yang orang melayu tak mampu miliki.Orang melayu mahu mencuba nasib dengan percaya kata kata dari pengkianat.Mereka bertepuk bila berlaku peralihan kuasa.Kini siapa yang lebih rugi.Orang melayu di tutup mulut dengan sedikit ganjaran tapi kesan geraklaku pemerintah tidak di ketahui sebab kunco kunco pengkianat sentiasa bersusah payah mahu menutup minda melayu penang.Ada yang lebih ghairah,sehingga memuja pemimpin dengan doa dan tidak cukup dengan itu di beri pula gelaran umar ab aziz.Kerja gila ini siapa yang suruh?.Cina atau india pun tak tahu siapa umar dan mereka pun baru sekarang faham doa kutbah.Siapa petualang dan pengkianat?Ini kerja bangang melayu yang jadi barua suruhan pemerintah la ni.!!

Dulu orang melayu HERO tapi bila melayu di layukan dengan heroin maka melayu yang dulunya gagah kini hanya menanti waktu untuk menjadi penumpang.Kini pun sudah di katakan melayu balik pulau itu adalah kaum pendatang.

                            BALIK PULAU 2011
Hari ini Balik Pulau bergema.Ada yang nak saman dan ada yang kata balik pulau perlu dapat pembelaan.Timbalan Ketua Menteri yang berbangsa melayu itu berkata yang PKR masih kuat,masih bekerja dan masih di sukai rakyat.Ajaib sungguh boneka ini bertutur.Dia dulu masa jadi pensyarah dia lah orang yang menganjurkan seminar dan dialah orang yang tegak berdiri untuk melayu pulau pinang.Atas nama pejuang dan perjuangan dia hari ini adalah manusia wahid yang mewakili PARTI KHIANAT RAKYAT.Wakil rakyat ini harus insaf yang dia telah di heroinkan.Dia harus insaf bahwa mereka yang mengenali nya sedang melihat lakonan nya.

Yusmadi anak muda yang pintar,yang jadi kebanggaan rakyat khusus di pulau pinang.Malang nya dia pun hari ini mewakili kumpulan yang lupa daratan.Hari ini dia mula insaf dan dia mula kebingunan apabila ia mahukan keadilan bagi bangsanya.Yusmadi dalam usia mudanya di minta untuk ajukan pantun di atas di parlimen balik pulau dulu.Dia tak berani?kalau dia dayus tentu dia akan diam lesu macam sahabat dia di KOMTAR.

Yusmadi mahukan keadilan dan dia mula buat pertimbangan BN atau PR yang bagus untuk rakyat.Kenapa sekarang?kenapa sekarang saudara wakil parlimen insaf?YB saudara Yusmadi,bangsa kamu di himpit dengan dasar keterlaluan.Kamu dulu di asuh dan di beri pesan untuk menjadi pejuang tulin bukan untuk bangga dengan kuasa cabuk yang kamu miliki hari ini.Tidak lama lagi bila PRU13 tiba kamu hanya calon dan bukan lagi YB.Jika kamu ikhlas maka nasib melayu balik pulau di tangan kamu.Jika kamu masih keinginan mahu jadi YB maka atur langkah pejuang dan jangan kamu turuti langkah sahabat kamu yang dayus dan ghaplah.YB Mansur kamu juga kami beri pesan,supaya sediakan payong sebelum hujan.

SKRIP DAP,PAS,PKR


Pernah tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu? Ini ialah siaran drama komedi bersiri dalam TV.Parti politik 3 Sepiling ini pun macam tu juga. Mereka mcam ada lawak sikit, Misalnya Pi Mai Pi PAS,Pi Mai P KR,DAPig juga yang untung,!!           

                            MERLIMAU KATA MAI
Bila saja Tenang kalah, PAS bergelora lagi kerana lagi 3 minggu penamaan calon DUN MERLIMAU di Melaka. Bahang kekalahan belum selesai. PAS kena fikir baik-baik siapa calonnya kerana di sini kubu kuat BN dengan 64% Melayu 21% Cina dengan 16% India.Jumlah pengundi 10,600.

                                  SIAPA MANGSA SETERUSNYA?DUN ini juga pernah ditandingi PKR pada 2004. Sejak 2004 lagi pembangkang kalah dengan penyandang sama. PR mesti hati-hati sebab pada 2004 PKR kalah dengan majoriti lebih 5,000 undi dan pada 2008 PAS kalah lebih 2,000 undi. Nah sekarang bersandarkan kekalahan di Tenang yang lebih 3,000 adakah PAS akan serah beban ini di galas oleh PKR? Mungkin juga ya sebab dulu PKR nya dari bangsa india,sekarang mungkin diletakkan bangsa Melayu. Lihat saja pertaruhan mereka.Mangsanya ialah Melayu.

                                                  SIAPA UNTUNG?Tenang bila kalah ,DAP ambil peluang untuk bangga kononnya dia menang di satu saluran mengundi. Menang maksudnya ialah di kawasan 90% Cina ini bagi daerah mengundi Labis Tengah . Memang pun BN kalah dengan majoriti 200. DAP dia langsung tak hirau daerah mengundi lain, bagi dia DUN TENANG ialah DAERAH MENGUNDI LABIS TENGAH, sehingga kempen setiap malam di buat dalam bahasa Cina dan terkial-kial penyokong PAS Melayu mencangkung di celah celah kedai semata mata atas nama PAKATAN. Lihat saja percaturan DAP. Dia mahu undi Cina saja dan untuk Melayu dia minta PAS buat kerja. Kenapa PAS tak mahu berkempen di kawasan Cina? Yang anih pada waktu penamaan calon, PKR lebih hebat rombongan nya berbanding dengan DAP sehingga bendera DAP pun di pikul oleh orang PAS.Ringkas nya KECELARUAN telah berlaku dalam PAKATAN PEMBANGKANG,mereka bukan lagi PAKATAN RAKYAT.

                                    MIMPI DAP
Jelas bahwa PAS memikul tugas untuk menghuru-harakan pemikiran Melayu, PKR memikul tugas mengganaskan jiwa Melayu dan bila Melayu sesama Melayu bergasak makanya DAP akan untung sebab bukan mudah nak huruharakan minda cina.Mereka mana ada hukum syrie itu dan ini.Mereka apa peduli syurga atau neraka.Yang mereka mahu ialah ekonomi dan sekarang kuasa.

Tuesday, February 15, 2011

TBH SUDAH MATI TAPI SAIFUL MASIH HIDUP!!!

TBH. SIMBOL KEAGUNGAN ORANG CINA


TBH atau Teoh Beng Hock adalah jagoan cina. Imej TBH mengisyaratkan bagaimana penguasa dari institusi agensi yg ramai Melayu dibayangkan membunuh seorang pemuda cina. TBH kini hero, lambang keagongan,lambang untuk terus membenci BN dan lebih khusus lagi umno.TBH adalah lagenda DAP yang mautnya mahu di juruskan kepada kelakuan dan kekejaman orang melayu.
   
Kes ini kes orang mati dan ianya kes jatuh bangunan. Ianya adalah kematian seorang pemuda cina dari DAP. Waktu kematian ia masih dalam proses penyiasatan mengenai rasuah. Bagaimana dan kenapa dia mati bukan untuk kita jawab dengan mudah. Yang penting bila mati tanam sahaja, mengetahui kenapa dan siapa bertanggungjawab itu soal makhamah putuskan seadilnya. Sekarang ini wujud pula Suruhanjaya Penyiasatan. Buatlah apa saja yang terbaik untuk si mati ini. Kalau nak sembahyang untuk dia pun tak jadi masalah kerana PAS kata pegang lilin di halalkan.Yang haram hanyalah UMNO. Belanjalah dan habiskanlah duit rakyat sebanyak mungkin sebab negara kita memang sentimental sungguh tentang hal hal sebegini.Patut juga kita tahu banyak mana dah duit rakyat di gunakan untuk siasat demi siasat,lepas tu korek kemudian korek kemudian.....
                      
KENAPA BN DI SALAHKAN SANGAT

Ini  TBH sebuah kisah kesabaran negara. Jika diteliti,ini kerja bukan rakyat nak kerajaan campurtangan  tapi memandangkan sanak saudaranya mahu keadilan maka di berilah bantuan keadilan yg terbaik. Setelah sekian banyak di lakukan,masih ada yang mencemoh BN.Masih ada yang buta bahwa wang kerajaan itu wang kami juga,wang yang di pungut dari kami.Adakah kami di panggil untuk beri restu?jawapan nya tidak tapi kami beri sokongan untuk kes si mati ini di ketahui punca punca nya.Waktu kerajaan tolong, PR diam bagitu.


SIAPA YANG MEMBELA SAIFUL?

Soalan yang di tanya rakyat ialah kenapa SAIFUL tidak dapat pembelaan segera dan secukupnya? Adakah kerana dia Melayu? Adakah kerana dia bukan orang yang di syaki melakukan subahat, adakah kerana dia tidak punya pangkat dan darajat? Kenapa pembangkang diam? Sepi tentang Saiful. Kena balon belakang bukan cerita seronok, ia lebih sakit dari jatuh motor.Apatah lagi kalau dipaksa atau digoda oleh orang yang ada nama dan darajat. Nah,negara kita sudah menyesatkan kita dari mengetahui apa yang patut kita buat pembelaan dan  yang tak patut kita buat pembelaan.Kepada TBH yang mati kita hidupkan dan saiful yang masih benyawa cuba di matikan.Dimana pejuang pejuang? kalau tidak dari bangsa lain,kita tanya di mana pejuang melayu untuk membela nasib bangsa nya yang di nodai,diaibkan disisi ugama dan masyarakat oleh orang yang ada pangkat dan harta bertimbun di  luar negara.

Hampir 2 tahun Saiful merana dan merana di negaranya sendiri mencari pembelaan dan sokongan.Ia tidak di layan seperti TBH.Saiful sudah lakukan semuanya demi keadilan tapi yang di dakwa tetap menggunakan pelbagai helah untuk tangguh. Apakah sistem keadilan hanya berlaku pd TBH dan tidak pada SAIFUL?Apakah kerajaan hanya melihat TBH dan tidak mahu mendapat suara rakyat untuk saiful...

TANGGUH LAGI....sudah lebih 50 kali

Hari Isnin ini bicara Saiful bersambung. Dengar katanya yang didakwa sudah ada rancangan terbang ke Amerika. Kalau sungguhlah cerita pembolosan ini kita tak  tahu pula berapa lama dia di sana. Ada kata kalau dia balik pun apa faedah sebab tak lama lagi dia  akan di hakimi, lebih baik berehat bersama yahudi di amerika dari merengkok di sg buluh kerana usia sebegini mungkin tidak lumayan mati di penjara.Tambahan lagi dia  sudah juga di gantung di parlimen,dia juga tahu tak lama lagi lumpuh lah parti PKR. Dia pun tahu yang PKR sekarang bukan lagi di minati oleh PAS.Sebab PKRlah PAS mula mengalami kemerosotan.Sebab DAP parti PAS sentiasa kalah dalam PRK.

Yang penting ialah apa jadi pada Saiful? Kenapa Cina,I ndia dan lebih lebih lagi Melayu diam,tidak bangun membawa hal ini di jalanraya, kalau TBH boleh pegang lilin, kalau hal di mesir sanggup kejalan raya .Ini  hal akhlak,hal moral,hal maruah,hal ugama yang di nodai oleh pemimpin besar,pemimpin idola ramai,pemimpin yang bermimpi untuk jadi PM. Saiful hanya manusia biasa yang pada hari ini sudah di goda dan di godam tanpa ada keinsafan oleh orang yang bertopeng ugama dan menjadi sahabat tok guru.Bukan kah ini penganiayaan?

JIKA TBH BOLEH KENAPA SAIFUL TIDAK.?

Sekian lama Saiful menanti keadilan sehingga memaksa bapa nya membawa memorendum kepada agong untuk mendapat keadilan.Saiful bersumpah di masjid atas nasihat dan panduan ulama,dia juga telah ke tanah suci,semua ini telah di buat saiful tapi apabila orang yang di dakwa berpusing pusing dan menangguh ,rakyat semacam turut lesu kerana kerenah tangguhnya.Inikah cara nya keadilan?Kenapa tidak ada kebangkitan untuk minta di adili segera.Kenapa saiful di biarkan kesepian.Adakah kita setuju perbuatan orang kenamaan keatas manusia kerdil ini dengan sifat luar tabie?penyalahgunaan ini mungkin berleluasa jika di biarkan berlarutan.Ayoh kaum muslimin dan muslimat sekelian,bangkit lah dan perjuangkan keadilan demi melihat suatu kebenaran.Minta pihak berkuasa jangan layan kerenah biadap dan kelakuan tidak normal berleluasa di bumi ini.Jika TBH boleh, kenapa saiful tidak?

Monday, February 7, 2011

ANWAR BUKAN SEKADAR PELAKON,MENYANYI PUN DIA DAH ADA ALBUM.

Pastinya aku cuba jadi penhibur TERBAIK punya muahahahahahaha!!!!
 `PELAKON
ANWAR KHAN sudah kita ketahui kehebatannya berlakon, berdrama dan memutarbelitkan cerita dari yang betul kepada yang salah dan dari yang salah kepada yang betul. Skripnya memang hebat. Ini adalah suatu anugerah. Ini yang buat ramai penonton suka dengar celotehnya, dan ramai yang suka tengok cara lengok dan hayunan lengannya. Dalam hal agama pun dia mahu putar-putar semata-mata nak kasi tau yang dia adalah seorang yang mempunyai fikiran yang baik sekali tentang Islam. Mari kita analisis dialog anwar dengan Uthman el Muhammady yang di petik dari salah satu blog.



Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

PENYANYI
Ramai yang masih ingat yang Anwar ini mahu juga jadi penyanyi. Dia mahu penonton dan pendengar tahu bahwa bakal Perdana Menteri Malaysia ialah seorang pelakon dan seorang penyanyi. Dia boleh juga menari.Tapi sekarang ini sebab pinggangnya ada sikit masalah maka mungkin hal "goyang" ini perlu berhati-hati sikit.

DULU lagu  yang dia nyanyi ialah AZIZAH. Ini cara dia tambat hati isterinya yang jarang di belai. Untuk orang lain tak tahu pula apa lagu yang dinyayikan.

Sejak PKR tidur setilam dengan DAP, Anwar dah naik gian dengan orang-orang DAP yang suka nyanyi lagu CHANGE. Yang terkini ialah suara Anwar sudah dialbumkan oleh puak-puak DAP terdiri dari pemuda handsome cina..Tak ingat pula kenapa lagu dikir barat tak di muatkan. Mungkin PAS tak pandai nyanyi. Sebab tu waktu penamaan calon di Tenang DAP minta lebai lebai nyanyi lagu Cina,di lihat tersipu sipu lebai kita ni nyanyi.

Sesiapa yang mahu mendengar ayu suara anwar bolehlah langgan album TERATAK. Soal album ini akan HIT atau tidak itu tak tahu pula. Selepas ini apa pula Anwar mimpi nak jadi?Ada kawan kata Anwar sedang berlatih untuk buat persediaan persaraannya jika ditakdirkan PKR rebah dan kalah dalam pilihanraya akan datang

Friday, February 4, 2011

MANA DAP? KENAPA PKR DAN PAS SAHAJA BERARAK?

BERARAK DI JALANRAYAHari ini adalah hari kedua masyarakat cina merayakan tahun baru cina.Tahun Arnab.Tahun yang akan bagi untung besar.Hari ini masyarakat cina mengziarahi keluarga mereka manakala kaum kaum dari bangsa lain turut berkunjung kerumah rakan dan taulan berbangsa cina dengan mengucap selamat dan memberi kata inspirasi pada rakan dan keluarga berkenaan.Mereka dalam parti DAP yang majoritinya cina pun  merayakan tahun baru ini di bandaraya ini atau pun balik kampong.Sedang DAP sebok dengan hari kebesaran nya PKR &PAS melakukan demonstrasi jalanan.Selepas solat jumaat mereka berarak dan setelah berhenti di embassy amerika mereka beri  memorendum dan penyuraian mereka hanya dapat di lakukan dengan meriam air dan ada beberapa tangkapan di buat.
Pakatan sentiasa inginkan publisiti murahan tanpa mengira Hari Kebesaran Kaum Di Malaysia!!!!
KENAPA BERARAK?PAS dan PKR memang kegemaran mereka ialah laungan dan berkumpul ramai ramai di kawasan terbuka.Mereka menjadi lebih seronok bila boleh ramai ramai berarak atas jalan raya.Mereka rasa ada kekuatan bila kereta dan motosikal berhenti dan bagi laluan untuk mereka.Ini TABIAT.Ini adalah satu yang telah di pamirkan.Demonstrasi sebegini di katakan ok oleh nik aziz.Jadi tidak hiran kalau dalam menyusun atur perarakan PAS dan PKR boleh di nobatkan JUARA.

Kali ini secara bersungguh sungguh mereka kumpul orang untuk tunjuk sokongan pada rakyat di mesir yg mahu presiden mereka letak jawatan.Ini hal politik dalaman Mesir. Ini tidak kena mengena dengan surau di malaysia, tidak kena mengena  dengan kemanusiaan, tidak kena mengena dengan penindasan, kekejaman,  penderitaan,  pembunuhan, keagamaan. Di Mesir berlaku ketidakstabilan politik. Itu saja. Rakyat mahu presiden nya letak jawatan kerana beberapa tindakan presiden itu di katakan tidak popular.

Semua ini tidak kena mengena dengan malaysia atau pun perkara sejagat.Yang penting ialah pada keadaan ini,Malaysia harus fikirkan bagaimana menyelamatkan puluhan ribu pelajar kita di sana.Jika kerajaan kita gagal atau lalai atau tidak pedulikan mereka maka sesuailah diadakan demonstrasi.Hakikatnya kerajaan cukup sensitif dan proaktif.Tindakan kerajaan mendapat perhatian rakyat dan ketika mana kerajaan dan rakyat bersusah untuk lakukan operasi bantuan pada rakyat kita di sana, PKR,DAP,PAS sebok dengan hal politik mereka.

Secara tiba tiba mereka mendapat ilham berdemonstrasi,mesej mereka jelas.Mereka mahu menginspirasi rakyat malaysia,merangsang rakyat kita tentang cara dan gaya mahu tumbangkan kerajaan.Mereka tahu cara pendemokrasian tulin tidak memihak mereka.Mereka mahu kerajaan kita di tumbangkan ala mesir.Mereka mahu tunjuk yang kuasa rakyat di atas jalan,kuasa yang memegang sepanduk,kuasa jalan kaki ramai ramai lebih hebat untuk runtuhkan kerajaan.Ini suatu kursus dan latihtubi yang di pelopori oleh ANWAR KHAN.

KENAPA SEMASA CUTI AWAM?PKR dan PAS apa peduli waktu. Mereka tidak kira waktu bekerja atau waktu cuti. Yang penting mereka berpesta atas jalanraya.Kita di Malaysia patut hormati kaum lain, kaum cina yang sedang berhari raya.Teruk benarkah kalau di pilih minggu depan. Kenapa waktu ini. Ini kerana mereka mahu tunjuk kepada Cina bahawa mereka tidak ada perasaan untuk memikirkan hal hari kebesaran atau tidak. Cuba bayangkan kalau cina pula berdemonstrasi waktu kita berhari raya?

PKR dan PAS sudah mahu huru harakan keindahan dan ketenangan Malaysia. Nak balon kerajaan sudah kurang modal,maka mereka cari  modal luar untuk tunjuk di negara ini.Kegiatan ini  nama nya BODOH.

Kita mahu maju kehadapan membina tamaddun,suatu kebanggan,kita tengok PKR dan PAS pula semakin suka dengan huru hara di depan.


DAP KATA MENANG DI TENANG PAS KATA SISTEM PILIHANRAYA BERAT SEBELAH

                                                                   DRAMA LAGI
Drama ini selalu kita dengar dari DAP,PAS,PKR. S elalu kata yang kemenangan BN selalu ada sebabnya. Sudah nak masuk 15 PRK dan tak lama lagi PRU 13, masih nyanyi lirik yang sama. Kali ini kekalahan di Tenang ditafsir mereka secara berasingan. DAP kata dia menang undi Cina. Menggunakan formula daerah mengundi dan menumpukan pada daerah labis tengah, DAP tempelak MCA dengan kata Cina tidak sokong MCA. Walaupun ramai tahu yang penemuan ini tidak tepat, namun baginilah cara DAP mengapikan semangat perkauman.Dia tidak mahu komen tentang BN dan dia terlupa ada dua lagi daerah mengundi yang BN menang. Ianya ialah Labis Timor dan Labis. Di sini pun majoritinya adalah Cina. Kenapa tumpu di satu tempat saja sedangkan ada lagi 11 daerah mengundi yang memang ada penduduk cina.

                                   UNDI KE SYURGA
Tok Guru Nik Aziz pula kata yang kekalahan di Tenang adalah di dunia. Di akhirat dah kira menang. Ini suatu penemuan yang kita kena bagitau dekat DAP. Sudah di duga DAP tentu tidak setuju jika penemuan ini di tujukan pada orang Cina.Orang Cina secara umum nya tidak kaitkan undi dan pilihanraya dengan syurga neraka.Ini bermakna Nik Aziz tujukan pada orang melayu.Ini pun satu gejala dalam perkauman. Jadi slogan PAS FOR ALL ini di nikmati waktu yang bagaimana? Tok guru ni selalu dah kita dengar hal syurga dan neraka dan dia selalu takutkan orang.Kalau orang percaya cakap dia kenapa undi di beberapa daerah mengundi PAS hilang UNDI?

                                      LAGI LAGI BERAT SEBELAH
Presiden PAS Hadi Awang pula kata PRK ini berat sebelah. Semuanya tak telus, tak demokratik, tak sama rata medianya, tak adil itu dan tak patut ini. Nah! Idea Hadi ini bagus dibisikkan dekat telinga kanan ANWAR KHAN. Kekecohan pilihanraya parti PKR yang lintang pukang  adalah yang teruk dalam sistem pilihan parti.Ramai yang persoal integritinya sehingga orang kuat yang di sanjung PR dalam PRK HULU SELANGOR keluar dari kuku besi PKR dan tubuh parti KITA. Bagitu juga jaguh jalanraya dari PADANG SERAI pun keluar parti atas alasan pilihanraya parti. Adakah dua hero ini buta dan pekak? Adakah mereka ternyata terlalu bangang untuk faham apa itu telus dan apa itu bebas?Mereka lebih mengetahui dari Hadi lebih lebih lagi zaid yang dulu umno, kemudian Menteri, kemudian PKR, kemudian kalah, kemudian kena sabotaj, kemudian tubuh KITA. Hadi sebenarnya terlalu kesal apabila Tenang bergelora dengan cikgu Mala. Dia tahu yang cikgu Mala bukan calon sesuai dan dia mahu perangkapkan kaum wanita supaya calon akan datang dia akan kata muslimah tidak akan bertanding tajut jadi macam Mala.

                                     MERLIMAU :PKR atau DAP?
PKR menyepi kerana mereka juga kesal bila cadangan awal  mereka mahu bertanding tidak digemari PAS. Sekarang mereka nampak macam kesepian dan mereka mahu cuba nasib di Merlimau. PRK cepat-cepat alih pandangan rakyat untuk melihat pentarama PKR dan dia mahu nilai sejauhmana rakyat sokong dia lagi. Jika dia nampak hebat maka secara dalaman mereka akan bertanding di MERLIMAU.Kita juga mengalukan DAP sebab kalau PAS boleh bagi laluan,kenapa DAP di sisihkan?

Wednesday, February 2, 2011

DRAMA PKR

PANGGIL SAYA ANWAR KHAN
"My Name is anwar and i am not a terrorist" ini ungkapan anwar.Dia sebut ini dalam ceramah road show untuk pulihkan imej PKR. Dia mahu jadi Sharukh Khan seperti filem MY NAME IS KHAN..Jelas Anwar khan ini sudah tak minat dengan nama asal yang di beri oleh ibu tersayang.Mungkin juga arwah Datuk Ibrahim terlepas pandang untuk tambah nama KHAN. Sebab itu pada usia sebegini ranum Anwar memaksa penonton menerima nama barunya ANWAR KHAN.

Sebab utamanya ialah kalau ANWAR IBRAHIM ia dah sinonim dengan LIWAT. Justeru dia putar namanya kepada ANWAR KHAN supaya dia di segani  sebagai seleberiti.Sebab tulah bila dia jumpa orang India dia kata dia SIVAJI THE BOSS. Rupa-rupanya terteralah bahwa ANWAR KHAN lebih mirip jadi bintang filem dari jadi PM.Sebab kalau jadi PM mana boleh buat wayang.Rahsia ini mesti kita bisikkan pada DAP dan tak perlu kita kasi tau sama PAS sebab DAP mengikut Gobind Singh lebih selesa sebilik dan sebantal dengan Anwar Khan.

                                    KONSERT ANWAR KHAN
Yang lebih menarik ialah dalam ceramah pulih semangat ini Anwar Khan banyak memainkan cerita ROSMAH.Dia kata BN itu BINI NAJIB.Dia juga lagukan cerita katak yang merujuk pada Ibrahim Ali.Rupa rupa nya baru kita tahu yang mereka perlu memuja dan mantara rosmah dan ibrahim untuk kembalikan semangat mereka.Tak juga di duga yang PKR sangat gementar pada dua orang ini.Mereka mahukan penonton setuju bahwa Khan Malaysia ni perlu semangat dari rosmah dan ibrahim.Kalau gitu caranya Anwar Khan kenalah anjur satu konsert dan jadikan rosmah atau ibrahim penaungnya.

               
                                         HARAM DAP MINUM ARAK?

Cerita drama yang menarik ialah dari Khalid Samad.Dia kata yang orang Pas tak akan minum arak bersama orang UMNO.Dia kata orang Pas hanya akan minum teh tarik dengan DAP.Ini satu nyanyian yang hebat.Mengapa Khalid yang terhegeh hegeh nak tetapkan yang DAP kalau nak bersama PAS mesti minum teh tarik saja.Ini bermakna kalau DAP nak minum arak maka DAP akan jemput UMNO.Belum lagi ada hukum hudud dah nampak lagak Pas yang mahu merubah DAP dari minum whisky kepada Teh tarik.Elok juga brother Kit ambil ingatan sempena kong hi fa chai ini supaya mulakan yam seng dengan teh tarik.


                                           CHEAP MATINEE
Yang mengecewakan dalam siri jelajah ini ialah penganjurnya.Anwar Khan tak cerita kenapa populariti nya menurun?kenapa dalam kajian yang di buat mendapati yang lebih 40% mengatakan Anwar Khan ini tidak lagi relevan!Anwar Khan ini hanya mahu menguji tahap hafal skrip untuk terus jadi pelakon.Dia asyik asyik ulang cerita lama,cerita TBH,cerita Kugan,dan selalu sangat kata dia di londeh dan matanya dilebamkan.Cerita dia londeh saiful dan lebam kan saiful punya itu, dia elak.Ini macam cerita cheap matinee.Tapi kita jangan perlekeh penonton kerana penonton yang  gelak ketawa  menunjukkan mereka suka di hiburkan oleh Anwar Khan.

SKRIP DAP,PAS,PKR

 Pernah tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga? Ini ialah siaran drama komedi bersiri dalam TV.Parti politik 3 Sepiling ini pun macam tu juga.Mereka mcam ada lawak sikit,Misalnya Pi Mai Pi PAS,Pi Mai P KR,DAPig juga yang untung,!!
MERLIMAU KATA MAI

Bila saja Tenang kalah,PAS bergelora lagi kerana lagi 3 minggu penamaan calon DUN MERLIMAU di melaka.Bahang kekalahan belum selesai.PAS kena fikir baik baik siapa calonnya kerana di sini kubu kuat BN dengan 64% melayu 21% cina dengan 16% india.Jumlah pengundi 10600.
 
SIAPA MANGSA SETERUSNYA?

.DUN ini juga pernah di tandingi PKR pd 2004.Sejak 2004 lagi pembangkang kalah dengan penyandang sama.PR mesti hati hati sebab pada 2004 PKR kalah dengan majoriti lebih 5000 undi dan pada 2008 PAS kalah lebih 2000 undi.Nah sekarang besandarkan kekalahan di Tenang yang lebih 3000 adakah PAS akan serah beban ini di galas oleh PKR? Mungkin juga ya sebab dulu PKR nya dari bangsa india,sekarang mungkin di letakkan bangsa melayu.Lihat saja pertaruhan mereka.Mangsanya ialah Melayu.

SIAPA UNTUNG?

Tenang bila kalah ,DAP ambil peluang untuk bangga konon nya dia menang di satu saluran mengundi.Menang maksudnya ialah di kawasan 90% cina ini bagi daerah mengundi Labis Tengah .Memang pun BN kalah dengan majoriti 200.DAP dia langsung tak hirau daerah mengundi lain,bagi dia DUN TENANG ialah DAERAH MENGUNDI LABIS TENGAH,sehingga kempen setiap malam di buat dalam bahasa Cina dan terkial kial penyokong PAS melayu mencangkung di celah celah kedai semata mata atas nama PAKATAN,Lihat saja percaturan DAP.Dia mahu undi cina saja dan untuk melayu dia minta PAS buat kerja.Kenapa PAS tak mahu berkempen di kawasan Cina?yg anih pada waktu penamaan calon,PKR lebih hebat rombongan nya berbanding dengan DAP sehingga bendera DAP pun di pikul oleh orang PAS.Ringkas nya KECELARUAN telah berlaku dalam PAKATAN PEMBANGKANG,mereka bukan lagi PAKATAN RAKYAT.

MIMPI DAP

Jelas bahwa PAS memikul tugas untuk menghuruharakan pemikiran melayu,PKR memikul tugas mengganaskan jiwa melayu dan bila Melayu sesama melayu bergasak makanya DAP akan untung sebab bukan mudah nak huruharakan minda cina.Mereka mana ada hukum syrie itu dan ini.Mereka apa peduli syurga atau neraka.Yang mereka mahu ialah ekonomi dan sekarang kuasa.