Tuesday, February 15, 2011

TBH SUDAH MATI TAPI SAIFUL MASIH HIDUP!!!

TBH. SIMBOL KEAGUNGAN ORANG CINA


TBH atau Teoh Beng Hock adalah jagoan cina. Imej TBH mengisyaratkan bagaimana penguasa dari institusi agensi yg ramai Melayu dibayangkan membunuh seorang pemuda cina. TBH kini hero, lambang keagongan,lambang untuk terus membenci BN dan lebih khusus lagi umno.TBH adalah lagenda DAP yang mautnya mahu di juruskan kepada kelakuan dan kekejaman orang melayu.
   
Kes ini kes orang mati dan ianya kes jatuh bangunan. Ianya adalah kematian seorang pemuda cina dari DAP. Waktu kematian ia masih dalam proses penyiasatan mengenai rasuah. Bagaimana dan kenapa dia mati bukan untuk kita jawab dengan mudah. Yang penting bila mati tanam sahaja, mengetahui kenapa dan siapa bertanggungjawab itu soal makhamah putuskan seadilnya. Sekarang ini wujud pula Suruhanjaya Penyiasatan. Buatlah apa saja yang terbaik untuk si mati ini. Kalau nak sembahyang untuk dia pun tak jadi masalah kerana PAS kata pegang lilin di halalkan.Yang haram hanyalah UMNO. Belanjalah dan habiskanlah duit rakyat sebanyak mungkin sebab negara kita memang sentimental sungguh tentang hal hal sebegini.Patut juga kita tahu banyak mana dah duit rakyat di gunakan untuk siasat demi siasat,lepas tu korek kemudian korek kemudian.....
                      
KENAPA BN DI SALAHKAN SANGAT

Ini  TBH sebuah kisah kesabaran negara. Jika diteliti,ini kerja bukan rakyat nak kerajaan campurtangan  tapi memandangkan sanak saudaranya mahu keadilan maka di berilah bantuan keadilan yg terbaik. Setelah sekian banyak di lakukan,masih ada yang mencemoh BN.Masih ada yang buta bahwa wang kerajaan itu wang kami juga,wang yang di pungut dari kami.Adakah kami di panggil untuk beri restu?jawapan nya tidak tapi kami beri sokongan untuk kes si mati ini di ketahui punca punca nya.Waktu kerajaan tolong, PR diam bagitu.


SIAPA YANG MEMBELA SAIFUL?

Soalan yang di tanya rakyat ialah kenapa SAIFUL tidak dapat pembelaan segera dan secukupnya? Adakah kerana dia Melayu? Adakah kerana dia bukan orang yang di syaki melakukan subahat, adakah kerana dia tidak punya pangkat dan darajat? Kenapa pembangkang diam? Sepi tentang Saiful. Kena balon belakang bukan cerita seronok, ia lebih sakit dari jatuh motor.Apatah lagi kalau dipaksa atau digoda oleh orang yang ada nama dan darajat. Nah,negara kita sudah menyesatkan kita dari mengetahui apa yang patut kita buat pembelaan dan  yang tak patut kita buat pembelaan.Kepada TBH yang mati kita hidupkan dan saiful yang masih benyawa cuba di matikan.Dimana pejuang pejuang? kalau tidak dari bangsa lain,kita tanya di mana pejuang melayu untuk membela nasib bangsa nya yang di nodai,diaibkan disisi ugama dan masyarakat oleh orang yang ada pangkat dan harta bertimbun di  luar negara.

Hampir 2 tahun Saiful merana dan merana di negaranya sendiri mencari pembelaan dan sokongan.Ia tidak di layan seperti TBH.Saiful sudah lakukan semuanya demi keadilan tapi yang di dakwa tetap menggunakan pelbagai helah untuk tangguh. Apakah sistem keadilan hanya berlaku pd TBH dan tidak pada SAIFUL?Apakah kerajaan hanya melihat TBH dan tidak mahu mendapat suara rakyat untuk saiful...

TANGGUH LAGI....sudah lebih 50 kali

Hari Isnin ini bicara Saiful bersambung. Dengar katanya yang didakwa sudah ada rancangan terbang ke Amerika. Kalau sungguhlah cerita pembolosan ini kita tak  tahu pula berapa lama dia di sana. Ada kata kalau dia balik pun apa faedah sebab tak lama lagi dia  akan di hakimi, lebih baik berehat bersama yahudi di amerika dari merengkok di sg buluh kerana usia sebegini mungkin tidak lumayan mati di penjara.Tambahan lagi dia  sudah juga di gantung di parlimen,dia juga tahu tak lama lagi lumpuh lah parti PKR. Dia pun tahu yang PKR sekarang bukan lagi di minati oleh PAS.Sebab PKRlah PAS mula mengalami kemerosotan.Sebab DAP parti PAS sentiasa kalah dalam PRK.

Yang penting ialah apa jadi pada Saiful? Kenapa Cina,I ndia dan lebih lebih lagi Melayu diam,tidak bangun membawa hal ini di jalanraya, kalau TBH boleh pegang lilin, kalau hal di mesir sanggup kejalan raya .Ini  hal akhlak,hal moral,hal maruah,hal ugama yang di nodai oleh pemimpin besar,pemimpin idola ramai,pemimpin yang bermimpi untuk jadi PM. Saiful hanya manusia biasa yang pada hari ini sudah di goda dan di godam tanpa ada keinsafan oleh orang yang bertopeng ugama dan menjadi sahabat tok guru.Bukan kah ini penganiayaan?

JIKA TBH BOLEH KENAPA SAIFUL TIDAK.?

Sekian lama Saiful menanti keadilan sehingga memaksa bapa nya membawa memorendum kepada agong untuk mendapat keadilan.Saiful bersumpah di masjid atas nasihat dan panduan ulama,dia juga telah ke tanah suci,semua ini telah di buat saiful tapi apabila orang yang di dakwa berpusing pusing dan menangguh ,rakyat semacam turut lesu kerana kerenah tangguhnya.Inikah cara nya keadilan?Kenapa tidak ada kebangkitan untuk minta di adili segera.Kenapa saiful di biarkan kesepian.Adakah kita setuju perbuatan orang kenamaan keatas manusia kerdil ini dengan sifat luar tabie?penyalahgunaan ini mungkin berleluasa jika di biarkan berlarutan.Ayoh kaum muslimin dan muslimat sekelian,bangkit lah dan perjuangkan keadilan demi melihat suatu kebenaran.Minta pihak berkuasa jangan layan kerenah biadap dan kelakuan tidak normal berleluasa di bumi ini.Jika TBH boleh, kenapa saiful tidak?

No comments:

Post a Comment