Friday, February 4, 2011

DAP KATA MENANG DI TENANG PAS KATA SISTEM PILIHANRAYA BERAT SEBELAH

                                                                   DRAMA LAGI
Drama ini selalu kita dengar dari DAP,PAS,PKR. S elalu kata yang kemenangan BN selalu ada sebabnya. Sudah nak masuk 15 PRK dan tak lama lagi PRU 13, masih nyanyi lirik yang sama. Kali ini kekalahan di Tenang ditafsir mereka secara berasingan. DAP kata dia menang undi Cina. Menggunakan formula daerah mengundi dan menumpukan pada daerah labis tengah, DAP tempelak MCA dengan kata Cina tidak sokong MCA. Walaupun ramai tahu yang penemuan ini tidak tepat, namun baginilah cara DAP mengapikan semangat perkauman.Dia tidak mahu komen tentang BN dan dia terlupa ada dua lagi daerah mengundi yang BN menang. Ianya ialah Labis Timor dan Labis. Di sini pun majoritinya adalah Cina. Kenapa tumpu di satu tempat saja sedangkan ada lagi 11 daerah mengundi yang memang ada penduduk cina.

                                   UNDI KE SYURGA
Tok Guru Nik Aziz pula kata yang kekalahan di Tenang adalah di dunia. Di akhirat dah kira menang. Ini suatu penemuan yang kita kena bagitau dekat DAP. Sudah di duga DAP tentu tidak setuju jika penemuan ini di tujukan pada orang Cina.Orang Cina secara umum nya tidak kaitkan undi dan pilihanraya dengan syurga neraka.Ini bermakna Nik Aziz tujukan pada orang melayu.Ini pun satu gejala dalam perkauman. Jadi slogan PAS FOR ALL ini di nikmati waktu yang bagaimana? Tok guru ni selalu dah kita dengar hal syurga dan neraka dan dia selalu takutkan orang.Kalau orang percaya cakap dia kenapa undi di beberapa daerah mengundi PAS hilang UNDI?

                                      LAGI LAGI BERAT SEBELAH
Presiden PAS Hadi Awang pula kata PRK ini berat sebelah. Semuanya tak telus, tak demokratik, tak sama rata medianya, tak adil itu dan tak patut ini. Nah! Idea Hadi ini bagus dibisikkan dekat telinga kanan ANWAR KHAN. Kekecohan pilihanraya parti PKR yang lintang pukang  adalah yang teruk dalam sistem pilihan parti.Ramai yang persoal integritinya sehingga orang kuat yang di sanjung PR dalam PRK HULU SELANGOR keluar dari kuku besi PKR dan tubuh parti KITA. Bagitu juga jaguh jalanraya dari PADANG SERAI pun keluar parti atas alasan pilihanraya parti. Adakah dua hero ini buta dan pekak? Adakah mereka ternyata terlalu bangang untuk faham apa itu telus dan apa itu bebas?Mereka lebih mengetahui dari Hadi lebih lebih lagi zaid yang dulu umno, kemudian Menteri, kemudian PKR, kemudian kalah, kemudian kena sabotaj, kemudian tubuh KITA. Hadi sebenarnya terlalu kesal apabila Tenang bergelora dengan cikgu Mala. Dia tahu yang cikgu Mala bukan calon sesuai dan dia mahu perangkapkan kaum wanita supaya calon akan datang dia akan kata muslimah tidak akan bertanding tajut jadi macam Mala.

                                     MERLIMAU :PKR atau DAP?
PKR menyepi kerana mereka juga kesal bila cadangan awal  mereka mahu bertanding tidak digemari PAS. Sekarang mereka nampak macam kesepian dan mereka mahu cuba nasib di Merlimau. PRK cepat-cepat alih pandangan rakyat untuk melihat pentarama PKR dan dia mahu nilai sejauhmana rakyat sokong dia lagi. Jika dia nampak hebat maka secara dalaman mereka akan bertanding di MERLIMAU.Kita juga mengalukan DAP sebab kalau PAS boleh bagi laluan,kenapa DAP di sisihkan?

No comments:

Post a Comment