Wednesday, February 16, 2011

PANTUN BALIK PULAU

Teliti pantun dua kerat 

                        Balik pulau bayan lepas
                Sana terpulau sini terlepas
Pantun ini rujuk pada orang melayu pulau pinang. Pantun ini sudah tidak didendangkan lagi oleh generasi sekarang. Pantun ini cukup popular pada waktu orang melayu didesak oleh broker tanah dan ketika mana orang melayu waktu itu cukup ghairah dengan glamour dalam urusan lifestyle mau pun dalam mengendalikan majlis khusus perkahwinan. Pantun ini hakikatnya ialah suatu nasihat.Pantun ini mengingatkan orang melayu supaya berhati hati,supaya waspada,supaya tidak menjadi pelarian.Pantun ini selalu di gemakan secara halus dan bagi yang mengerti maksud mereka sudah dapat terjemahkan maksud tersirat dengan mudah.Bagi yang bahlol dan bangang mereka tidak peduli dan tidak bagi apa apa erti pada pantun ini.Hari ini ,kepada orang melayu pulau pinang,nyanyikan pantun ini ke seluruh pelusuk dan bisikkan pada telinga generasi penerus bahwa tanah mereka semakin menjadi hak orang lain.Katakan pada seluruh kaum melayu bahwa kepimpinan melayu di pulau pinang adalah dalca.

Kepimpinan melayu BN sudah lesu bagitu juga kepimpinan melayu pakatan yang lebih kianat bangsa dari yang lain.Sehingga kini orang melayu langsung tidak ada ruang untuk bernafas.Mereka di kepong oleh ribuan unit kediaman yang orang melayu tak mampu miliki.Orang melayu mahu mencuba nasib dengan percaya kata kata dari pengkianat.Mereka bertepuk bila berlaku peralihan kuasa.Kini siapa yang lebih rugi.Orang melayu di tutup mulut dengan sedikit ganjaran tapi kesan geraklaku pemerintah tidak di ketahui sebab kunco kunco pengkianat sentiasa bersusah payah mahu menutup minda melayu penang.Ada yang lebih ghairah,sehingga memuja pemimpin dengan doa dan tidak cukup dengan itu di beri pula gelaran umar ab aziz.Kerja gila ini siapa yang suruh?.Cina atau india pun tak tahu siapa umar dan mereka pun baru sekarang faham doa kutbah.Siapa petualang dan pengkianat?Ini kerja bangang melayu yang jadi barua suruhan pemerintah la ni.!!

Dulu orang melayu HERO tapi bila melayu di layukan dengan heroin maka melayu yang dulunya gagah kini hanya menanti waktu untuk menjadi penumpang.Kini pun sudah di katakan melayu balik pulau itu adalah kaum pendatang.

                            BALIK PULAU 2011
Hari ini Balik Pulau bergema.Ada yang nak saman dan ada yang kata balik pulau perlu dapat pembelaan.Timbalan Ketua Menteri yang berbangsa melayu itu berkata yang PKR masih kuat,masih bekerja dan masih di sukai rakyat.Ajaib sungguh boneka ini bertutur.Dia dulu masa jadi pensyarah dia lah orang yang menganjurkan seminar dan dialah orang yang tegak berdiri untuk melayu pulau pinang.Atas nama pejuang dan perjuangan dia hari ini adalah manusia wahid yang mewakili PARTI KHIANAT RAKYAT.Wakil rakyat ini harus insaf yang dia telah di heroinkan.Dia harus insaf bahwa mereka yang mengenali nya sedang melihat lakonan nya.

Yusmadi anak muda yang pintar,yang jadi kebanggaan rakyat khusus di pulau pinang.Malang nya dia pun hari ini mewakili kumpulan yang lupa daratan.Hari ini dia mula insaf dan dia mula kebingunan apabila ia mahukan keadilan bagi bangsanya.Yusmadi dalam usia mudanya di minta untuk ajukan pantun di atas di parlimen balik pulau dulu.Dia tak berani?kalau dia dayus tentu dia akan diam lesu macam sahabat dia di KOMTAR.

Yusmadi mahukan keadilan dan dia mula buat pertimbangan BN atau PR yang bagus untuk rakyat.Kenapa sekarang?kenapa sekarang saudara wakil parlimen insaf?YB saudara Yusmadi,bangsa kamu di himpit dengan dasar keterlaluan.Kamu dulu di asuh dan di beri pesan untuk menjadi pejuang tulin bukan untuk bangga dengan kuasa cabuk yang kamu miliki hari ini.Tidak lama lagi bila PRU13 tiba kamu hanya calon dan bukan lagi YB.Jika kamu ikhlas maka nasib melayu balik pulau di tangan kamu.Jika kamu masih keinginan mahu jadi YB maka atur langkah pejuang dan jangan kamu turuti langkah sahabat kamu yang dayus dan ghaplah.YB Mansur kamu juga kami beri pesan,supaya sediakan payong sebelum hujan.

No comments:

Post a Comment