Dewasa ini, terasa macam terlalu kita menumpu hal rasis. Kalau dulu hal rasuah tapi bila dah tak banyak kes yang akan dibangkitkan tertumpu kita pada hal rasis. DAP contohnya, adalah parti yang membawa suatu ideologi untuk melenturkan kepercayaan kita.
Apabila kita mempercayai maka kita menjadi DAP lemah, tapi bila kepercayaan kita kucar kacir maka DAP menjadi semakin kuat dan bertenaga. Ringkasnya DAP melonggarkan kepercayaan. Teori ini kalau kite renung habis habisan sedang menjalar di dalam pemikiran masyarakat. Mereka menggunakan hal kesamarataan untuk kita melihat kelainan sedangkan kelainan ini memag sudah sedia ada dari zaman purba lagi.
Mereka memberitahu bahawa rakyat mesti menikmati kesamaan sedangkan terpampang bahawa adat di negara ini yang cukup majmuk kesamaan ini tidak boleh dijelmakan. Ini adalah konsep sosialis. Konsep ini dilaungkan dalam ceramah dan kempen sehingga kita terpengaruh. Bagi mereka semua tak kena, apa yang datang dari pemerintah itu adalah penindasan. Apa yang dituntut oleh Melayu itu adalah pilihbulu.
Konsep ini juga diajar oleh DAP pada PAS dan PKR. Tengok saja kenyataan mereka. Semua buat tafsir bahawa wang rakyat untuk rakyat. Mereka mahu pemerintah mesti hidup macam rakyat yang tidak mewah. Rakyat mewah tak mengapa. Kalau rakyat terlalu mewah miskinkan mereka. Ini adalah trend pemikiran DAP.
Hujahan mereka akan tamat bila mereka dapat kuasa. Pemikiran DAP adalah pemikiran untuk menghayati pemberontakan naluri dan semangat. Itu kemuncak. Tapi bila mereka dapat kuasa dan mengamalkan perlembagaan yang digubal oleh bukan dari generasi sosialis mereka akan cuba ubah. Itulah sebab dalam kempen mereka disebut BERUBAH..
Teorinya mereka mahu rakyat cipta keraguan dan sangsi. Bila da begitu mereka akan buat rakyat kep0ada dorongan mahu mengubah. Bila keputusan diperolehi iantya kuasa yang berubah dari satu kelompok kepada kelompok lain. Bila da ada kuasa yang perlu diubah sebenarnya ialah PERLEMBAGAAN supaya segala yang istimewa disamaratakan. Secara berjenaka, mungkin juga Sultan ditukar istilah pada MAHARAJA untuk digilirkan mengikut bangsa.
Kenapa TYT tak boleh dari BUKAN MELAYU bagi negeri PENANG??!!! Itu hakikat BERUBAH. Itu yang bakal kita tempoh. Hanya kuasa saja boleh lakukan. Ini macam yang selalu kita dengar MONEY TALK. Cuba tengok PERIKATAN atau BN, selama 53 tahun mereka langusng tak sentuh 7 WASIAT RAJA-RAJA. Mereka tak terpertikai perjanjain awal yang cukup dicemburui oleh DAP.
NAH!! Pikiran biasa pun boleh kasitau bahawa perjuangan mereka menentang keistimewaan akan selesai bila kuasa menyeluruh ada. Ke mana agaknya PAS, PKR ket8ika mereka tahu mereka menjadi minoriti dalam agihan kuasa. akibat kealpaan mereka sendiri. Justeru, akhir zaman, terjadilah NUSANTARA CINA atau benua kecil CINA menggantikan MELAYU. Jangan kita perlekehkan propaganda DAP, jangan kita tak teliti niat mereka. Mereka memang semangat tapi bila ada kuasa mereka akan tibai kowww.....kowww.......
No comments:
Post a Comment