Tuesday, September 7, 2010

SIRI 24: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKRIAN ANDA?

Kenapa dewasa ini orang Melayu diseru supaya BERSATU? Adakah orang Melayu sudah mengisytiharkan perang SESAMA MEREKA? Atau adakah orang Melayu sudah ada tanah jajahan sendiri yang mahu mengasingkan dari Melayu yang tidak ada jajahan? Adakah sudah wujud diskriminasi antara Melayu lama dan Melayu baru atau Melayu moden dengan Melayu Glokal?

Apakah yang nak DISATUKAN? dan apakah yang perlu ada untuk bersatu? Rakyat Melayu diliihat berpecah tidak lagi sehaluan. Melayu berjaya dipecahbahagikan. Melayu diperalatkan. Jika ini terus menular maka ianya akan membuka ruang untuk Melayu yang lemah mudah dipengaruhi dan mereka akan mudah bersetuju bila keistimewaan mereka mahu diketepikan.

Idea ini dipelopori oleh DAP. DAP mereka terasing. Habis paling kuat pun mereka mampu perkukuhkan  bangsa Cina yang hanya 24%. Mereka langusng tak dapat menembusi Melayu melalui UMNO dan PAS. Tapi bila PKR wujud dan bergandingan dengan PKR maka DAP melihat ini satu ruang baik untuk INFILTRATE pemikiran Melayu.

Mereka lakukan melalui tokoh Melayu seperti DSAI. Mereka lagi bersemangat bila mana DSAI menghampiri PAS dan mahukan PAS bergabung dengan DAP. Penyatuan pada PAS dan DAP ialah PKR. DAP melihat ini satu lagi ruang kerana PAS adalah seratus peratus Melayu. Konsep 3 lawan 1 adalah harapan DAP bila UMNO mahu dihapuskan atas alasan yang pelbagai.

DAP dapat memahami apakah pemikiran dan kelemahan PAS. Begitu jugalah dengan PKR. Bagi PKR, DAP lebih cepat faham hasrat mereka. Mereka perlu jawatan, jawatan dan jawatan. Yang DAP masih samar-samar ialah PAS. Sebab itu mereka mencuba kehebatan dan keampuhan PAS melalui hal agama. Hasilnya PAS menyokong gerakan gempur masjid.

Nampaknya PAS cukup serasi dalam tolak ansur.Maka ternyata PAS ini pun tidak ada pegangan kukuh malah hampir juga samanya dengan PKR yakni jawtan, jawatan dan jawatan. Kemudian DAP mahu lihat samada UMNO masih kuat atau tidak Maka dikemukakan isu Melayu. Jika UMNO diam dan tersipu-sipu apabila diperlekehkan maka DAP sekali lagi tahu yang Melayu punya pendirian yang tidak menentu dalam hal agama dan bangsa.

Jika ini berlaku dan dapatdisahkan maka DAP akan mengatur strategi mengukuhkan pengundi Cina untuk ambik alih kuasa Melayu. Sekarang faham kenapa Melayu diminta bersatu? Lagak DAP ini mudah. Mereka tahu mereka parti yang tidak mewakili majoriti rakyat tapi tahukah kita yang DAP adalah parti yang terbesar di Malaysia!!!...

Apa tidaknya mana ada parti yang mewakili semua negeri? UMNO pun tak dapat kerusi di Sarawak, tapi DAP ada. Melayu tidak sedar rancangan strategik DAP. Kalau pun ada yang sedar mereka sekadar menyepi bahasa saja sebab kurang mahu peduli hal politik. DAP pun tahu hal longlainya Melayu masyarakat Starbuck ini. Sebab tu dia cuba cucuk buka hal biasiswa lagi tapi kali ni lebih dari itu. Teori "hit the head" adalah tindakan berani DAP.

Bila ini berlaku maka kemusnahan tetap dapat dihasilkan. Itulah sebabnya agama dan hak keistimewaan dipertaruhkan. Nampaknya DAP is not going to waste their GOLDEN MOMENT. Itulah yang ramai penganalisis segera menyarankan peri pentingnya Melayu memahami taktik ini dan BERSATU!!!!

No comments:

Post a Comment