Wednesday, September 8, 2010

SIRI 26: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Terkejut gila!!!!! Rasa macam tak percaya!! Kenapa? Untuk kali pertama dalam sejarah penulis, beliau berbicara dengan orang Melayu Penang yang mengaku akhlak Cina lebih mulia dari akhlak Melayu. Yang lebih dikesali bila ada yang sebut kita patut bersyukur bahawa kain putih yang diperbuat di negeri China itulah yang mengkapankan mayat orang Islam.

Mana ada kain cap Melayu?Apa masalah kalau orang Cina masuk masjid berbanding dengan akhlak orang Melayu yang semakin teruk di bawah pemerintahan UMNO. Baru 2 tahun DAP perintah Penang, orang  yang dulunya pejuang Melayu hari ini tukar pendirian mengatakan betapa buruknya Melayu berbanding dengan Cina.

Adakah prinsip perjuangan membela bangsa lebur atau semakin kita hilang ketebalan membela tradisi bangsa? Siapa yang membasuh dengan FEB atau BREEZE semangat orang Melayu Penang? Yang lebih mengelirukan kenapa UMNO yang dikaitkan dalam menciptakan satu persepsi yang serba kelainan?

Wahai orang Melayu, kenapa daya penganalisian menjadi begitu dangkal semata-mata wujud kemarahan pada UMNO? Adakah UMNO sebusuk itu? Rasanya kita jangan terikut-ikut rasionalisasi dakyah yang liberal dan dakyah anti UMNO. Jangan kita persoal harapan ulama, jangan kita pertikai harapan orang lama bahawa Melayu sudah hilang arah.


Tidak ada hebatnya dan tidak ada manfaatnya jika kita hukum UMNO buta tuli sehingga kentut DAP pun kita mengaku wangi. Rupanya Melayu Penang sudah sedia untuk diKUBURkan semangat KEMELAYUAN. Ya mereka bangga dengan OMAR AL AZIZ yang dicelupkan. Soalnya dengan temuduga dua tiga ekor Melayu ini adakah cukup untuk kita buat satu andaian bahawa Melayu di Penang sudah terperangkap.

Untuk hidup senang di Penang adakah Melayu di Penang dimahukan mengaku yang DAP itu pejuang bangsa? Untuk tidak diusir keluar Penang adakah orang Melayu perlu puja udaya dan akhlak Cina. Fikirkan baik-baik supaya kita tahu beza yang palsu dan tulen. Malang jika arah tuju kita sudah ditetapkan untuk menyokong membabi buta. Untung besarkah kita bila kita mendewakan DAP dan menghina UMNO?????

No comments:

Post a Comment