Saturday, September 4, 2010

SIRI 19: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Pernah dengar tentang DAJJAL? Selalu dalam perbualan anak kampung khususnya kita lihat remaja bila memarahi seseorang selalu sebut "perangai kau macam dajjal" Nabi Muhammad ada menyebut hal dajjal dalam seruan terakhir baginda. Dajjal ini ada yang kata akan hadir pada akhir zaman. Ketika itu manusia begitu pentingkan dunia dan kebendaan.

Manusia akan meletakkan agama pilihan paling rendah, atau tidak langusng diindahkan. Agama bukan rujukan manusia. Agama adalah suatu ciptaan untuk menakutkan manusia. Agama dianggap suatu yang boleh ditolak ansur melalui hujahan kekuatan logik dan rasional. Sehingga ketika sedemkian manusia tidak langsung mengakui kewujudan Tuhan.

Sekarang punsudah didunia ada 16% yang dikatakan tidak percaya kewujudan Tuhan. Malah ada yang genius mengatakan yang manusia bukan ciptaan tuhan. Dalam politik pun kita tengok satu gelombang meliberisasikan pemikiran. Mengoncangkan kepercayaan adalah matlamat dalam hal untuk memegang kuasa.

Manusia terlalu bijak dalam mencelahi sesuatu yang dianggap baik dan boleh pula dalam satu ketika lain memutarbelitkan sehingga yang baik itu boleh menjadi tidak baik. Cuba kita lihat sekeliling kita. Bukankah fenomena ini semacam sama seperti yang disebut oleh junjungan besar kita? Ya memang jelas bahawa kita semakin hilang kekuatan dan jasad yang ada telah terjurus kepada hal sosialisme yang mahu mengisi kehendak manusia.

Kesyukuran tidak dilihat dalam konteks keamanan. Kesyukuran dilihat dalam bentuk kepuasan. Jelas matlamat menghalalkan cara sudah menjelajah di pemikiran masyarakat kita. Jika ini yangt kita pertahankan maka alamatnya kita menjadi rugi di akhirat.

Mungkin di dunia pelapornya puas tapi generasi akan datang mengalami kemerosotan yang dahsyat. Negara ini banyak kali tersekamat dari pelbagai cubaan. Kida sudah berjaya mempertahankan 53 tahun Perlembagaan yang dipersetujui bersama. Kini jika kita lihat, Perlembagaan ini menjadi sasaran dan rakyat kita semakin rapuh dalam memegang suatu perinsip.

Berlari daj melompat, sudah amalan parti siasah yang akhirnya mencelarukan pengikut. Sekejap kata begitu dan sekejap kata begini sudah jadi kebiasaan. Sekarang kita huru hara kepercayaan dan jika diasak oleh kemodenan falsafah, kita juga akan tersungkur dan masuk dalam pengikut dajjal.

Perhatikan siapa yang selalu mencelarukan demi suatu mimpi. Prinsip perjuangan sudah hilang yang tinggal hanya prinsip ANGKA. Politik angka ini akan menentukan siapa yang berkuasa. Berapa kamu dan berapa kami. Itulah sebabnya PKR dan PAS setuju tidur dengan DAP. Sekarang apa yang DAP buat diulas dengan baik oleh PAS bahawa ianya tidak bercanggah dengan agama.

Cuba kita tanya. Apakah selama ini DAP lakukan sesuatu dengan berpandukan ajaran Islam? Kenapa mereka masih CINA dan tidak mahu Islamkan saja pengikutnya. PINDA PERLEMBAGAAN DAP< itu baru betul. Ini cabaran untuk PAS, Ini peluang keemasan untuk PAS, Kita desak untuk buat resolusi supaya DAP masukkan hal ISLAM dalam perlembagaan.
Barulah PAKATAN RAKYAT namanya. Kalau cam tu semua rakyat akan sokong tak payah sebut rasis, radikallah, atau berdoa tak tentu arah lagi sebab semua parti dah Islamkan, SIAPA UNTUNG?




No comments:

Post a Comment