Sunday, September 5, 2010

SIRI 21: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Bila dapat kemerdekaan kita rakyat Malaysia bangga yang negara ini bukan lagi di bawah naungan mana-mana kuasa luar. Kita mungkin tidak bayangkan bagaimana negara-negara lain sedang menderita kerana masih tidak bebas dari cengkaman kuasa luar.

Bagitu jugalah ada negeri yang telah merdeka, punya bendera sendiri, barisan kabinet sendiri tetapi mereka perlu selalu rujuk kepada kuasa luar kerana jika tidak maka akan berlaku sesuatu sekatan atau denda dari mereka. Dunia amat cemburukan negara yang kecil ini. Kita kebarat pun tidak ke timur pun tidak.

Kita canai politik sendiri. Kita nyatakan kepada dunia tanpa takut pendirian kita. Adakalanya terasa semacam kita diancam tapi hanya dengan kekuatan minda dan taktikal kita berjaya mengkendorkan tension. Yang lebih diamati oleh dunia ialah kekayaan bangsa yang bijak mengatur perpaduan.
Rakyat kita harmoni, gigih, mahu maju. Ini berkat sumbangan semua kaum. Tapi apabila akhir-akhir ini kita dilanda oleh anasir dalaman, porak peranda mula dilihat wujud, kekecohan mula terjadi, maka terdedah kita kepada kuasa luar untuk mencuba kekentalan negara ini. Dalam dan luar kita diuji. Di kawasan sempadan, di kawasan perairan semua menjadi sasaran negara jiran.

Mereka juga semakin tidak pedulikan aspirasi ASEAN. Mereka termakan cucukan dan percikann fitnah. Mereka melihat negara ini kotor pemerintahan ini sehingga kedutaan kita bukan disimbah asid atau cat tetapi najis. Begitu nasib negara yang baik budi, negara yang suka membantu yang susah.

Malangnya mereka di luar menganggap sebaliknya. Di dalam negara pun begitu, dulu harmoninya kaum menghormati adat, kalau ada kekalutan pun yang kita dengar itu sekadar pertelingkahan antara parti tetapi sekarang entah bagaimana pula kita lihat ada yang mahu merombak perlembagaan, ada yang mahu derhaka titah Sultan, ada yang mahu pencemar agama, ada yang mahu menyekat keistimewaan, ada yang berani mencarut, ada yang mahu perubahan yang buta tuli.

Mereka ini adalah diperalatkan oleh DAP dan PKR. Parti ini mahukan segala-galanya tapi mereka tidak akan sama sekalu berjaya jika tidak ditemani oleh parti PAS. Maka bermesralah mereka atas nama PAKATAN RAKYAT. Matlamat mereka bukan rakyat dan perjuangan tapi pakatan untuk tumbangkan BARISAN NASIONAL.

Selepas berjaya mereka akan bercakaran kembali untuk meneruskan agenda masing-masing termasuklah memuaskan kehenddak menjadi PM. Termasuklah kehendak chauvinisme, termasuk melunturkan institusi agama dan Sultan. PAS ketika itu akan diketepikan, seperti tanda-tanda awal yang sudah ada di Selangor dan Penang.

Ketika negara huru hara maka kuasa luar menjelma untuk mencengkam tampuk kuasa. Tentunya sekutu barat atau timur. Boleh anda bayangkan? Sudah 500 tahun kita dijajah, baru 53 tahun kita merdeka, enta berpa lama lagi kita akan dijajah semula jika kita buta sejarah dan buta segala hal. Masyarakat yang dulu bersemangat kini kita tanya adakah mereka masih yang sama? Untung besarkah Melayu ketika itu? Siapa yang menikmati kekayaan. Percayalah, ianya orang luar.



No comments:

Post a Comment