Tuesday, September 21, 2010

SIRI 38: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Ramai orang Sarawak naik hairan. Kenapa tidak? PKR yang tahun lepas sunyi nampanya berTENAGA sungguh tahun ini dalam berjabat tangan dan memenuhi musim hari raya. Beberapa pemimpin tempatan mengiringi pemimpin PKR ibu pejabat untuk berjumpa dengan rakyat.

Mereka ke kawasan pendalaman untuk beberapa maksud. Pertama nak tunjuk mereka berjiwa rakyat. Kedua nak pancing undi untuk pilihan raya parti akan datang. Mereka juga buat tinjauan untuk pilih calon bagi pilihan raya negeri. Apa lagi, ramai yang ambil kesempatan terhegeh-hegeh nak tonjolkan diri, manalah tahu kot kot Azmin pilih mereka atau Zaid pilih mereka.

Sekarang ni join saja PKR pelung cukup baik untuk jadi calon. PKR apa peduli kualiti. Dia hanya nak hentam BN saja. Kalau nasib baik maka adalah beberapa CALON JALANAN yang dipanggil YB. YB dari PKR ni mana tau sangat nak handle hal masyarakat. Misalnya hal tanah. Dia tak tau pun details. Cuma yang dia cekap ialah maki hamun orang. Begitu juga DAP. Dia pun terhegeh-hegeh mengikut BUNTUT PKR.

Tak hairan ramai yang kata pilihanraya negeri akan datang satu pesta parti yang rakus. NAH!!! DAP dan PKR akan guna tektik REDAH. Mereka akan serang macam tebuan dengan propaganda yang kita semua boleh agak. Mereka akan kelirukan rakyat Sarawak yang cukup sopan. Apa saja yang dianjurkan kerajaan dianggap mahu menipu rakyat tapi apa yang dia orang cerita semuanya benar.

Kalau pun kita meragui mereka akan paksa kita habis habisan untuk setuju dan percaya dakyah mereka. Pelik betul DAP dan PKR. Masalah mereka di Selangor, Perak pun bergolak tak mampu nak handle ini nak jelajah Sarawak. Bukan apa, mereka ingat bila mereka dapat handle SIBU mereka boleh handle lain-lain tempat juga. Takkanlah semua orang Sibu semacam atau senada. Mereka orang budaya tinggi. Mana ada yang ditindih.

Di semua kawasan wakil rakyat BN lebih di terima rakyat keranai inilah wakil yang mereka pilih. Kalau wakil ini dah buat kerja, apa hal yang rakyat Sarawak nak ubah ubah. Mereka pun bukan bodoh untuk ikut seruan DAP. Mereka tahu PKR ni parti yang suka temberang rakyat. Kita tahu masalah utama rakyat uialah hal tanah, hal pembangunan, bukan sangat hal sosial kerana rakyat Sarawak baik budi dan lembut bahasanya.

Mengenai hal tanah penjelasan dan tindakan aktif dilakukan. Mungkin bila kita cakap dengan rakyat mereka lebih cepat faham daripada cakap dengan orang-orang atau ejen ejen  DAPPKR. Rakyat Sarawak tahu yang pilihanraya kali ini ialah DAP akan lawan BN. Pasti lain hanya tunjuk sibuk saje. Kita pun nak cabar DAPPKR apa lagi manifesto yang mereka mahu beritahu? Semua yang mereka bakal akan kasitau dah pun tertunai oleh kerajaan BN.

Rakyat Sarawak tidak akan lakukan seperti apa yang dah berlaku di Selangor dan Penang. Mereka ini dari golongan beruntungkah?

No comments:

Post a Comment