Wednesday, September 8, 2010

SIRI 25: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

CARDINAL Theodore McCarrick (tengah) dan presiden Persatuan Islam Amerika Utara Dr Ingrid Mattson (kanan) serta beberapa pemimpin agama lain mengutuk meningkatnya sikap tidak tolerans terhadap Islam di sidang akhbar di Washington, semalam. Sumber: Berita Harian 9 Sept 2010
 
Sejak kecil kita diajar bagaimana menghormati kesucian agama. Bersuci dan berwuduk sudah jadi amalan yang perlu dilakukan bila lakukan ibadat. Itu saja tidak cukup. Tempat ibadat mesti bersih kerana di tempat sedemikian kita lakukan ibadat. Begitu juga apabila menyentuh al-Quran dan bila kita mahu membacanya kita mesti bersih diri.

Kita dilarang meletakkan Al-Quran di tempat yang tidak sesuai dan beitu juga Al-Quran adalah rujukan agama yang memuatkan kata kata Allah. Beginilah kesucian diukur dalam mengamalkan prinsip dalam peraturan keagamaan. NAH!!! Sempena 11 September di Amerika satu perancangan yang biadap dan penuh sialan diumumkan.

Orang Amerika sediakan tempat khas untuk bakar Quran. Bayangkan betapa hebat kita menempuh satu cabaran. Allah tentu murka mahluknya sedemikian kurang ajar. Walaupun ramai yang bantah cadangan ini tetapi sudah cukup kita tahu bahawa agama kita langusng tak dihormati.

Dulu kalimah Allah, semalam rumah Allah  dan sekarang ayat allah. Kenapa kita BERDIAM? TERKEJUT? Sudah sekian lama penulisan ini membayangkan bagaimana kita perlu sekata dan berjuang atas nama agama, bangsa dan negara. Kita tak pernah diajar untuk lakukan kebiadapan pada agama lain tetapi kenapa agama Islam asyik asyik menjadi sasaran.

PAS patut tahu apa yang nak buat. Jangan asyik tafsir dan melayan politik murahan DAP. PAS patut segera berdemontrasi ramai-ramai dan keluarlah tafsiran dan hukum pada kelakuan sedemikian. Rakyat menanti nanti  apakah panduan yang akan ditunjukkan oleh PAS.

YA!! sekarang bakar Quran besok apa pula yang akan diciptakan untuk melenyapkan Islam. Mereka telah menyambut seruan mahu hapuskan Islam, kerana rujukan Quran dianggap kekuatan Islam. Ya Allah kau turnkan bala pada mereka yang tidak menghormatimu.

No comments:

Post a Comment