Tuesday, August 24, 2010

SIRI 10: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Apa untung kalau Melayu bersatu? Setakat ini tidak ada jawapan yang sekata dan menjadi begitu sulit, kusut dan 'complicated' untuk mengetahui isyaratnya. Yang kita tahu hari demi hari Melayu mendapat asakan dan desakan yang semakin terasa terhimpit dan terperangkap.

Apa saja yang mereka miliki semakin hari semakin hilang dan yang manfaatnya ialah orang yang kita anggap TETAMU TETAMU ISTIMEWA. Dulu begitu mudah kita faham isi hati Melayu. Secara mudah mereka bangsa yang akan sekata dan sederap dalam mempertahankan agamanya.

Mereka sanggup korban menentang musuh luar tanpa banyak cerita. Dah ramai terkorban, mereka punyai isi hati yang cukup disenangi oleh kaum lain dan juga bangsa lain. Mereka kata jika kamu berbudi kami berbahasa. Pepatah Melayu banyak sekali mengambarkan sifat baik dan garangnya bangsa ini. Mereka dikagumi orang luat kerana suka berunding dalam atasi kemelut.

Ini tidak pula makna mereka masuk golongan "lembut" dan "penakut". Sebenarnya mereka cukup mulia. Siapa mengajar mereka? Agama mereka. Siapa menyuruh mereka berbaik dan berjihad? Agama mereka. Siapa yang menyuruh merka berusaha? Agama mereka. Ya, Allah telah meletakkan satu fokus dalam memperkasakan Melayu. Tapi kenapa pada hakikatnya hari ini sambutan kesatuan ini dingin?

Kenapa kita menjadi begitu sugul dalam membicara hal ummah? Mungkin kata orang rohnya sudah tiada lagi. Jika benarlah kata orang itu maka malang dan musibahlah bangsa ini yang dengan kekutan nya menyerah pada lain keagongan yang dibina. Apa yang patut dilakukan? Baliklah ke pangkal jalan dengan niat dan harapan demi agama.

No comments:

Post a Comment