Thursday, August 19, 2010

SIRI 5: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Mari kita renung apa untungnya kata-kata bahawa "Marahkan nyamuk kelambu di bakar". Maksudnya, jangalah sebab marah kepada seorang dua maka di hukum seluruh masyarakatnya. Ini bukan caranya sebab hubungan satu sama lain harus bersandar pada kata-kata seperti isi dengan kuku atau seperti aur dengan tebing atau lebih hebat lagi bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Justeru, mari lihat pepatah mana yang sesuai hari ini dengan kaum di negara ini.

Bagaimana mahu dibayangkan pecahbelahnya Melayu jika dibandingkan dengan Cina dalam konteks mempertahankan hak yang tersurat dan berdaulat? Jelas, Melayu diam, Melayu semakin menjauhi dari mempertahankan soal keistimewaan dan Melayu menonton gelagat kurang ajar manusia yang mahu tunjuk gagah menahan kereta pendakwaraya kes Teoh Beng Hock. Melayu semacam tidak sekata jika disampaikan pada mereka semakin cuba dihakisi.

Bila kita lihat sejarah kewiraan yang memperjuangkan hak kedaulatan semasa penjajahan dulu yang tercatat adalah nama Melayu, bukannya Cina. Wira seperti Mat Kilau, Maharajalela, Orang Kaya Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Salleh dan Antanum di Sabah, Rosli Dobi dan Rentap di Sarawak. Pengorbanan Melayu di Bukit Kepong. Malah kalau nak dihuraikan dengan lebih jelas ialah 13 Mei. Inilah peristiwa yang memberi amaran pada semua bahawa Melayu bangsa berani untuk berlawan.


Tapi sekarang susah untuk dibuat seruan cara lama sebab perubahan dan kelesuan Melayu yang melihat bahawa kemodenan yang dialami tidak lagi memerlukan pejuang seperti zaman dulu sehingga ada yang kata "so what". Anak muda yang ada semakin tidak setegap yang dijangkakan kerana mereka diperangkapkan dengan dadah oleh tauke-tauke. Anak muda Melayu lebih ramai suka kesukanan maut di jalan raya.

Yang menggalakkan mereka bersemangat ialah mekanik-mekanik dari kedai-kedai milik Cina. Tanpa disedari Melayu sudah diperalatkan. Bagaiamana mahu kita rayu pada anak muda Melayu ini untuk teris menjadi pejuang bangsa. Lihat di negara jiran, kalau hak kita dikikis dan hak kita tidak lagi diakui malah diketepikan maka bukan lagi mudah untuk kita perolehi buat kali keduanya.

Nasib baik kita baik sebab adalah juga golongan lama yang sanggup bersuara. Nasib kita msih baik kerana kerajaan kita adalah kerajaan warisan pejuang -pejuang lampau. Mereka mewarisi dari tangan yang mempertahankan hak Melayu. Selama 53 tahun anasir luar dan dalam cuba gugat mereka tapi alhamdulillah mereka terus bertahan.

Apakah kita malu untuk bercerita tentang mereka? Apakah kita dari golongan kacang lupakan kulit? Apakah tidak kita berhadapan dengan anasir seperti kata orang melepas anjing tersepit? Jika kita dari kelompok yang sedia mengenang mereka bukan banyak yang perlu kita buat. Kita di minta untuk kibarkan jalur gemilang sebagai tanda terima kasih. Bendera itu pun sebahagian besar tidak dipaksa membeli malah ada yang dapat percuma.

Ketika inilah, ketika di mana kita lihat siapa yang mahu kibarkan kita dapat lihat dan boleh mengukur sejauh mana semangat cinta tersemat. Ayuh tunjuk dan segeralah langkah untu mempertahankan kedaulatan agama negara dan bangsa.

No comments:

Post a Comment