Tuesday, August 24, 2010

SIRI 8: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Apalah faedahnya simbah cat di surau di Negeri Sembilan? Bersopan pula yang berkuasa menasihati Jemaah Surau supaya bertenang. SUNGGUH MULIA orang Melayu Pulau Pinang memuji Lim Guan Eng (LGE) kerana bulan puasa dia bagi kain pelekat, sampai ke surau masjid pun beri pujian melelh kerana dapat hadiah kain pelekat.

Namun ada juga yang kata sudah acapkali sikap kurang ajar ditunjukkan oleh LGE kepada orang Islam dengan memhina pelbagai cara. Kita masih akur pada peraturan tapi nampaknya masih ada yang tak faham, kerana mereka ingat lagi Melayu bacol. Mungkin juga ada kebenaran. Manalah tahu kerana orang Melayu di Penang contohnya boleh dijinakkan dengan kain pelekat.

Teringat di Penang masa dulu ada sirkus, banyak binatang yang diberi makanan dan masing-masing ikut arahan Master. Mungkin ini petua untuk menjinakkan barang bernyawa. Balik kita tentang hal di Penang. Saya berbicara dengan beberapa sahabat di Penang. Mereka kesal kerana mengizinkan LGE berkuasa. Mereka kesal kerana kuasa yang dimilikinya digunakan untuk menindas dan kalau boleh dihapuskan khusus bagi komuniti yang selama ini mendapat layanan istimewa.

Bagi LGE cara yang berkesan melenyapkan sesebuah komuniti ialah mengesan kekuatan mereka dan jika ada ruang hapuskan secepat yang mungkin. Kita tanya orang Melayu khusus yang sedang gundah gulana bahawa apakah kekuatan yang dimiliki. Lantas jawapan mereka Islam. Demikian maka tahulah kita kenapa surau, agama menjadi agenda tersirat bangsa pemusnah ini.

Ah!!! Ramai yang berpelajaran tinggi dan dari komuniti terpuji melahirkan kekecewaan jika kita bawa mereka bincang teori pemusnah ini. Mereka akan marahkan kita kerana terlalu marahkan kita kerana terlalu emosi, tidak ada logika. Nah!!! Kalau sampai ke surau, masjid dan keramaian Islam pun diacah-acahkan dari masa ke semasa apa lagi yang orang terpelajar ini mahu nasihatkan.

Bagi ramai yang masih membara sifat Mat Kilau dan Dato Bahaman mereka cuma menanti waktu. Bila tiba jua seruaan mereka akan ganyang habis habisan petualang. Pengkhianat dan pemusnah agama dan bangsa.

No comments:

Post a Comment