Wednesday, March 9, 2011



PRU 12 adalah pada 8 Mac 2008. Dalam PRU ini, 4 negeri jatuh ketangan Pembangkang. Kelantan masih di bawah PAS, Kedah jatuh ke tangan pimpinan PAS, Penang jatuh ke tangan pimpinan DAP dan Selangor jatuh ketangan PKR. Perak cemas pada satu ketika tetapi pulih dan berada semula di tangan BN. PRU12 dikatakan satu domino round1 dari Kelantan dan berhenti di Selangor. Ada yang ramal round 2 ianya merebak ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang sebelum berlepas ke Sarawak dan Sabah. Domino round 1, ini ada yang kata sebagai TSUNAMI POLITIK. Inilah rangkaikata yang muncul selepas PRU12.

Sekarang kita berada pada bulan Mac 2011. Genap 3 tahun. Selangor mengingati kita bahawa PKR sudah 3 tahun berkuasa. Bagitu juga Penang, Kedah dan Kelantan.

POLITIK

Secara umumnya dalam 3 tahun ini 2 peristiwa besar berlaku dan mencipta sejarah. Pertama Malaysia mencatatkan bilangan pilihanraya kecil yang terbanyak di semua negeri kecuali Perlis.16 kesemuanya. Kedua bilngan terbesar keluar parti dan bilangan terbesar menjadi parti bebas. Sejumlah 35 pemimpin kanan PKR meninggalkan parti ini. Sejumlah 13 wakil rakyat menjadi wakil rakyat bebas. Mereka dari parti PKR dan sebilangan kecil DAP. Ini memberi dua petanda utama. PKR semakin goyah, ramai yang tidak puas hati gara gara memilih pemimpin parti, ramai yang mengatakan PKR menyimpang dari tujuan asal. Kecoh PKR tidak bertapak kuat di Sabah dan yang klasiknya pemimpin hebatnya Zaid Ibrahim sudah memimpin parti KITA. Ringkasnya sesuailah kalau di katakan PARTI KIAN RAPUH.


PAS pula menempah sejarah menarik bila kalah 4kali berturutan dalam PRK.Esclation lost.Ini suatu yang pelik kerana mereka tidak berupaya lagi menahan kemaraan BN.Niat mengurang majoriti BN meleset.Malah GALAS,PAS gagal mempertahankan kerusinya.Malah dalam kajian bebas yang di buat,di dapati PAS dalam landasan salah dalam strateginya.

DAP seperti biasa mengambil segala ruang yang ada dalam kempen PRK. Mereka juga di akhir akhir ini semakin tidak popular khusus di kawasan semi bandar. Di waktu ghairah berkempen di Merlimau dan Kerdau sudah mula cetus pertelingkahan DAP dengan PAS atas urusan judi yang di haramkan di Kelantan. Di Penang jelas DAP tidak suka dengan timbalan ketua menteri yang dinamik dn agresif,maka di buat percaturan langkah sehingga Fairus meletak jawatan dan di ganti dengan Mansoor seorang akademik yang peramah, terlalu santun. Untuk mengkaburi orang Melayu seorang anak muda Melayu dan anak pemimpin UMNO yang umur 28tahun  jadi setiausaha politik KM. Itu sebabnya keuntungan DAP dalam menguasai politik pasca 2008 lebih tersusun berbanding dengn dua lagi parti rakanya.


RUMUSANnya PAKATAN yang di pelopori oleh pemimpin agong parti PAS,PKR,DAP adalah LONGGAR(loose).
                          
EKONOMI


Tahun 2008 tidak bagitu merangsangkan ekonomi negara. Dengan kekalutan harga minyak yang meningkat, bahan binaan yang meningkat maka Cabaran BN menjadi hebat. Pertama BN kena selesaikan pukulan tsunami. Cara terbaik ialah peralihan pucuk pimpinan. Najib ambil alih pada April 2009. Tugas utama ialah TRANSFORMASI. Ini dilakukan dengan berhati hati,mengikut tertib dan mula memperkenalkan beberapa inovasi dalam pemacuan ekonomi. FORMULA NAJIB mujarab. Pada 2010 pertumbuhan negara pada 7.2%.

Bila ekonomi sudah stabil,politik dalaman BN sudah stabil, maka PR mengalihkan manifestonya dengan menerbitkan buku  berwarna jingga. Banyak sungguh janji yang di muatkan, sehingga Najib berkata kandungan buku ini ke arah memufliskan negara. Kehuru haraan ekonomi akan tercetus apabila kandungan buku ini secara simplistiknya mahu menukar itu dan menukar ini dan mahu lakukan 10 perkara dalam masa 100 hari. Ada yang kata butiran buku ini jika di baca ianya mentertawakan ramai pelabur dan pihak swasta. Ia lebih politik dari ekonomi.

Boleh juga di buat bandingan sekarang antara negeri di bawah pembangkang dengan negeri bawah BN. Misalnya perbandingan Kelantan dengan Melaka, dan Pahang dengan Kedah. Jika di buat comparative analysis ternyata negeri pembangkang merosot dari aspek deliverable nya dan ini menandakan mereka tidak ada kepakaran dan pengalaman. Mengurus sebuah negeri memerlukan banyak kepakaran dan bukan kepetahan bercakap.Lebih lebih lagi apabila menyakinkan pelabur yang sudah tentunya tidak sama seperti menyakinkan pengundi.

SOSIAL

Kedah mengalami banjir teruk pada tahun lalu dan ternyata dalam krisis kerajaan pembangkang lemah mengurus khusus bencana alam. Rakyat Kedah kecewa dengan sikap yang tidak proaktif PAS dan sikap lepas tangan.

Suasana ini berbeza apabila kerajaan BN menanggung kos pelajar pelajar kita di mesir sewaktu negara itu kecoh. Ini langkah yang boleh di bandingkan.Bagitu juga negeri pembangkang seperti kedah semakin di lihat kotor dan tidak di selenggara dengan baik akan taman taman perumahan oleh kerajaan tempatan. Di selangor pula muncul gejala tidak sihat yang berlipat ganda seperti di Kota Damansara. Ini angkara exco DAP yang kebal dan tidak makan saman.Di penang,pula DAP terus mara dengan menyelinap peniaga kecil Melayu dan dengan gah mereka mahu urus urusan ugama secara samarata samarasa.

RUMUSAN sesudah 3TAHUN

3 tahun sudah. Pakatan pembangkang masih membuang waktu dengan hal remeh dan masa yang ada tidak di teruskan sebagai suatu kesinambungan tapi untuk belajar mengurus negeri.Untuk menutup kelemahan ini maka mereka mahu rakyat setuju bahawa negara boleh di perintah baik jika mereka berada di putrajaya. Kerakusan ini buat mereka menjadi hilang fokus dan menyerlah sekali bahwa impian ke putrajaya adalah di idami oleh ikon ikon yang usia nya sudah sampai ketahap yang meragukan.

Dalam tempoh ini juga BN telah melalui pelbagai terapi dan mereka sudah pulih jika di sukat dari kejayaan 8 PRK yang lepas.Ini menunjukkan rakyat sudah mula tidak tertarik dengan pencapaian PR.PRtidak vibrant dan di waktu mereka lah kepelikan demi kepelikan berlaku dan banyak yang memberi kerugian pada rakyat.

Hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk kita masuk ke dalam zon pilihanraya. Ada yang kata waktunya semakin hampir dan ada yang kata banyak lagi perlu di buat oleh najib buktikan rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan.Apa pun tenyunya dalam tempoh terdekat ini Sarawak akan lalui pilihanraya negeri.Disini kita lihat nanti bagaimana kehebatan BN,kehebatan DAP dan sedikit kehebatan PKR.

No comments:

Post a Comment