Sunday, March 6, 2011

BERBALOIKAH BILA TIDUR SEKATIL DENGAN DAP

GALAS,TENANG,MERLIMAU,KERDAU



Sekatil TAPI mempunyai mimpi berlainan... Inilah Pakatan Rapuh.
4 DUN ini menyaksikan PAS tumbang berturut turut dalam siri PRK. Kata orang ibarat jatuh tangga timpa tangga. Slogan PAS GANTI UMNO dan PAS FOR ALL banyak bawa bencana dari kejayaan. Niat untuk mengurangkan majoriti BN tidak tercapai malah BN semakin memacu tinggi dengan majoriti yang bertambah. Niat PAS gabung DAP untuk undi cina bawa banyak kerugian. Niat DAP kawan dengan PAS untuk undi MELAYU juga banyak rugi dari untung. Lagi pun PRK pasca 2008 adalah pertandingan negeri dengan negeri.Contoh kelantan lawan johor,pahang dan melaka. Jelas kelantan kalah dan ini adalah negeri yang melayu majoriti.Apa yang dapat kita rumuskan?

PERTAMA: DAP perlu memikirkan kekuatan rakannya seperti PKR dan PAS. Tsunami dah berakhir. Hakikat ini mesti di terima PR. Rakyat semakin tahu yang PR belum cukup umur untuk mengurus negara ini. Cubaan mengurus negeri dengan bersedekah dan bersanta klaus adalah suatu yang kurang menyengat kerana ianya memiliki unsur politikal dan taktikal.DAP yang akan banyak rugi jika terus berpaut pada PAS.

KEDUA: KEDAH dan KELANTAN adalah sasaran BN.Ini perlu di akui oleh PAS. PAS harus mulakan persediaan untuk menerima serangan dari BN yang sudah mula pulih dari demam tsunami. Dulu PAS mendapat penghormatan ,tapi sejak intim sangat dengan DAP sehingga sanggup pegang lilin dan sanggup bersama mereka di masjid,maka pengundi lihat ada semacam tidak kena dengan pakatan yang masih rapuh. Tindakan DAP untuk menyoal PAS mengenai loteri yang di haramkan di kelantan adalah suatu langkah yang memberi kesan negatif pada PAS ketika PAS bertongkos lumus melawan BN di dua DUN yakni merlimau - kerdau. DAP dengan lantang minta Kelantan lebih fokus kepada pembangunan dari tumpu pada hal remeh seperti loteri.ini di anggap tikam kawan dari belakang

KETIGA: Tindakan DAP memperkudakan PAS dan juga usaha DSAI mengalatkan PAS juga tidak membawa hasil kerana yang rugi akhirnya PAS. PAS juga semakin sedar bahwa DSAI sudah jadi liabiliti dan DAP telah mengalihkan sokongan melayu PAS kepada MELAYU UMNO.

KEEMPAT: Didalam piliharaya kecil yang melibatkan calon PAS ternyata ada KETIDAKSERASIAN di kalangan parti DAP dan PKR. Hujah mereka,isu mereka,gaya mereka semakin hari semakin menunjukkan ketidakaslian PAS.Rakyat umumnya seolah olah memberi isyarat supaya PAS segera berpisah dengan PKR dan DAP kerana rakyat semakin tidak yakin PKR parti yang tiada prinsip dan rakyat terasa amat malang apabila PAS semakin menjadi liberal apabila bersama DAP berbanding waktu dulunya PAS dalam BN bersama dengan MCA.

PAS FOR ALL

Slogan ini mengecewakan orang cina kerana mereka tahu yang akhirnya PAS dan UMNO itu Melayu dan Islam.Pertelingkahan mereka adalah pertelingkahan tradisi.PAS FOR ALL adalah untuk sementara,sehingga PRU 13.Sebab slogan inilah ramai yang telah MENCEMARI KETULUSAN PAS.

Pengantian parti yang wajar...


PAS GANTI UMNO

Ini lagi satu slogan yang tidak menyengat kerana mereka menjadi riak dan menjadi lebih sombong dari kerakusan DAP. Bila slogan ini di lagukan,ternyata ia memberi ruang untuk DAP.Memang ada anggota yang dulu UMNO sekarang PAS tapi itu tidak jadi isu,hanya bila PAS buat pendekatan lebih  DAP dari UMNO maka rakyat tolak PAS.Slogan ini memberi isyarat MAUT bagi PAS kerana kafir mengkafir dan haram halalnya.Semakin mereka berkata itu dan ini semakin melayu terasa jijik dan terus mahu menjauhkan diri dari PAS.

PKR

DSAI tidak lagi berupaya untuk membawa gelombang MESIR ke negara ini. DSAI semakin di lihat tidak mendapat kepercayaan. Selangor semakin goyah dan selangor sebaiknya lebih bersiap siap untuk menyerahkan kuasa pd BN yang semakin hari semakin memahami jiwa rakyat.Semua cerita PKR tentang SELANGOR tidak membanggakan rakyat pahang,dan melaka,dan johor.

DAP

DAP akan mula membuat perhitungan. Lebih untungkah jika PAS keluar saja dari PR kerana hakikatnya mungkin rakyat lebih mahukan UMNO BERSAMA PAS.Kekalahan PAS memberi isyarat menyekat kemaraan DAP.Memang benar rakyat marah UMNO tapi belum tentu rakyat khususnya MELAYU yang majoriti nya di kelantan,terangganu,kedah,pahang,johor,melaka cintakan DAP.
                           
JINGAY GAGAL ROUND1


Secara umumnya dapat dikatakan bahwa JINGAY gagal mendapat sokongan rakyat di pahang dan melaka.Walau pun nampak JINGAY simple tapi mempromosikan  JINGAY adalah kesilapan besar PR.Ini memberi isyarat bahwa rakyat lebih mahukan WAWASAN 2020 dari  JINGAY.Dalam kempen walau pun ramai yang hazir bila ikon ikon PR hazir tapi mereka hazir untuk mendengar dan apabila mereka selesai mendengar mereka lebih yakin untuk menolak JINGAY. PR semakin tidak realistik dalam TOUCH POINT mereka. Ada juga yang mengatakan ceramah DAP dalam bahasa cina lebih fokus kepada perjuangan DAP daripada perjuangan PR.Itu sebabnya cina juga semakin meningkat sokongan pada BN.India langung REJECT PR di melaka.Bagi orang india kebajikan mereka di tunaikan,dan mereka memang cukup serik dengan pengalaman KG BUAH PALA.jelas waktu kempen di merlimau,kaum india tidak mahu bendera PAS masuk ke kawasan mereka khusus yang kerja di ladang.

TEORI RAHMAN

Rakyat menolak saranan LIM KIT SIANG bila menyatakan bahwa teori RAHMAN adalah teori untuk robohkan BN.Semakin DAP bercakap ini dalam bahasa cina,orang cina yang baik merasakan negara ini dah tentu tidak setabil jika RAHMAN runtuh dan timbul teori DAPigs. Orang melayu harus ikuti kempen PRK ini khusus apabila DAP dapat ruang berkempen,mereka guna kesempatan kempen ini bukan untuk promosi PR tapi lebih menarik orang cina masuk DAP.PAS kena nilai dan teliti hal ini baik baik,lebih lebih lagi bila mereka cakap dalam bahasa cina.



POLITIK KAUM ATAU ANGKA?

Rakyat mahu parti yang REALISTIK,parti yang ada pengalaman,parti yang di hormati dan ada reputasi,rakyat menolak POLITIK ANGKA dan rakyat semakin insaf bahwa selagi tidak ada persaingan yang setanding dengan BN selagi itulah BN sentiasa di lihat RELEVAN dan selagi UMNO setia pada prinsipnya maka selagi itulah UMNO relevan.Politik kaum memang kuat dan di perlukan rakyat negara ini.Politik samarasa tidak di anggap sesuai.PAS patutkan fikirkan ini dengan serius.

No comments:

Post a Comment