Sunday, March 20, 2011

GENDANG POLITIK KENYALANG BERGEMA

19 MAC 2011
3 peristiwa besar berlaku di bumi Kenyalang pada tarikh di atas.

Pertama, lawatan bersejarah dua pemimpin Malaysia. Lawatan serentak ini satu keistimewaan yang dapat dirasai oleh rakyat. Ini adalah lawatan pertama dua pemimpin bersantai dengan rakyat sarawak.Ini adalah lawatan bermakna dua pemimpin dengan satu matlamat.Jayakan 1Malaysia. Najib dalam ucapannya di Serian berkata "BN IS NOT IN POLITICAL GAME OF TRADING PROMISES AND POLITICAL RHETORICS, BUT WE DELIVER."
Kedua,pengumuman. Pengumuman yang diizinkan oleh perundangan bahwasanya Sarawak akan ada pilihanraya negeri yang ke-10. Hari Rabu SPR akan tentukan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.Pengumuman ini suatu yang dinantikan bukan saja oleh rakyat Sarawak tapi seluruh rakyat Malaysia. Pengumuman ini bagitu penting kerana setelah 16 pilihanraya kecil,maka kali ini bukan lagi satu DUN atau satu PARLIMEN, tapi 71 DUN secara serentak akan di pertandingkan. Outcomenya ialah pembentukan kerajaan negeri. Siapa yang menang dia bentuk kerajaan dan akan adalah barisan kabinetnya dan juga ketua menterinya.Setakat ini BN mengekalkan kerajaan nya dengan kehebatan dua pertiga.

Ketiga, juga satu pengumuman yang di ikuti dengan suatu ketegasan antara Najib dan Pehin Seri. Pehin Seri Taib Mahmud akan berundur sebagai ketua menteri setelah selesai pilihanraya ke-10. Bila waktu nya yang tepat belum di pastikan tapi ia tetap berlaku bila ada pengganti yang boleh menyambung kehebatan pehin seri memacu sarawak.

                         
                                YAB PEHIN SERI TAIB
Beliau seorang pemimpin istimewa.Berani,berhemah,berwawasan dan bijak. Mulai dari 1981 hingga 2011 hampir 30 tahun beliau memimpin sarawak. Sarawak yang dulunya di belakang tapi hari ini di barisan depan.Dalam kebaikan dan dalam pemacuan pembangunan tidak ramai penduduk bandar menghormati pencapaian ini.Apresiasi kepada jasa pehin seri bagitu nipis. Mereka lebih mencabar Pehin Seri dari memberi sokongan. Namun di pendalaman, perkampungan dan pinggir bandar, mereka tahu bahawa Pehin Seri telah banyak bawa jasa dan perubahan pada sarawak. Mereka rakyat awal yang berasa sayu apabila deklarasi pengunduran di umumkan. Mereka rakyat yang akan terasa kehilangan pemimpin hebat. Tapi yang muda akan tua,yang hidup akan mati,yang hilang akan berganti.Ini lah perjalanan membina tamaddun.Pehin seri bertanggung jawab. Beliau berundur secara tertib,beliau tinggalkan kerusi ketua menteri dalam suasana aman dan di rezai. Makanya apakah kata kata indah untuk pemimpin yang banyak jasa. Apakah hadiah jasamu di kenang oleh rakyat bumi kenyalang yang terkenal dengan pekerti yang baik dan mulia?Berilah lambaian kejayaan kepada beliau selaku pejuang sarawak.

                       
                                           PKR DAN DAP
Ini parti yang rakus. Tiada kesopanan. Parti yang tahu untuk mencari lubang.Lubang mana yang menarik dia akan berdrama hebat.Pemimpin besarnya yang di datangi khas dari semenanjung,selalu sangat mengajar sarawakian untuk humban kan pehin seri,runtuhkan BN dan pilih lah mereka kerana mereka maha mengetahui segalanya.Dua parti yang buruk rupa ini selalu suka cucuk.Mereka akan cucuk depan dan cucuk belakang.Tidak kira waktu dan tempat.Mereka akan beritahu yang buruk buruk tapi senyap tentang perkara yang baik yang di lakukan oleh kerajaan BN.Itu sebabnya TPM sarankan orang sarawak "REJECT THE GHOST AND DEMONS FROM THE PENINSULA"
                        RAKYAT BUMI KENYALANG
Apabila tiba waktunya, lakukan apa yang perlu demi bangsa negara dan ugama. Tunaikan tanggungjawab. Buat pertimbangan. Beri ruang untuk berfikir.Mahu kesinambungan atau mahu yang baru.Jikanya kesinambungan itu penting pilih kerajaan yang ada reputasi dan prestasi mengurus negeri.Jika masuk salah pintu makanya muzarat yang di alami adalah hebat.Kesakitan nya sudah mula di rasai oleh negeri negeri yang mahu mencuba perkara baru.Malangnya yang baru juga di rasai lebih teruk dari yang sedia ada.Contohnya pemimpinnya yang mahu jadi perdana menteri pun suka masuk pintu belakang,pemimpin tempatan nya seperti PKR masih teraba raba siapa hero mereka.Bagitulah juga DAP yang tidak di lihat sebagai boleh mewakili keseluruhan rakyat sarawak.

Apabila berkempen katakan terimakasih pada jasa dan budi PEHIN SERI.Beliau juga manusia yang ada perasaan.Restulah saki baki hidupnya dengan doa dan kata kata manis.

Untuk pengundi bumi kenyalang selamat maju jaya dalam pilihanraya akan datang dan pilih lah masa depan yang memberi jaminan dan bukan janjian kosong.

No comments:

Post a Comment