PERTAMA: Sebelum 1997 tiada siapa pun yang akan dan punya keberanian untuk percaya bahwa DSAI adalah gay dan gemar homosex. Tun Mahathir tidak percaya, Tan Sri Mahyuddin tak percaya, Dato Sri Najib tak percaya , Zahid Hamidi tak percaya. Pendek ceritanya, ada yang pernah kata jika sesiapa yang bawa berita buruk dan busuk tentang DSAI, orang pertama yang akan bertindak ialah Tun Mahathir. Bagitu sayangnya Mahathir pada DSAI. Bagitu tinggi harapan mahathir pada DSAI.Itu kemuncaknya.
Bila mahligai kuasa tidak lagi dapat di goyang maka cukup kukuh DSAI di ambang menerajui negara. Kuasa demi kuasa ada padanya.Wang, Kementerian kewangan, saham, rundingan terus, segalanya di tangannya.Ramai yang kaya harta, kaya raya, dan kaya bini.HEBAT.
Bila datang berita kerakusan, bila berita kelakuan sumbang mula menjelajah, semua yang bertanggungjawab memelihara DSAI bimbang, mereka mulai gopoh untuk memastikan apakah berita itu benar.Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang.
Akhirnya dia di pecat, kerana UMNO dan pemimpin nya perlu di ajar erti ganjaran dan hukuman.DSAI di dakwa di mahkamah atas salah laku kuasa. Hanya dari segi teknikalnya dia terlepas dari kes liwat tapi yang lain dia sangkut. DSAI BERSALAH. DSAI kata dia masih tak bersalah. Ramai yang kata dia di aniayai. Siapa yang kata? Siapa yang hasut?Adakah mereka yang dulu kaya kerana DSAI atau rakyat yang masih miskin ketika itu? Apakah undang undang kita di rekabentuk untuk menganiayai orang?berapa nyawa sudah ke tali gantung, berapa banduan sudah di pulihkan, berapa ribu yang masih di dalam penjara, apakah mereka semua di aniayai? Kenapa bila DSAI kita lantang kata dia di aniayai. Kerana ketika itu kita gugup.Kita tak sangka pemimpin yang kuat khutbah dan hafal quran pun bersikap musang berbulu ayam.
KEDUA: Cerita Liwat, cerita sex, bukan baru bagi rakyat MALAYSIA. Orang biasa, rakyat biasa memang ada lakukan kerja kerja ini. Tapi liwat dan sex di kalangan pemimpin agak pelik sikit. Vijendaran, Rahim Tamby Cik, Choy Soi Lek. Mereka ini pemimpin. Bila dah di bongkar mereka berundur tanpa banyak soal. Rakyat kita terima bahawa mereka sudah berundur selaku pemimpin. Mereka diam kerana bila sudah di robek maka tiada lagi HEBAT.Lain cerita dengan DSAI. Dia tunggang langgang mahu kedepan beritahu dia baik, dia hebat,dia di tumbuk dan dia di tipu dan banyak lagi alasan.Rakyat buat kesimpulan manusia ini gila kuasa dan gila nak jadi perdana menteri.Itu saja.DSAI TIDAK ADA SIFAT MALU kerana kuasa.Kerana kuasa.Ini bahaya bagi rakyat.
KETIGA: DSAI ulang lagi kisah lampau. Kali ini terang terangan bersama pekerjanya Saiful. Kes ini berlarutan. Hingga isu DNA itu pun berlarutan.DSAI nampak lintang pukang. Ramai yang terasa mereka di perbodoh mulai keluar dari kem DSAI. Ramai dah bosan dan anggap DSAI ini adalah ANASIR. Nanti bila ada hukuman dsai akan kata NEGARA INI HANYA MAHU MENGHUKUM.NEGARA INI BUKAN NYA ADA HUKUM.
KEEMPAT: Sekarang kecoh lagi cerita adengan sex dan di mana Dsai ketika waktu adengan sex di rakam. Ramai rakyat mahu tahu kerana maklumlah ini lah kisah pemimpin yang tak tahu malu dan tak tahu letih berbicara di jalanan. Sekarang dia semakin lantang
Di Taman Melawati, dia guna perkataan kasar, lihat saja video malaysia kini bagaimana DSAI menunjukkan nada marahnya. Kenapa sampai begini? Kalau dia salah masuk lagi dia ke Sg Buluh dan kalau dia betul yang lain pula masuk Sg Buluh. Ini tidak, dia menghasut, bila polis datang, yang lepas dia ,yang kena tangkap polis ialah pengikutnya. Cerita pengikut kena tangkap dah banyak kali dah tapi pemimpin masih terlepas dan masih boleh berholiday di luar negara. Apakah tidak ada orang yang minta DSAI ini undur? Cukuplah.Rakyat dah meluat dengan dia. Memang Malaysia akan kenang dia sebagai pemimpin MELAYU istimewa, elok dia taubat dan menjadi saja penulis yang TULISANNYA di baca oleh generasi akan datang.
KELIMA: PKR kini bukan lagi parti yang ada kewibawaan. Dia dilihat sebagai parti yang hilang kredibilitinya. 12 wakil rakyatnya keluar dan 35 pemimpin hebatnya meninggalkan parti. Apa lagi yang mahu di ciptakan? Kuasa yang ada di Selangor hanya sementara. Bila PRU 13 PKR akan tahu nasibnya. Setakat yang kita lihat di Hulu Selangor pemimpin hebatnya ketika itu Zaid pun tumbang, bagitu juga pemimpin hebatnya di Batu Sapi pun tumbang. Ini menunjukkan yang dia semakin lemah. Sekarang kelemahan PKR sudah hinggap ke PAS. 4 kali berturut turut PAS kalah dengan majoriti tinggi.Semua ini faktor PKR. Lihat saja di SARAWAK, masih terbuka debat kemaruk kerusi. Sampai kini pun masih belum selesai. Kenapa? kerana PAKATAN YANG SONGSANG. Rakyat Sarawak tidak mahu di perintah oleh pakatn yang huruhara.Rakyat sarawak mahukan KESINAMBUNGAN DAN PEMBAHARUAN.Jangan jadikan rakyat sarawak mangsa kepada KEKALUTAN POLITIK SONGSANG DI SEMENANJUNG.
No comments:
Post a Comment