Semakin hampir waktunya. Semakin dekat rasanya. Semakin terasa gegaranya. Bumi Kenyalang, Sarawak akan ditentukan halatujunya. PILIHANRAYA NEGERI KE 10. Ramai penganalisis dan bomoh politik meramalkan pilihanraya ini akan berlangsung pada minggu ketiga bulan APRIL atau MEI. Masing masing menantikan sesuatu berita yang hebat bila saja ketua menteri selesai balik dari UMRAH pada hujung bulan ini.
PILIHANRAYA
71 DUN akan ditandingkan. BN pada PRN KE- 9 2006 telah memperolehi 61 kerusi. Kali ini bagaimana?
Sarawak negeri yang berpotensi, negeri yang sedang dalam proses pembangunan rancak. Negeri yang menyumbang kepada kejayaan 1MALAYSIA.Tentunya semua mata dan soldadu politik tidak mahu lepas peluang ini untuk terus berhempas pulas mahu mentadbir negeri ini.
SARAWAK
SARAWAK juga maju hasil hubungan baik kerajaan negeri dengan persekutuan. MALAYSIA adalah initiatif PERSEKUTUAN yang membebaskan Sarawak dan Sabah dari genggaman penjajah. HARI INI SARAWAK MEMACU MASADEPAN NYA DENGAN KESTABILAN YANG BAIK.adakah sarawak akan merestui MINI TSUNAMI 2011?
TSUNAMI?
TSUNAMI POLTIK 2008, tidak melanda SARAWAK.Ini kekuatan SARAWAK. Untuk wujudkan gelombang tsunami, ianya perlu suatu proses yang penuh keretakan dan keresahan. Sehingga kini tiada ruang yang di biarkan terdedah. Semua usaha memenuhi PEOPLE NEEDS di teruskan kerajaan dan usaha itu diterima. Orang bumi kenyalang memang tidak akan biarkan negerinya di PUTARALAMKAN. Mereka cerdik dan mereka mahu JAMINAN MASA DEPAN YANG BAIK UNTUK ANAK CUCU.Jika JAMINAN yang di perlukan makanya hanya BN saja yang mendahului parti parti lain.
GADUH LAGI!
Parti SNAP bergaduh kerusi dengan PKR. PAS terkial kial mencari ruang. DAP sudah mula peranan mencuit hati orang cina dan mula menyusul di kawasan yang cina majoriti. Mereka mahu 10 kerusi untuk membantu runtuhkan BN. PKR yang nampaknya ada impian mahu jadi KETUA MENTERI kerana kerusi yang mahu di tandingkan ialah hampir 52. Apakah sejarah PKR yang hebat di bumi Kenyalang? Tidak lain dari Provokasi. Untuk alih kerajaan dengan pilihanraya adalah usaha baik. Ikut undang undang. Tapi segala keputusan bagi kesan jangka panjang. Kita ada 11 tahun lagi untuk 2020, kita tahu yang PAKATAN PEMBANGKANG lebih minat di Semenanjung. Mereka hanya mahu gunakan Sarawak dan Sabah untuk agenda politik saja. Rakyat Sabah telah tolak PKR dalam PRK lepas tapi DAP berjaya di SIBU dalam PRK yang lepas. Soalnya apakah kemajuan yang dapat di bawa untuk PALAWAN,BAWANG ASAN,NANGKA selain dari membawa suara di PARLIMEN.Adakah kita utamakan SUARA atau KEUPAYAAN?Kalau setakat suara,ini sememangnya sedia ada kerana kita ada wakil pembangkang,tapi kalau ramai sangat pun dia jadi macam CIRCUS.Lebih katun dari fakta.Lebih ketawa dari munasabah.
PILIH JAMINAN BUKAN JANJIAN
Kita tengok FLIP FLOP parti pembangkang waktu ini.Rakyat di selangor lebih kucar kacir dari Melaka,rakyat Kedah lebih kecoh waktu banjir dari di Johor,rakyat bumiputera di Penang lebih sengsara dari bumiputera di Perak. Di Kelantan hal judi telah timbulkan keresahan DAP. Permuafakatan mereka bukan atas dasar KEBENARAN tapi lebih kepada bagaimana mahu runtuhkan BN melalui PILIHANRAYA. Bila ada kuasa barulah mereka rangka apa yang nak di buatnya. Sekarang waktu dan giliran Sarawak. Mereka akan bertungkus lumus menabur segalanya. Rakyat akhirnya yang akan tentukan. PILIH JANJI ATAU PILIH JAMINAN?
RAKYAT DAN PENGUNDI
RAKYAT SARAWAk mesti minta pengundi bantu mereka. Pengundi pula mesti tunjuk kematangan membuat pertimbangan dan bukan nya ekspresi emosi,jangan anggap pilihanraya suatu pesta melepas geram.Kita mahu KELANGSUNGAN DN KESINAMBUNGAN,itu mandat yang mahu kita bagi waktu pilihanraya.Jika mahu perubahan,jika mahu selamatkan malaysia.
Jika mahu pertukaran pimpinan,ini semua sudah pun dilakukan oleh BN.Formula BN ialah RIGHT TIME RIGHT PLACE ianya akan berlaku, contoh dalam tempoh 53 tahun saja kita ada 6 perdana menteri. Beberapa pemimpin utama BN sudah mula undur,tapi LIM KIT SIANG DAN NIK AZIZ belum lagi,apatah lagi DSAI, yang kita pun tak tahu bila dia akan undur dan pada usia berapa dia akan lepaskan jawatan bila ia jadi perdana menteri.Kita bicara hal parti keluarga mereka apa kurangnya. PKR lebih terserlah,kepimpinan tinggi nya adalah jenis PKR SDN BHD.
No comments:
Post a Comment