HARAMJADAH!!!!! |
Taman Melawati bergema pada 26 Mac 2011.Dengan di saksikan oleh hampir 1000 orang, DSAI mengamuk dalam ucapannya. Kalau nak dengar dan tonton ucapannya tengok video klip MALAYSIAKINI. Apa ungkapan hebat Dsai? HARAMJADAH!!
DSAI kata Rakyat di bodohkan oleh UMNO. Dia kata Najib dan Rosmah penakut.Dia kata Umno parti rasuah, Rahim Tamby Cik tak ada maruah, dia kata UMNO lebih baik bersedia untuk menghadapi PRU13. Dia mahu ajar Umno. Dia kata negara ini korup, penyeleweng, menganiayai dia dengan buat macam macam pada dia."DIA TANYA,SALAH SAYA APA?SALAH SAYA IALAH SAYA BERCAKAP SOAL RAKYAT"..Yang terhebat ,keluar kata HARAMJADAH dari mulut DSAI.
PERTAMA: DSAI di pilih oleh rakyat dalam pilihanraya kecil permatang pauh 2008 .Dia menang dan jadi wakil rakyat. Bila menang dia tak salah SPR. Dia berbahas di Parlimen. Banyak yang dia cakap, banyak yang dia kritik, dia boleh hentam Najib dan sesiapa saja tanpa guna kata kata kesat, tapi bila dia melalut dan kurang ajar pada peraturan parlimen dia di gantung. Bila di gantung dia kata negara ini tiada demokrasi. Nampaknya apa yang dia buat mesti semua nya di akui sebagai betul dan kalau salah itu di sebabkan sistem yang perlu di betulkan.Inilah sifat kukubesi dan kemaruk kuasa yang ada pada dsai. Siapa HARAMJADAH?
KEDUA: Dia balon Saiful. Saiful buat laporan polis. Siasatan di buat dan DSAI di dakwa. Sudah berapa lama tangguh tangguh, rakyat suruh sumpah, Najib sumpah, Saiful sumpah tapi DSAI ambil nasihat Yusuf Qardawi untuk elak bersumpah. Dia mahu kes ini, kes yang mengaibkan melayu dan islam di lanjutkan untuk dapat paspot berceramah menagih simpati. Siapa saiful? DSAI yang lantik dia, DSAI yang bayar gaji dia, DSAI yang usung dia kesana kesini, tapi bila saiful kata bontot dia di balon oleh majikan nya, DSAI kata ini muslihat UMNO dan Najib. Ini cerita fitnah. Ini penganiayaan kepada nya oleh negara yang korup,SIAPA YANG HARAMJADAH?
KETIGA: Ummi Hafilda ke hulu ke hilir cabar dsai untuk tampil menafikan dengan guna undang undang bahwa DSAI tidak jalin hubungan dengan Samsidar isteri Azmin. Ummi pula yang di katakan perempuan jahat di upah UMNO. Ummi yang bercakap, UMNO yang di hentamnya. Kalau betul perempuan nama Ummi ini cakap depan orang awam tentang peribadi sesaorang, dan jika orang yang berkenaan merasakan itu fitnah dan niat jahat kenapa diam pada Ummi. Ummi pun biasa terkencing dalam lokap, Ummi pun biasa di tahan oleh DSAI masa DSAI ada kuasa dulu, Ummi pun di ugut oleh DSAI. Ummi masih menjelajah. Kenapa DSAI masih sepi dan hanya sekadar mengatakan dia perempuan upahan. Pendek cerita jika sesiapa cakap buruk hal dsai,itu adalah fitnah,itu niat jahat umno,itu adalah kerja Najib,itu kerja Rosmah. Cuba tanya diri sendiri,ini negara ada undang undang,jangan lagak sebab ada pangkat,ada kedudukan berpura pura di sebalik perkataan rakyat mahu lari dari kerja kerja yang terkutuk dengan Asyik menyalahkan orang. SIAPA HARAMJADAH?
KEEMPAT:depan rakyat dia kata msia mahu di angkat martabat.Apa martabatnya?malaysia mesti ada orang baik,malaysia ada cina yang baik,melayu yang baik,india yang baik,iban melanau yang baik. Apakah Nizar melayu yang berbudi dan bersopan bila kata haram undi UMNO, adakah Nik Aziz melayu yang baik bila kafirkan Umno, apakah Kit Siang cina yang baik bila mahu musnah kan melayu, apakah Sivarasa india yang baik bila mahu mengasingkan melayu dan cina apakah lee kuan yew sahabat karib anwar bila Dap kata big brother nya ialah PAP, apakah zionis yang biayai kocek dsai ,bangsa yang terpuji, apakah karpal yang pernah hentam DSAI hal liwat dulu nya, kini sahabat sehidup semati, apakah mereka yang berada di keliling dsai contoh insan terpuji yang di janjikan ganjaran di akhirat? Siapa yang di katakan terbaik? Kenapa mesti di tujukan pada UMNO untuk tunjuk siapa yang jahat dan kenapa perlu minta rakyat lupa bahwa yang ada di kelilingi dsai seperti ronie liu,khalid samad,itu yang baik baik belaka. Siapa yang kurang ajar dengan raja raja, siapa yang beri fatwa halal haram wanita kafir masuk masjid?bukan kah mereka sekutu DSAI? SIAPA HARAMJADAH?
KELIMA: Kenapa DSAI melatah tak tentu punca akan hal video. Yang rakyat faham ialah ada sebuah video sex di rakamkan di ibukota. Heronya menyerupai DSAI, itu saja.Tidak siapa yang tuduh atau buat laporan kata DSAI yang jadi pelakonnya. Sekarang dah jadi kes polis. DSAI dah buat laporan,dan datuk T dah buat laporan.Biar polis buat siasatan,tak perlu kecoh sana sini maki Umno tak tentu arah,tuduh itu dan ini.Jika dsai di pihak yang benar dan memang jika di percayai dunia ini ada pelanduk dua serupa,kita tunggu lah sampai ada tayangan perdana di buat untuk rakyat tonton.Jika pun benar itu dsai,kita dah boleh agak yang dsai akan kata yang ini kerja polis.Bila kita minta suruhanjaya bebas di tubuhkan,kenapa Pas! Dap! dan Pkr diam. Patut mereka desak kerajaan untuk adakan suruhanjaya.Ini di biarkan berlarutan dan di beri peluang pada dsai untuk naik minyak maki sana maki sini. SIAPA HARAMJADAH?
KEENAM: DSAI mesti ingat bahawa saranannya untuk minta bloggers bangun hentam kerajaan adalah satu saranan yang melampau. Kamu yang nikmati kuasa, kelazatan, nikmat, kamu mahu rakyat jadi pecacai dan jadi mangsa atas kehebatan kamu berpidato. DSAI hanya seorang insan sasau yang bukan bercakap untuk insan,bukan membela nasib rakyat,dia mahu kuasa,dia juga senyum bila kata umurnya 40 tahun sedangkan dia dah tua bangka, dia nak tipu rakyat dan malangnya masih ada bahlol macam Johari Abdul, Chegu Bad yang terhegeh hegeh mahu sampai mampus taat pada hanturaya ini.Kami pun tidak sabar nanti PRU13 untuk pastikan yang benar akan menjelma dan sesiapa yang di aniayai akan dapat padahnya.Kita tunggu dan tunggu untuk tahu siapa sebenarnya HARAMJADAH.
No comments:
Post a Comment