Thursday, March 24, 2011

KEBENARAN

Dewasa ini semua mahu cari kebenaran. Semua minat bercakap tentang kebenaran. Semua berlumba lumba membawa bukti atas nama kebenaran. Saiful, Teoh Beng Hock, Amirul, Ummi Hafilda, Anwar Ibrahim, Nik Aziz, dan ramai lagi sangat dahagakan kebenaran. Tak perlu di perincikan jenis jenis kebenaran yang mahu di ketengahkan kerana aib dan seolah olah negara ini bagitu di penuhi dengan ragam yang berkisar dengan hal sex. Terkini Dato T juga mahu kebenaran.Dato ini mewakili 3 orang.Tan sri Rahim Tambi Cik, Dato Shuib Lazim,(bapa saudara Yb Johari Abdul),dan seorang bisnesmen Eskay Abdullah yang di katakan rakan karib anwar ibrahim.Mereka bukan mahu wang.Mereka mahu KEBENARAN.

Dato T mendakwa mereka mahu rakyat menikmati dan mengetahui kebenaran.Ianya mengenai perlakuan sex anwar dengan seorang nyonya.Adengan ini TERAKAM dalam satu video.Di dalam video ada ternampak dua lelaki dan seorang darinya eskey abdullah dan seorang lagi di dakwa anwar ibrahim. Yang UNTUNG ialah mereka yang menonton. Mereka lah golongan terulung berpeluang lihat adengan hebat. Mereka kumpulan media yang mewakili 27 juta rakyat.Apabila tengok dengan puas mereka mungkin terpegun kerana mereka tidak cerita sebenarnya apa yang mereka lihat.Jika ahli ahli yang telah menonton itu lihat,mereka mesti berani beritahu jika kerja mereka beri tahu KEBENARAN.

Waktu kekalotan sebegini  POLIS di lihat sebagai agensi yang boleh memikul beban menyiasat KEBENARAN. Pelik juga,kerana dewasa ini polis pun ramai yang tidak mahu percaya.Apa jua yang melibatkan  polis maka ada saja suara dan desakan sumbang mendakwa itu adalah KONSPIRASI.Justeru itu sebabnya Dato T pilih media dari polis.Bila media bongkar  semua  yang terbabit berlari menuju ke balai polis, dengan harapan hanya polis yang boleh bawa kebenaran.Banyak kali polis di balon,banyak kali imej polis di rendahkan,banyak kali pihak pembangkang utamanya tidak langsung tunjuk yang mereka hormati institusi ini.Nah,bila ada kekalotan,ramai pula yang kata polis adalah saluran terbaik untuk mengorak langkah cari kebenaran

Dato t beritahu bahwa bila saja kebenaran mahu di ketahui,hanya suruhanjaya di raja saja yang di anggap sebagai terbaik.Ini siapa yang mula?dulu bila polis di nyahkan dari segala siasatan,DAP lah parti yang bersungguh sungguh mahu suruhanjaya.Sehingga ada pihak ketawa dengan telatah syorkan suruhanjaya.Kini tiba giliran trio ini.Kita tengok sejauh mana idea ini di terima pihak berkuasa.

Dalam pada ghairah mengenai sex,adengan sex,video sex,timbul pula WANG PELINCIR.wang ini kononnya di minta oleh YB dari PKR yang previlege dapat tonton free video sex.Hebat Yb zaman ini,segala nya mahu di selesaikan dengan wang wang wang.YB berkenaan kalau betul menegakkan kebenaran,bersumpah saja dengan nama yang esa bahwa beliau melihat,dan beliau ada minta wang untuk melakukan sesuatu.Malang sekali semua yang terlibat kecuali nyonya,adalah melayu dan umat islam.Malu betul bangsa melayu yang hari ini jadi bahan ketawa bangsa asing.


Kita bersama mengikuti perkembangan kes DSAI.Kita akan pastikan kebenaran muncul dalam masa terdekat.Kita mahu rakyat menyaksikan siapa yang benar dan siapa yang patut di sula. Kita rakyat  bukan bodoh dan bukan bangang.Kita tahu Dsai kaki lawan. Dia jantan.Kita apa peduli dia suka depan atau suka belakang.Kita memihak pada hak dan hakikat,yang bersalah patut terima saja hukuman.Kita mahu Dsai jangan sama sekali cabut lari.

TAPI.....Kalaulah DSAI bermimpi untuk jadi pemimpin negara ini,kita TOLAK. Kita  tetap lawan untuk menolak pemimpin yang sudah di cemoh dan di sangsi reputasinya menjadi perdana menteri.Kita mahu Dsai kekal damai hatinya di sudut yang tertentu tapi kita tidak akan relakan dsai mengemudi negara indah ini.DSAI hanya tahu berborak,tahu berlakun dan seorang yang boleh menghiburkan penonton.Sementara kita akui kehebatan nya,kita tidak sama sekali akan mengizinkan dia mengangkat sumpah menjadi PERDANA MENTERI sebelum dia bersumpah yang dia tidak liwat Saiful.Dsai jangan menipu,jangan buat cerita,dan jangan auta.Kamu sudah tua.Yang terbaik ialah insaf dan bertaubat,ianya lebih mulia,lebih di hormati.Tapi kalau kamu mahu teruskan agenda pendusta rakyat, anak genarasi muda akan pastikan  beliau tidak tenteram.Keluarga dan generasi zuriat beliau juga akan kalot dan tidak tenteram.Ramai di luar cintakan kedamaian,dan mendoakan agar DSAI mohon pada ilahi untuk berundur secara mulia.

No comments:

Post a Comment