Thursday, March 3, 2011

MATANGKAH PENGUNDI MERLIMAU?

Gambar Hiasan
6 MAC pengundi yang berjumlah hampir lebih 10,000 di DUN Merlimau akan menggunakan hak mereka untuk mengundi calon yang akan mewakili mereka. Sejak 26 Feb banyaklah aktiviti yang di langsungkan kerana undang undang negara ini bagi ruang untuk berkempen secara berhemah dan mengikut ketetapan yang di sebut dalam peraturan pilihanraya. Justeru kita lihat sepanduk, bendera, khemah, risalah, ceramah di kawasan pilihanraya ini berjalan dengan baik tanpa keganasan melampau.

Di Merlimau ini atau sebutan lucunya harimau kerana di  kerdau di sebut kerbau, calon yang bertanding ialah BN dan PAS. Ianya serentak dengan di Kerdau dan calon nya juga ialah BN lawan PAS. Maka buka saja lambaran MAC maka di saksikan Pahang dan Melaka satu sejarah piliharaya kecil yang menarik. Cuba kita lihat sedikit kematangan mereka dalam 7 Aspek.

PERTAMA: Ini adalah piliharaya kecil yang ke 16. Selepas 3 tahun pilihanraya umum.satu rekod malaysia boleh yang patut di muatkan dalam buku rekod politik dunia.Dalam siri16 ini piliharanraya berjalan lancar dan tidak dengan cara paksaan dan huruhara macam negera lain.ini menunjukkan rakyat dan parti politik negara ini memahami sistem pilih wakil.

KEDUA :Tidak semua Siri 16 ini di menangi oleh satu parti saja. Ada yang dimenangi oleh parti lawan dan ada yang di menangi oleh parti pemerintah. Jadinya sistem pilihanraya tidak memihak kepada mana mana parti. Maka ketelusan sistem adalah jelas dan tidak perlu satu reformasi baru untuk sistem pilihanraya

KETIGA :Pengundi tahu membezakan akan piliharaya umum dan pilihanraya kecil.Sekiranya mereka telah memilih sebelum ini calon dari parti yang boleh mewakili mereka maka kali ini mereka akan teruskan memilih calon yang sama kerana ianya satu kesinambungan kecualilah kalau calon dulunya tidak memberi  perkhidmatan yang memuaskan.Dalam hal ini pilihanraya kecil di buat kerana kematian.Peristiwa ini di tentukan ilahi dan kita rezai ketentuannya.Yang penting ialah suatu sambungan.
KEEMPAT: Ada yang ambil kesempatan untuk menggunakan ruang berkempen bagi mempromosikan idea ubah kerajaan dan idea simbolik untuk menunjukkan bahwa ada penentangan kepada kerajaan sekarang dengan meminta undi majoriti di kurangkan sebagai tanda protes,tidak perlu keluar mengundi,buang masa mengundi.Kempen ini tidak sehat kerana ianya mengabaikan hak individu.

KELIMA: Kerajaan yang memerintah akan melakukan yang terbaik.Tentunya waktu kempen mereka beri segala ruang untuk menjayakqn muka baru dalam pilihankali ini.Ia menerangkan bahwa calon pemerintah mempunyai kelebihan kerana dia boleh menawarkan perkhidmatan.Pilihanraya bukan untuk melepaskan geram tapi lebih pada kewibawaan calon,kekuatannya,kemantapan jentera nya untuk bagi perkhidmatan.Yang meramaikan majlis ada juga orang dari luar dan mereka tidak akan bersama selepas pilihanraya.bagitu juga penceramah mereka juga dari luar.Makanya sebarang keputusan yang di perolehi akan di pikul oleh rakyat bukan oleh penceramah.Maka ini adalah penting kerana dendangan dan gendang yang di palun waktu pilihanraya harus di samakan dengan prestasi parti,reputasi calon dan keupayaan dalam melestari dan melangsungkan kewajipan.Jangan ada calon yang di pilih nanti jadi terkedu kedu dalam memikul tanggungjawab.

KEENAM: Jika di dalam sesuatu kawasan pilihanraya tidak ada isu besar maka tidak perlulah isu luar di impot masuk ke kawasan yang di tandingi.Isu luar tetap isu luar tapi dalam menetukan calon yang berupaya pengundi mesti menilai apa yang mereka perlukan dan apa yang masih belum di selesaikan dan seterusnya menilai siapakah yang layak untuk menyudahkanya.

KETUJUH: Sepanjang penilaian di merlimau,nampaknya pengundi sudah buat ketetapan bahwa mereka mahukan kesinambungan.Mereka tahu bahwa melaka menuju dan mahu kembalikan semula ketamaddunan nya dan membawa kembali sejarah kegemilangan nya sehingga melaka akan di kenali di seluruh pelusuk dunia.Pengundi merlimau mahu isyarat ini di fahami oleh pemerintah dan merwka sebagai warganegara akan senentiasa menyokong wawasan kebanggaan MELAKA.Makanya di rumuskan bahwa sepanjang pilihanraya lepas dan sekarang ini pengundi merlimau tidak pernah lakukan kesilapan.MERLIMAU MATANG.

No comments:

Post a Comment