Saturday, March 5, 2011

"PEOPLE HAVE FREEDOM OF CHOICE"...Tony Pua

Rakyat ada kekebasan untuk memilih. Ini adalah terjemahan dari rangkaian kata di atas yang di sebut oleh TONY PUA. Tony adalah anak muda DAP. Ini adalah bintang yang akan mengambil alih kepimpinan DAP jika sesuatu berlaku ke atas kepimpinan yang ada sekarang. Anak muda ini memang membawa pemikiran politik yang menarik .Maklumlah ia graduan dari Oxford universiti. Dia merasakan yang DAP dan PAS boleh bergandingan kerana mungkin seperti kata DSAI, pemimpin MCA tidak baik berbanding dengan pemimpin DAP.Ramai juga orang PKR puji PAS dari puji UMNO.Orang yang cukup marah pada UMNO ialah Nizar orang hebat PAS dari Perak.
Soalannya rangkaikata tadi di rujuk atas hal apa?

Ini adalah merujuk kepada hal pengharaman tiket loteri oleh kerajaan negeri kelantan. Tindakan penguatkuasaan telah di ambil oleh pihak berkuasa negeri keatas beberapa kedai yang beroperasi di kelantan.DAP tergamam.

Tony berpendapat tindakan sebegini menafikan kekebasan orang cina dan kekebasan ini sepatutnya tidak di rampas dengan tergesa gesa.Tony akan mendesak PR untuk selesai dan beri penjelasan.NATIJAH NYA?

PERTAMA: DAP memberi isyarat bahwa dia adalah BIG BROTHER.Semua negeri negeri di bawah PR secara teorinya mesti rujuk pada DAP dulu sebelum buat polisi  atas perjuangan politic of numbers.Kini ramai pemimpin muda DAP menegaskan undi cina akan menurun jika tatacara membuat polisi tidak di patuhi PAS.

KEDUA:PR ini tak macam BN,misalnya BN di melaka,ketua menterinya nya ialah pengerusi UMNO negeri dan juga pengerusi BN negeri.Ini sistem yang mudah di selaraskan tapi PR di negeri kelantan siapa PENGERUSINYA?mungkinkah nik aziz?jika tidak,kenapa yang DAP nak sangat PR campurtangan. Kalau bagitu terlalu jelas PR ini hanya sekadar satu PAKATAN NIAT saja,lebihkurang macam LETTER OF INTENT dan bukan LETTER OF AWARD. Makanya selagi PAS tidur setilam dengan DAP maka selagi itulah PAS MESTI SENTIASA BERHATI HATI kerana jika orang cina tak undi PAS maka peluang PAS ke putrajaya jadi tipis.Nak jihad pun kena hati hati kerana takut,kerana risau,kerana bimbang.ITUKAH JIHAD??

KETIGA:PAS terpaksa berkira kira samada mahu jaga hati cina atau mahu jaga keahlian rakyat PAS yang di janjikan syurga oleh pemimpinnya.Jika PAS tunduk pada tekanan DAP maka jelas yang PAS adalah subsidiary pada DAP.PAS sekarang sudah ada BRANDING baru.Kita panggil FEWER PAS.

KEEMPAT:Kenapa Tony selalu bangkit hal cina jika mereka tidak mahu soal kaum dalam urusan politik malaysia masa hadapan.Bila hal judi,kepentingan cina,bila hal pendidikan,kepentingan cina,bila hal kebajikan,kepentingan cina.Mana kepentingan melayu dan india?Kalau kita kata yang DAP ini chaunisme cina, mereka naik angin.Tapi cara mereka mendesak PAS seolah olah mereka mempertahankan hak cina saja dan inilah cara mereka mendidik PAS untuk belajar A,B,C dari DAP.Kalau PERKASA cakap hal melayu yang berlandaskan perlembagaan PAS akan turut diam dan membisu apabila PERKASA dikatakan suka pada hal perkauman.

KELIMA:Tony mahu nik aziz dan rombongan PAS baca skrip DAP.Sanggupkah?Yang cekap siapa?mungkin juga PAS sebab dia main silap mata dengan ahlinya kerna tak lama lagi ada pemilihan jawatan parti PAS,nik akan akan kata PAS sudah buat REFORMASI.Atau PAS bakal akan mengesahkan gadaian prinsip perjuangan nya untuk tempoh terdekat sebab nak bersubahat dengan DAP.Subahat dengan DAP masuk syurga atau masuk neraka jahanam????

KEENAM:Tony anak muda peliharaan DAP mesti sedar bahwa negara ini ada tunjang politiknya.Negara ini ada sejarah nya dan negara ini terpahat kesejahteraan nya melalui permaufakatan.Jika HAK di letak pada rakyat,itu sudah pun tidak di pertikaikan,tapi tanggungjawab rakyat pada hak pemerintah juga mesti di tegaskan.ini bukan negara yang semuanya di tentukan rakyat.Politik bukan sekadar menjaga harga barang,politik itu bukan sekadar dapat kuasa dan guna kuasa untuk boroskan nafsu.,politik itu memelihara kedaulatan negara.Politik dan kuasa itu adalah melakukan apa yang COMMON yang di perlukan oleh rakyat seperti jalan,sekolah,tempat ibadat,pengangkutan.Politik itu suatu pemeliharaan untuk kebaikan dan politik itu juga adalah bukan menjadikan seseorang itu mendapat jawatan.Sementara kita tahu generasi tony adalah generasi serba ringkas tapi politik tanah air ini tidak semudah itu untuk diringkaskan.

No comments:

Post a Comment