Saturday, March 12, 2011

SMS PM PUN JADI BAHAN DI PARLIMEN

Cakap tak serupa bikin... Teresa antara YB DAPig gemar guna sms......

 
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berang kerana Najib selaku PM menggunakan wang rakyat untuk hantar ucapan tahun baru. YB ini mahu rakyat bangkit dan memberi isyarat pada Najib bahwa ini satu salahguna wang rakyat. Bagitulah secara ringkasnya kenapa Teresa membara.

  1. YB zaman ini terlalu dangkal dalam mencari isu. Isu yang di bawa sepatutnya isu yang boleh membantu kerajaan membetulkan shortfall. Apa yang berlaku,isu email,isu sms pun di bawa ke dewan mulia.
  2. YB Teresa patut tanya rasa hati rakyat.Sms dari PM adalah timely dan inilah cara nya PM mendekati rakyat. Tanya sesiapa pun yang waras menerima sms dari PM adalah satu penghargaan, bersalam dengan PM adalah satu penghargaan, mendapat jemputan menghadiri majlis PM adalah penghormatan. Orang Malaysia ini ada budaya, melayu dengan melayunya ,cina dengan cinanya, dan india dengan indianya. Bagi melayu, menyampaikan salam adalah tuntutan ugama,memberi salam adalah tuntutan ugama,memberi ucapan dan sampai salam adalah budaya baik, lebih lebih lagi apabila datang dari seorang pemimpin utama. YB Teresa mesti jangan naik berang hanya kerana YB dari kawasan seputeh dan mungkin mewakili PR.Ramai lagi di luar yang menghormati ingatan PM dan PM memang cerdik guna kemudahan yang ada untuk suasana yang memang sesuai di beri salam.
  3. YB Teresa yang budiman harus faham bahwa salam PM adalah ikhlas dan jangan kamu menghina atau mempersoalkan salam yang baik bagi majlis yang baik atau musim yang baik.Kita harus sentiasa pupuk kemesraaan dan pupuk budaya keserasian. Apabila PM menghantar sms itu adalah satu ingatan baik.Tanya lah di dunia mana pun berapa kerap rakyat jumpa pemimpin utama apa lagi untuk PM nya hantar sms.Hanya di malaysia,perdana menteri nya sensitif kepada naluri rakyat dan hanya di malaysia saja kita pupuk budaya cemerlang.
  4. YB Teresa mesti ingat apabila rakyat pilih,rakyat mahu YB bangkitkan isu yang besar dan bukan isu nyamuk.Kalau setakat bercakap hal sms dan naik berang dalam dewan parlimen ianya hanya merugikan waktu.Hanya sedikit peringatan pada YB Teresa bahwa masa YB semakin pendek untuk membolehkan rakyat nilai prestasi YB dalam pilihanraya akan datang.YB mesti ingat bahwa rakyat tahu apa yang patut dan tidak untuk memberi YB peluang seterusnya.
  5. NAJIB adalah perdana menteri kita semua.YB mesti ingat yang di negara ini ada Perdana Menteri dan ia adalah perdana menteri kita.Takkan lah Perdana Menteri kita pun tak boleh berurusan dengan rakyat melalui sms?lagi pun bukan nya selalu setahun sekali saja.Najib adalah pemimpin yang mahu mendekati rakyat serapat yang boleh,beri ia ruang dan beri ia peluang.

YB Teresa elok jangan ulangi cerita ini sebab rakyat rasa irritating kerana YB semacam insulting people intelligent.

No comments:

Post a Comment