Friday, April 8, 2011

APA ADA PADA USIA

PERTAMA: Semua manusia dan makhluk hidup, pokok,binatang tentu ada proses penuaannya. Manusia dari kecil menjadi dewasa dan kemudian tua sebelum mati. Natijahnya bila dah tua tidak akan kita bergerak kepada tahap tua bangka, kita hanya menanti maut.Waktu begini kita selalu sensitif dan kita menjadi seorang yang suka menilai hasil kerja yang sekian lama kita lakukan. Ada yang kita kesal dan ada yang kita bangga dan ada juga yang kita tidak sempat lakukan.Makanya kita mahu pelapis kita menyambung. Zuriat yang ada menjadi relevan bila penyambungan menjadi tajuk perjuangan.Bagitu lumrah dan bagitulah ceritanya bagi mereka yang dalam dunia politik

KEDUA: Taib Mahmud di katakan tua, sudah 75 tahun, dan sudah 30 tahun perintah negeri sarawak. Pembangkang mahu dia disingkirkan tanpa langsung bagi dia ruang untuk SMOOTH AND ORDERLY TRANSITION.  Masyarakat Cina yang nampak cenderung pada DAP ghairah sekali mahu dia keluar dari dunia politik dan kalau boleh mereka mahu dia tersungkur di atas bumi yang dimajukan oleh Taib bagi kemudahan dan kenikmatan orang cina. Lawat saja pekan besar di sarawak, siapa yang berniaga besar, siapa yang ada rumah besar, kerja yang hebat, semua nya bukan Iban. Semua bukannya bumiputra, tapi mereka adalah kaum cina tidak kiralah mereka dari suku kaum fucow, hokkien atau apa pun. Tanya sesiapa saja , apakah bangsa cina di sarawak melarat, tidak berpelajaran dan tidak di jaga keselamatan? kini setelah ekonomi di kuasai, mereka lihat kuasa adalah penting untuk mereka menjadi gergasi bagi menindas pribumi.Dalam ekonomi jelas sekali mereka tidak membenarkan barang seinci pun orang pribumi dapat peluang.

Yang bagusnya Malaysia ini ,walau pun penindasan tidak ketara ini berlaku tapi pribumi masih terima masyarakat cina dengan hati yang terbuka. Tapi mereka lain. Bila dilihatnya sudah berjaya di bawah orang melayu mereka mahu pula menguasai melayu. Ini agak pelik dengan budaya orang cina, yang semakin tua, semakin mendapat penghormatan. Tapi di sarawak amalan ini tidak ada. Yang tua, di caci, di lihat jijik, di perkatakan bermacam cara tanpa pedulikan sensitiviti orang melayu. Dalam ceramah politik DAP di sibu Taib di katakan CELAKA. Ini satu ungkapan kurang ajar pada orang tua dan ungkapan ini barangkali tidak menunjukkan budaya cina yang menghormati orang tua. Kalau bukan bagitu, budaya apa yang kita di sarawak cuba tonjolkan?

KETIGA: LIM KIT SIANG umur sudah 70, menjadi wakil rakyat sejak 1969, dan sudah 42 tahun dalam politik. KARPAL SINGH umur 71 sudah 37 tahun dalam politik dan masih bersuara di makhamah walau pun atas kerusi roda, NIK AZIZ umur 80 langsung tidak cakap soal melepaskan jawatan MB walau pun kelantan meleset selama 19 tahun bawah pemerintahan nya. Dia sudah 44 tahun dalam politik. HADI AWANG umur 64 tahun sudah 29 tahun dalam politik.Apakah patut kita caci mereka kerana sudah tua? Apakah UBAN PUTIH tidak ada pada mereka?Kita juga harus tanya mereka bila mahu di ubahkan? Apakah patut dan apakah elok kalau kita kata nik aziz celaka, kit siang celaka, hadi celaka? siapa yang untung dengan desakan dan ungkapan yang kurang ajar.Kita kalau mahu politik bersih tengok saja pada manifesto dan guna fikiran yang waras untuk buat penilaian antara JAMINAN DAN JANJIAN.

KEEMPAT: Budaya kita budaya yang baik. Kita di asuh oleh budaya berterima kasih.Tiada yang baru kalau tiada yang lama.Bagitu kita menyanjung.TAIB contoh pemimpin dan banyak lagi pemimpin yang kita lihat telah pergi tanpa di usir dengan ungkapan kurang ajar.Rakyat sarawak yang terkenal dengan kesopanan di harap tidak di rasuk oleh anasir anasir luar yang bawa budaya kurang ajar.

No comments:

Post a Comment