Sunday, April 10, 2011

RAGAM KEMPEN KUCINGMIRISIBU

                                         KUCINGMIRISIBU 1
                    
Semua penceramah yang hebat hebat dari pembangkang memilih bandar untuk tunjuk kehebatan berkempen. Kucing, Sibu, Miri adalah ground mereka. Ribuan penonton datang untuk mendengar sehingga ada yang tidak percaya bahawa sambutan yang diberikan kepada ikon semenanjung ini cukup hebat untuk PRN kali ini. Namun,ada yang kata, jumlah yang hadir bukan ukuran bahawa mereka menyokong. Makanya ada pihak yang mengukur sikap penonton dengan guna jumlah kutipan derma yang di perolehi dari CERAMAH. Bayangkan minta derma di kawasan bandar. Mestilah kutipan nya tinggi kerana di bandarlah ramai yang telah di kayarayakan oleh BN.
 

Ada yang tanya, betulkah pembangkang ini tidak ada wang sampai datang ke sarawak untuk minta derma. Namun jawapannya kita juga boleh agak. Hakikatnya mereka mahu petunjuk bahawa komitment itu ada di kalangan penonton bahawa mereka adalah sebahagian dari sikap keseluruhan. Jika ini benar maka mungkin inilah pengukur untuk tahu sikap pengundi, yakni setiap kali ceramah minta derma,tak tahu lah berapa lama cara ini akan bertahan.

Sepatutnya yang berceramah yang bagi derma sebab kedu-dua pihak memang boleh dan mampu bagi derma. Nik Aziz, dia MB Kelantan, bagilah derma sikit dekat orang Sarawak, DSAI penasihat bank dunia, mintalah bank dunia derma sikit, Tan Sri Khalid dia MB Selangor Negeri yang kaya dan dermawan. Bagilah derma sikit. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Penang yang hebat datang dari negeri yang kaya, bagilah derma sikit dekat orang Sarawak .Tak kesiankah pada orang Sarawak yang depa kata miskin tertindas dan seumpamanya. Ini tidak, mereka punya function, rakyat sarawak pula kena bayar FEES untuk dengar celoteh mereka.Tapi kalau BN bagi derma atau peruntukan mereka terus kata itu RASUAH.Sebenarnya siapa yang memperbodohkan siapa?

                               KUCINGMIEISIBU 2

Di kawasan ini ternyata yang bertanding ialah orang orang cina.Dap wakilnya cina,BN wakilnya cina, PKR wakilnya juga cina.Kesemua mereka adalah terdiri dari anak anak cina yang cerdik dan ada potensi. Misalnya ada seorang calon yang mewakili BN adalah pakar jantung terkemuka.Pihak pembangkang datang ke kawasan bandar untuk hentam KETUA MENTERI.Dia hentam hal korupsi, hal tidak samarata dan hal NCR. Soalan yang kita tanya penonton yang dengar celoteh pembangkang bukan pengundi dari daerah balingian di mana ketua menteri bertanding.

Yang akan kecundang ialah calon calon di kawasan kucingmirisibu. Dengan ikut sentimen pembangkang makanya beberapa  pemimpin cina yang ada masa depan akan rebah. Katakan Dr Sim tidak di undi kerana terasuk dengan kondemnasi pada ketua menteri maka orang cina bandar akan hilang wakil cina yang terkemuka di bandar. Isunya ialah orang bandar harus bijak pilih wakil mereka dalam kerajaan kerana itu lebih berfaedah daripada memilih wakil yang hanya tahu buat bising tapi tak dapat deliver hasrat.Kita tahu bahwa antara buat bising dan delivery,rakyat bandar lebih suka mereka yang boleh deliver. Dari calon calon yang di ketengahkan,nampaknya orang cina memang ada potensi. Jika mereka menolak calon yang boleh jadi pemimpin masa depan maka mereka akan rugi.


                                 KUCINGMIRISIBU 3

Ternyata di kucingmirisibu adalah mereka yang tidak ketentuan. Ada yang dari DAP dan ada yang dari PKR. Yang bertanding di sini ada juga orang yang pernah berkhidmat dengan baik tapi di tolak oleh parti khusus PKR. Makanya mereka keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas.Dominic calon bebas misalnya adalah mangsa kekalutan PKR. Ternyata ramai sekali yang mula keluar dari PKR. Dari semenanjung sudah tidak terkira hingga boleh mencatatkan sejarah keluar parti. Mungkin juga di sarawak sesiapa yang masuk dalam PKR sudah boleh di jangkakan akan mudah keluar parti.

Dalam kempen mereka,di perhatikan bahwa pembangkang agak susah hendak balon BN kerana rakan kongsi lama mereka yang berpaling tadah juga balon satu sama lain.Misalnya SNAP balon PKR,BEBAS balon DAP.Dalam sandiwara ini BN nampak lebih beruntung tapi sebab GERAM,kumpulan geng pembangkang yang di ketuai oleh Bro war,kit dan di,terpaksa alih pandangan dengan berceloteh hal ketua menteri seolah olah ini adalah pilihanraya pilih ketua menteri atau seolah olah ini pilihanraya untuk taib mahmud berundur.Bagi penduduk pendalaman mereka faham bahwa pilihanraya ini adalah licence renewal bagi parti yang mereka pernah pilih dulu.Mereka tahu parti yang mereka pilih adalah yang berjaya bentuk kerajaan dan kerajaan itu ialah BN.

No comments:

Post a Comment