TAHNIAH
PERTAMA: Pembangkang gagal menafikan 2/3 majoriti BN. Ini bererti mereka sekadar mainkan gerak saraf. Namun mereka juga ketahui bahawa, BN mempunyai sokongan akar umbi yang mantap. SLOGAN UBAH tidak membawa kesan.Ini kerana UBAH sebenarnya ditafsirkan untuk ubah struktur PAKATAN RAKYAT yang di lihat sebagai semakin rapuh di Sarawak.
KEDUA:Sepanjang kempen 10 hari,yang kerja kuat ialah DAP dan mereka di bantu oleh PKR,PAS tapi bagi kawasan di mana PKR bertanding, di kawasan yang PAS bertanding, DAP hanya sekadar merisik berita saja. Dalam percaturan ini yang membantu menguntungkan DAP ialah PKR dan PAS. Tahniah kerana DAP dapat menambah kerusi nya,PKR menambah kerusi tapi lebai malang ialah PAS.5-0.
PERTAMA: Tahun 2006 PAS bertanding tapi kalah semua, tahun ini bertanding lagi, kalah semua. Kenapa yang lain meningkat tapi PAS rebah di Sarawak. Apakah di kawasan Melayu Sarawak PAS tidak berani menjanjikan SYURGA? Apakah PAS hanya pandai berucap hal haram halal di Semenanjung saja? Ini satu yang agak pelik,mungkin sebab tak janji syurga kot PAS kalah
KEDUA: Pas kalah bertubi tubi, di Galas,di Tenang, di Merlimau, di Kerdau dan sekarang hampir semua kerusi yang PAS bertanding di sarawak, PAS kalah.Itu hakikat.PAS kena kaji semula kenapa prestasi mereka semakin tidak senonoh.Adakah kerana DAP atau kerana akrab nya PAS dengan DSAI?
16 HARIBULAN
PERTAMA: 16 september pembohongan DSAI ternyata masih diingati oleh pemimpin pemimpin PKR yang menjadi pengasas, tidak kurang juga rakyat keseluruhannya. Cuma yang tidak menyerlah ialah pemimpin tertinggi PAS dan DAP. Pemimpin ini semacam tidak mahu associate dengan hal 16 september. Bagi yang terkena air ludah pembohongan DSAI. Mereka semakin tahu yang DSAI ini pandai kelentong. Malangnya dalam kempen di Sarawak DSAI tidak langsung menyahut cabaran kenapa dia bohong 16 september?
KEDUA:16 April, DSAI kata percayalah yang PR akan lakukan suatu lakaran sejarah yang baru dalam politik malaysia. Dia kata tsunami kedua akan melanda, dia kata akan rampas PUTRAJAYA sarawak sebelum PUTRAJAYA PERSEKUTUAN. Yang menarik slogan ini di yakini oleh orang cina Sarawak. Entah kenapa mereka naik minyak itu sukar di jelaskan. Memang pun orang cina ini agak payah sikit nak baca mentaliti mereka. Pendek cerita orang cina Sarawak di tipu lagi oleh dsai. Perhimpunan puluhan ribu adalah gimmick politik yang diwakili oleh orang yang sama di kawasan yang sama. Ia langkah geraksaraf untuk mempengaruhi rakyat tapi ternyata DSAI rebah. Parti PKR daripada kegelojohan 48 kerusi hanya menang 3. Yang paling seronok, semangat AGI HIDUP AGI GELABAN tidak ada pada DSAI kerana waktu hari bertanding,yakni hari pilihanraya,DSAI KE LUAR NEGARA.Dia di katakan bertolak ke eropah hari jumaat.Rakyat sarawak tahu sekarang bahwa dsai ini bukan perwira mereka kerana mereka kata DSAI ini AGI IDUP AGI MEMBULAK.
PADAH PADA KAUM CINA
PERTAMA: Di kawasan Kuching, calon calon yang bertanding boleh dikatakan hebat. Dr Sim seorang doktor jantung terkenal dan dalam usia muda mewakili SUPP bertanding di Pending dan Dominique bertanding di Padungan. Dr sim adalah hand pick Najib yang seolah olah di lihat seperti adik angkat Najib. Memang pun dengan personaliti dan ketokohan DR jantung ini sudah boleh di agak bahwa dia akan mendapat tempat di hati orang cina. Perancangan induk kesihatan untuk kucing di restui oleh PM.Tidak ada seorang calon pun yang dapat keistimewaan sedemikian.Untung kalau dapat wakil rakyat sedemikian.Tapi bagi cina kucing yang bermazhab DAP mereka reject Dr Sim dengan majoriti yang lebih tinggi. Ramai waktu ini naik keliru apakah orang cina kucing ini sudah sampai tahap gelojoh atau mereka mahu UBAH budaya,warisan dan kekuatan sedia ada secara senyap?
KEDUA: Dominique dulu hero cina di Kuching, menjadi wakil rakyat mewakili PKR. akibat internal fight, beliau disingkirkan dan dia anggap rakyat menyebelahi dia. Malang menimpa lelaki serba handsome ini apabila dia direkodkan hilang deposit. Ini memeranjatkan kerana pengundi langsung tidak mengenang jasanya atau pun pengundi merasakan bahwa kalau sesiapa bertanding lawan BN dia mesti ada parti kerana hanya dengan parti baru ada peluang memerintah jika cukup korum. Masyarakat cina di Kuching khusus nya memang tidak kenal calon berpotensi atau tidak. Mereka semacam ada rasukan untuk benci BN walau pun pada masa yang sama mereka menikmati kemudahan yang di sediakan oleh BN.
KETIGA: PBB membuktikan yang parti ini mantap, walaupun ada isyarat bahawa presidennya harus tukar. Mereka lakukan ini kerana ketaatan dan berupaya menilai. Sementara itu memandang kan ada desakan khusus nya dari kaum cina bahwa Taib perlu di singkirkan maka perpaduan melayu dan bumiputra semakin menjadi kukuh. Sekarang wakil cian kurang dalam kerajaan,apakah suara sirkus akan kita dengar dalam dewan undangan?
Sekali imbas, politik cina di bandar memang tidak suka menterjemahkan rasa kesyukuran melalui undi menyokong BN. Cara syukur mereka, cara mereka mengatakan terima kasih kepada ketenteraman, kemakmuran ialah dengan mengundi pembangkang. Mereka lebih rela tidak di wakili oleh pihak penyokong kerajaan tapi apa yang mereka mahu ialah menyekat kuasa mengawal ke atas mereka supaya bila buat bisnes mereka boleh jadi kaya dengan cara mereka dan bukan cara kerajaan. Ini tidak pula di lihat ketara dengan melayu dan bumiputra yang beradab,bersopan,dan bersantun.
Apakah perlu masyarakat cina melalui suatu proses yang dapat mendidik mereka supaya lebih jujur dan tidak hilang adab pada kerajaaan yang hari ini membantu menyuburkan lagi bisnes dan kepintaran, serta kekayaan mereka di bandar.Kerajaan juga harus ingat bahwa sudah berulang kali kemahuan mereka di layan tapi mereka belum mahu beri isyarat dalam membalas jasa dengan baik.Kerajaan harus sedar hakikat ini bahwa orang melayu dan bumiputra,walau pun tak banyak yang di perolehi,walau pun masih teraba raba dalam memahami keselesaan,mereka tetap setia dan tetap tahu mengatakan terima kasih.Jangan ada wakil rakyat barang sesaat pun alpa hakikat ini.Guna kuasa dan sumber pada mereka yang SETIA.
No comments:
Post a Comment