Monday, April 25, 2011

LELAKI Y ITU ANWAR:Cerita selanjutnya pada 16 MAY

PERTAMA

Apa lagi yang Anwar nak buktikan!!!!
Kita sekadar main agak agak pada waktu awal perbicaraan yang LELAKI Y itu agaknya DSAI. Hari ini SAH pihak pendakwa mengesahkan yang LELAKI Y itu DSAI. Ini jelas bahawa DNA yang di sebut adalah sama dengan yang di perolehi dari karung Saiful. Pihak peguam bela pula cuba mengatakan bahawa Saiful sengaja cuba buat cerita. Pelik juga jika dakwaan peguambela itu. Ini negara ada maruah, kalau kita nak godam dan hentam seseorang kita masih ada tertibnya. Kita tidaklah sampai ke peringkat jadikan buntut sebagai saksi untuk bukti salahlaku sesaorang. Dalam suasana sebegini, kes ini memang cukup memalukan tokoh terkemuka yang impiannya mahu jadi Perdana Menteri selepas Najib. APA PUN HAKIM PADA 16 MAY AKAN BUAT KETENTUAN.

Sementara hakim sibuk, rakyat juga berhak buat pemerhatian. Contohnya, kalau lah kita dakwa tokoh atau pemimpin itu ambil rasuah, curi tanah, tindas orang miskin, kita tahu bahawa tokoh itu kejam, dan tidak berjiwa rakyat. Dia rakus, dia lupa daratan, dia adalah jembalang.Tapi, kalaulah ada tokoh yang memimpin rakyat dan mengajak rakyat untuk berjuang menentang rasuah, penindasan, curi tanah, tapi pada masa yang sama balon pungkok rakyat, itu namanya apa? Dalam kes hari ini, pungkok rakyat itu adalah pekerjanya sendiri. Penderaan ini harapnya tidak wujud lagi selepas ini. Malaysia malu kerana kes seumpama ini. Malaysia patut terkenal kerana kejayaan nya dalam inovasi dan kreativiti,bukan terkenal dengan kes tokoh balon pungkok.

KEDUA

Hari ini bukan lagi cerita fitnah. Ratusan rakyat biasa yang lakukan jenayah di heret ke tali gantung melalui proses makhamah. Ribuan banduan hari ini menjalani hukuman di ratusan penjara,mereka juga melalui proses penghakiman yang sama.Jangan sesekali kita mula meragui proses penghakiman bila hakim membuat keputusan. Hakim akan buat keputusannya, tapi tak perlu ada pihak cuba menjadi hakim yang tidak bertauliah untuk mengatakan proses kehakiman kita berat sebelah.

Hari ini pendakwa kata Saiful di liwat dan ikut proses kimia dan teknikal terbukti anwar adalah orang nya dan tidak salah sebagai rakyat biasa kita punya kuasa dan suara untuk menegaskan bahawa Anwar sudah dicemari, sudah mencalarkan prestasi dan maruahnya. Rakyat berhak untuk menegaskan Anwar untuk memulakan proses pengundurannya dan tidaklah perlu dia terlolong dan melalak mengatakan dia di fitnah dan di konspirasikan. Kalau ini diizinkan,samalah dengan mengizinkan ribuan banduan berarak di atas jalan raya melalak dan melolong mengatakan mereka teraniaya dan di tipu oleh sistem penghakiman. Ingat, penghakiman tidak kira Dato Sri, Tan Sri , Tun atau Dato. Jika salah kamu semua yang berpangkat dan berbintang di kiri kanan perlu menjalanai hukuman yang lebih berat kerana kamu semua telah menyalah gunakan kedudukan dan penghormatan untuk mengheret seorang pemuda ke lembah yang jijik.Lagi pun cara bersumpah yang boleh membuatkan kita setuju akan kebenaran itu pun di lengahkan.Apakah selepas sekian lamanya dan dah sampai kepada kemuncaknya, Anwar akan bersumpah? atau dia masih terus berkata ini kerja busuk BN.

KETIGA

Anwar patut fikirkan bahawa dia mencipta sejarah jijik,amat memalukan. Dia telah buatkan rakyat berpecahbelah kerana perbuatan terkutuknya. Dia asyik mengaku yang dia tidak bersalah dan dia asyik minta supaya orang lain juga patut di hukum. Di Sarawak, di miri, dia sebut dengan jelas kenapa tidak di dakan suruhanjaya bebas untuk siasat kes Altantuya, kes Taib Mahmud, kenapa kes dia saja yang diketengahkan.

Dia juga kata yang dia dulunya pernah hiaskan badannya dengan bintang penghormatan tapi kini dia dilondehkan, dulu dia sihat tapi matanya di lebamkan, dulu dia di jamu dengan makanan lazat dan di hotel istimewa tapi dia hari ini di hina seperti binatang dalam lokap. Dia lupa pula nak cerita hubungannya dengan Saiful. Cerita buntut Saiful di lebamkan, cerita Saiful di londehkan, cerita di mana Saiful di balon, cerita saiful di Hong Kong, sedapnya nescafe Saiful, semua ini tidak diceritakan bila dia berada atas pentas. Apa nak di malukan, kalau berani kerana benar. Cakap saja. Biar rakyat puas dengar cerita ini.

KEEMPAT

Kes liwat ini cukup lama. Rakyat dah muak dengan penangguhan demi penangguhan. Kini semakin hampir kepada penutupnya. Jika makhamah kata Anwar perlu pertahankan dirinya selepas May 16, maka Karpal akan bekerja lebih keras, dan jika di takdirkan Anwar bersalah, maka dia akan kembali semula ke Sg Buluh. Sesekali fikir malang juga nasib orang yang bermimpi nak jadi PM Malaysia. Kalau tak kena gaya, jalan nya ke Sg Buluh dan bukan Putrajaya.


Namun,tentu selepas judgement pun akan ada pihak yang kata ini suatu fitnah,suatu niat jahat,suatu pakatan kotor,tapi barang di ingat yang rakyat malaysia tak semua buta huruf dan buta akal untuk buat pertimbangan.Mereka ada rasa malu kerana ini libatkan orang melayu dan islam,ini melibatkan seorang tokoh dengan pekerjanya.Ini memalukan.Kita pernah lalui cerita cerita dan kes kes yang melibatkan ahli politik dan tokoh tokoh tertentu.Ianya sekitar kes pembunuhan,kes rasuah,salahlakusex,tapi inilah kali pertama nya setelah negara merdeka selama 53 tahun kita di perkenalkan kes belakang kena balon.Kita doakan semoga ini menjadi pengajaran kepada tokoh politik sekarang dan akan datang supaya SELALULAH MENOLEH KE BELAKANG TAPI JANGAN MAIN BELAKANG.

KELIMA

Dalam ketidak tentuan ini PAS dan DAP semakin dilihat malu-malu kucing. Misalnya PAS sekejap semacam ada pendirian tapi bila diherdik oleh Azmin tersipu-sipu menafikan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Mustafa Ali. Begitu juga DAP, bagi DAP mereka apa peduli soal moral, soal agama kerana yang mereka mahu hanya berkuasa di Malaysia. itu sahaja sama ada tokoh Melayu rendah moralnya, itu tidak membantu mereka untuk menikmati kuasa yang mereka idamkan puluhan tahun yang lalu. Namun jika diandaikan Anwar bersendirian di Sungai Buluh maka tidak mustahil DAP dan PAS akan mula menjadi seperti anjing dengan kucing dan PKR seperti kucing hilang anak.

No comments:

Post a Comment