Saturday, April 23, 2011

SARAWAK :YANG UNTUNG DAP

Dengan keputusan pilihanraya negeri Sarawak ternyata bahawa di kalangan parti-parti pembangkang yang bertanding, yang untung ialah DAP dan yang paling rugi ialah SNAP kerana parti ini diketepikan dengan mudah oleh gergasi Semenanjung. PKR besar nafsu dari prestasi. Keangkuhan awal PKR, gendang kuat yang di pukul PKR, semuanya terbukti tidak membanggakan. Lihat saja, lawan 49 tapi menang 3 dengan satunya menang tipis oleh ketua PKR Baru bian. PAS menyedihkan kerana tahun 2010 dan awal 2011 bukan tahun kecermerlangan PAS. Bertubi-tubi PAS dikalahkan, di peringkat PRK dan PRN.

Jika dirumuskan yang PAS, SNAP, PKR mewakili Melayu dan Bumiputera, manakala DAP mewakili Cina, maka ternyata kelompok PKR SNAP PAS lebih membantu DAP melonjak untuk meningkatkan kerusinya. Ringkasnya, dalam kelompok pembangkang, Bumiputra lah yang mendorong bukan Bumiputera mencapai hasrat dan impian. Adakalanya perbuatan ini di katakan taktikal dan adakalanya juga boleh menggigit jari. Sedikit ulasan tentang kelompok yang mahu sedekah kuasa dan untung kuasa.

PAS: Semakin kita maju ke hadapan, PAS semakin hilang objektif asalnya. Dalam banyak hal mereka tidak selantang dulu, mereka tidak lagi garang, DAP dah tahu cara jinakkan Hadi dan Nik. Lihat saja,masa kempen PAS di Semenanjung dan di Sarawak. PAS di Sarawak paling sopan, dan mereka membuat pendekatan yang cukup tertib berbanding dengan DAP yang sentiasa agresif di mana saja mereka berkhemah.

 
Hal PAS membisu dan main wayang peristiwa 16 September, kes video, kes liwat, kes penyelewengan di Selangor ke semua ini membawa padah pada integriti PAS. Kempen di Sarawak pun DAP dan PKR dilihat tidak pedulikan PAS sedangkan Nik Aziz di heret dan dipamerkan di kebanyakkan kawasan DAP. Sekarang PAS berhadapan dengan seruan supaya PAS lakukan sesuatu drastik. Hadi Awang disalahkan, Hassan Ali di salahkan, Nizar lebih DAP dari PAS, hanya Nik Aziz saja yang belum disalahkan tentang corak dan trend masa depan PAS. Yang ada pun ialah alasan Mustafa Ali yang hanya sekadar memberi penjelasan yang kemerosotan PAS hanya di kawasan yang dulunya kubu kuat UMNO seperti Galas, Merlimau, Tenang, Kerdau.vAlasan ini adalah apologistik. Apakah PAS akan terus apologistik?

Kita tanya dekat PAS apakah jika negara ini jatuh kuasanya pada DAP kita akan bepeluang mendapat kunjungan imam besar masjidil haram Makkah? mungkin tidak , sebab mereka kafir. Kalau bagitu apakah petandanya bila imam besar masjid negara melawat negara ini semalam dan berkhutbah di masjid negara . Ini tandanya negara ini di tadbir oleh Islam. Jadi yang PAS mengkafirkan umno ini kenapa? Apakah imam besar itu melakukan dosa bila bersalaman dengan Najib yang di dakwa oleh pembangkang sebagai pemimpin serba tidak baik? Kenapa pula PAS  diam bila kerajaan BN buat perkara baik sebegini. Tidakkah PAS berasa bangga? Kalau hal bagini pun rasa malu nak bangga,hal yang bagaimana yang PAS mahu tunjukkan kebanggaan mereka? Adakah bangga bagi PAS bila Nik aziz yang uzur di pamerkan di atas pentas di kucing sebagai boneka melayu?

PKR: Strategi PKR dengan Sabah dan Sarawak mudah di faham. Kedua negeri ini RAPUH dan mudah di REKAHKAN. Malang sekali mereka semacam di tolak di Sabah, dan kali ini di Sarawak mereka cuba eksploit Taib dan NCR. Mereka mahukan undi Iban untuk rebahkan BN. Azmin telah kerja keras selama 2 tahun lalu untuk dapatkan sokongan mantap bagi dirinya dan PKR. Baru Bian mahu dijadikan Ketua Menteri dan ini memberi tamparan pada PBB. Strategi membenamkan SUPP dilakukan dengan tekun oleh DAP tapi ternyata PKR hanya bertenaga separuh jalan, kerana mereka tersilap kiraan bahawa PBB yang bertanding pada 35 kerusi mempunyai kekuatan tersendiri. Walau pun di akui bahawa ada kekurangan dalam majoriti tapi TSUNAMI 2 ternyata di sekat dengan baik oleh benteng PBB.

Yang agak pelik ialah pengumuman karut oleh PKR yang mereka sedang mendahului dalam pengiraan undi. Ternyata ini kerja orang gila kuasa, DSAI pun sebelum hari pengundian cukup garang dan sekali lagi seperti mana drama 16 September, dia amat yakin bahwa PKR akan lakukan sesuatu yang mengejutkan dunia. Sekadar menumpang strategi DAP, DSAI nampak yakin yang Baru Bian akan tetap jadi KM. Semuanya dengan seruan RAKYAT. Seruan ini di sedari dan di rasai namun RAKYAT juga lah yang menolak laungan dan seruan PKR.

DSAI harus sedar bahwa di Semenanjung UMNO semakin bertenaga, di Sabah dan Sarawak PKR di tolak, bolehkah jalan ke Putrajaya menjadi nyata atau igauan? Apa lagi yang PKR mahu lakukan bila saban hari pemimpin pemimpin nya sendiri yang MEMBONGKAR segala kekotoran parti ini. Bolehkah PKR pertahankan kerusinya di Selangor? Atau, sekadar membiarkan DAP saja yang berkuasa di selangor,silap silap ada Mamat Melayu mewakili DAP jadi MB Selangor. DSAI harus di puji jika ini berlaku kerana segala kerakusan dan kegelojohan politik hari ini di ketahui siapa puncanya. Semua tahu DSAI ini semakin berusia dan sakit pinggang nya semakin menjadi, itu tak pula termasuk hal video dan liwat. Berapa lama lagi manusia ini akan berkeliaran kita juga tidak dapat menduga, tapi yang sedang mengaut keuntungan ialah DAP.

DAP: Parti ini adalah parti pembangkang yang terbesar dan kuat di Malaysia. PAS tidak dapat bertapak di sarawak, UMNO tak dapat bertapak di Sarawak, tapi DAP ADA DI SEMUA NEGERI. Pendek cerita DAP sekarang lebih popular di kalangan orang Cina berbanding dengan parti politik lain seperti MCA,GERAKAN,SUPP. DAP berjaya penyetkan GERAKAN, dibalonnya SUPP kata orang kaw kaw, dan ini telah membimbangkan MCA. Kalau di semak TSUNAMI 2008 undi rebahkan parti gerakan ialah undi cina.Adakah GERAKAN akan terus hidup tenteram apabila keserasian dengan MCA tidak di serlahkan oleh akar umbi.

DAP mendapat ilham dari golongan muda, pelapisnya ternyata hebat dan ternyata golongan elit mereka sudah bersedia untuk gempur, kerana kalau di lihat dari calon calon nya di sarawak,semua nya masih berhingus,namun mereka apa peduli tentang prestasi dan sumbangan calon,mereka sanggup sokong pada anak muda yang tidak ada pengalaman. Politik tidak peduli keupayaan sumbangan dan pencapaian ini banyak merugikan penduduk tapi DAP dia apa peduli,kerana dia akan terus pecah dan asak kerana satu hari mereka tahu mereka akan beroleh kuasa bila mereka bertemasya pecahbelahkan bumiputra.Kali ini mereka ketengahkan LGE dan NGE dan NGA dari perak,TONY dari selangor,mereka sudah ada mascot( mungkin di penang mascot nya pokok pinang),mereka ada slogan UBAH. Slogan ini mempunyai makna yang dalam.Bagi bumiputra yang masih kabor dan syok sendiri UBAH membawa makna yang dalam dan inilah yang mahu di lakukan oleh DAP yakni ubah apa yang ada dari institusi,piagam,hak,dan sistem.Ubah ini bukan sekadar ubah biasa tapi ubah yang akan melenyapkan identiti asal.

Kepada orang lama mereka tentu tahu gaya DAP, mereka banyak kali di tolak dalam pilihanraya kerana ketika itu PAS dan UMNO melihat mereka sebagai saingan. DAP tidak akan hilangkan niatnya kerana Nik Aziz, kerana DSAI, mereka tahu bahwa ini hanya sementara, tapi malangnya Nik telah gadaikan roh perjuangan PAS, DSAI gadaikan semangat kemelayuan nya,sehinggakan di lihat jelas bahwa DAP langsung tidak  pinda falsafah perjuangan asalnya.Yang melucukan ialah tukang promo nya ialah dsai yang menumpang populariti DAP.Dimana jua dia ceramah dia tukang puji meleleh LGE,karpal,kitsiang.Bukan apa sebab KARPAL PEGUAM DSAI,jadi untuk selamat,dsai rasa tak rugi puja orang yang pernah dulunya minta dia bertaubat.DAP juga yang untung akhibat PERPECAHAN BUMI.

No comments:

Post a Comment