Wednesday, April 13, 2011

SIAPA ORANG UTAN???

Pembangkang mulai menggunakan cara desprado dengan menyimbah cat merah di poster BN. Mereka juga mula menghantar SMS mengatakan bahwa jika undi BN maka ianya adalah menentang JESUS. Yang lebih serius ialah kenyataan dalam ceramah awam di kucing  bila DAP  cop  SUPP adalah orang utan. SUPP mendakwa yang mereka adalah SARAWAKIAN dan jika benar orang utan itu disamakan dengan Sarawakian maka ini adalah satu kenyataan yang merendah orang sarawak. Kenyataan ini boleh disamakan dengan ceramah Hadi Awang dulu semasa prk Batang Ai yang kata orang sarawak khusus iban masih pakai cawat.

KEMPEN PEMBANGKANG

PERTAMA: Bila ceramah hari pertama kempen khalayak pembangkang mendapat sambutan panas dari penduduk kucing, maka DAP terus mendahului rentak kempen dengan membiarkan PKR terkial-kial di kawasan pendalaman. Bila sambutan yang sama diberi di Miri, Sibu maka orang cina semakin yakin sesuatu dahsyat akan berlaku. Tsunami politik sarawak

Kempen yang sudah berlalu membuktikan taktik PR terpesong. Mereka tidak lagi kisah kawasan lain. Mereka hanya mahu rampas beberapa lagi kerusi tambahan untuk DAP sahaja. Kit Siang, Guan Eng tidak bertubi tubi kempen di kawasan melayu atau kawasan yang di tandingi PAS, dan kawasan pendalaman yang di tandingi PKR. Nik Aziz diheret ke kawasan bandar yang penuh dengan cina, dan DSAI hanya dapat sambutan hangat di kawasan cina sehingga ada yang kata DSAI menumpang tuah DAP di sarawak.

KEDUA: Yang hebat berceramah ialah orang semenanjung. DSAI, KIT SIANG, GUAN ENG, memang ada sambutan tapi penceramah lain kurang sambutan. Mereka juga kadang kala tersasul kata kata khusus penceramah dari Penang dan Kedah. Ini yang buat orang sarawak meluat. Keghairahan mendengar memang ada tapi taktik penyusulan tidak berkesan. Ini jelas di kalangan DAP. Mereka juga tersilap langkah kerana guna sentimen sebagai pendekatan awalan mereka sedangkan BN menggunakan touch point untuk mengenalpasi calon dan memujuk calon.

DAP terus berMIMPI!!!!!!
Waktu sebegini orang cina khususnya sudah mula memberi pertimbangan. Rata rata mereka berfikir untuk pilih calon yang boleh DELIVER. Mereka juga tidak menolak ada juga wakil pembangkang yang tidak berkhidmat 5 tahun yang lalu dan mereka juga terima hakikat bahwa politik DAP dan PKR pun tidak banyak beza dengan parti lainnya. Politik sepak terajang masih jadi budaya dan ini paling sukar unyuk di UBAH. Rakyat umum juga berpeluang untuk fikir slogan UBAH yang menjadi slogan DAP sebenarnya,manakala PAS dan PKR malu malu kucing untuk buat pendirian,misalnya MASCOT KENYALANG semacam milik ekslusif DAP sehingga tiada ruang untuk PKR atau PAS guna.Ini adalah petanda bahwa PAS dan PKR hanya pengacau dan rakyat tahu bahwa PERMUAFAKATAN di kalangan mereka samasekali tidak berlaku di SARAWAK

KETIGA: Kejutan kali ini seolah olah ini adalah pilihanraya untuk memilih Ketua Menteri. Semua parti pembangkang hentam habis habisan KM Taib Mahmud.Sekali dua mungkin ada yang ok tapi kalau dah selalu sangat sampai setiap waktu kempen itu yang di nyanyikan maka rakyat sarawak pun sedar KENAPA ORANG SEMENANJUNG YANG TERLEBIH BENCI PADA TAIB? Persoalan nya ialah konsep tumpang semangkok ini di lebih lebihkan oleh pihak luar.

KEEMPAT: Sensitiviti rakyat sarawak perlu diamati oleh penceramah. Kadangkala bila ghairah sangat, ramai yang meluat sampaikan ada yang beranggapan bahawa orang sarawak ini langsung tidak berfikir. Misalnya DSAI cakap hal agama berdentum dendam, kenapa dia tak guna cara mudah untuk selesai perihal akhlaknya. Dia kata hal hadis,hal ulamak,hal kebersihan,apakah orang orang yang dia pilih dulu dan hari ini telah keluar parti di kalangan orang orang yang kotor? DSAI mahukan pendewaan,dia guna taktik untuk rakyat fikir yang dia masih ikon hebat sedangkan dia adalah tukang karut yang sudah meleset pe ghormatannya,cuma budaya melayu rasa malu untuk bicara hal peribadi seorang yang kotor. DSAI patut jangan sentuh hal akhlak,ugama dia patut sentuh hal hal duniawi dan sentuhlah perkara perkara yang di sebut oleh saudaranya Lim Guan Eng. Nik Aziz yang sedang keletihan ini pun patut fikir bahawa dia bersubahat dengan jembalang dan dia tahu bahawa orang orang yang dia sanjung adalah rakus dan perosak.

KELIMA: Pembangkang mula guna kata kata yang bukan saja mengganggu orang melayu tetapi di kalangan cina pun semakin di rasai.Mereka kata SUPP mendewai Pek Mo, mereka kata SUPP tidak mewakili cina selama puluhan tahun, mereka maki dan merendahkan wakil SUPP termasuk seorang tokoh yang di segani oleh rakyat yakni DR SIM.Kini ada yang kata Cina hentam cina,cina balon cina,dan yang akan rugi ialah cina juga.cina dia memang pantang rugi.
,

No comments:

Post a Comment