Saturday, April 2, 2011

GENDANG PERANG SEMAKIN RANCAK DI SARAWAK

                         KENYALANG
PERTAMA: Burung Kenyalang berasal dari Sarawak. Burung ini  milik negeri Sarawak kerana keunikannya. Muncungnya, jambulnya dan warna bulu serta saiz nya menyimpul suatu tanggapan gagah. Malah puluhan tahun  burung ini telah mengilhamkan kerajaan negeri untuk mengiktiraf burung ini sebagai lambang negeri( coat of arms).

KEDUA: Sebut saja sarawak maka terlintas di fikiran kita burung ini dan sekali gus kita akui ini adalah bumi kenyalang. Ada pantun, ada kemegahan, ada penghormatan, ada kesayangan dan ada kebanggaan dengan kenyalang. Sehingga momento kenangan pun mengukir burung ini.

KETIGA: Bila sebut juga kenyalang, ianya satu simbol ketaatan. Orang Sarawak paling taat dan etnik kaum nya penuh dengan budaya dan susila yang menjadi rujukan dunia dan burung ini merupakan pelindung dan penjaga kepada orang sarawak
           
KEEMPAT: Burung Kenyalang ini melambangkan satu daripada 'Petara'[Tuhan] yang paling berkuasa dalam kaum Dayak, Sengalang Burong yang memainkan peranan yang penting dalam perayaan keagamaan Iban, terutamanya Hari Gawai Kenyalang.
     
                        BURUNG INI PULA DI POLITIKAN

DAP kini mulakan gerak BIA DAP nya dengan memperkenalkan MASCOT Kenyalang sebagai mascot untuk mengubah Sarawak. CD diedarkan dan kartun kenyalang lawan KM di buat seolah-olah macam akan ada suatu kegerunan dan satu pukulan ombak bagi BN pada PRN kali ini.

DAPig ini mulakan dengan geraksarafnya kepada orang IBAN dan dia kata bagaimana orang iban menderita dan sengsara dalam arus pembangunan sarawak. Ini suatu yang lucu,kerana dia tidak pula cerita tentang negeri milik iban yang sedang di majukan,dia tidak cerita bagaimana kemudahan lain seperi hospital,keselamatan,sekolah dan ratusan kemudahan telah di lakukan dan jelas DAPig ini mahu orang iban benci dan kebencian ini akan membawa perubahan untuk menguntungkan DSAI.

Orang IBAN bukannya kaum yang ketinggalan. Sebahagian besar mereka lebih cerdik dari orang DAP di Semenanjung. Kita patut semaikan budaya dan semangat PATRIOTIK. Kenapa DAP tak buat ini?Kita patut cakap bagaimana mahu bangunkan kawasan yang di katakan mundur itu?dia tak cakap cadangan balas.Yang dia tahu cakap ialah ....APABILA KAMI BERKUASA KAMI LAKUKAN...bukankah ini ungkapan membodohkan orang IBAN seolah olah mereka ini mudah sangat terpedaya dengan janji kosong. 30 tahun berlalu mana ada penderitaan, sengsaraan, penindasan, pengasingan? Yang berlaku ialah peringkat demi peringkat rakyat semakin menikmati keperluan asas dan kemudahan asas supaya mereka menjadi cergas dalam meneruskan kehidupan di bumi yang damai.

BIA-DAP sungguh apabila tanpa ehsan dan tanpa izin dari semua pihak DAPigs ini mengambil kesempatan waktu pilihanraya menggunakan mascot dan di copkan dengan simbol DAP serta di jualnya di pekan besar sarawak dengan harga RM10. Kita tanya adakah simbol ketuhanan IBAN ini untuk di jual? Setujukah orang Iban akan keBIA-DAP-an DAP?
Adakah simbol ketuhanan ini hanya bernilai $10 sahaja?adakah mascot ini yang melambang milik rakyat sarawak boleh dengan mudah menjadi milik kemegahan DAP?Apakah bendera DAPigs sudah tidak laku?Tindakan DAPig seolah olah mahu jadikan simbol DAPig di SARAWAK yang di kaitkan dengan BURUNG KENYALANG.Baginilah kurangajarnya DAPig ini mencabul budaya dan kesucian bumi kenyalang.

                               PERCAKARAN KERUSI
Bila dewan undangan negeri di bubarkan,kita dengar kekalutan dan lintangputang sifat kerakusan parti pembangkang. DAP bergasak dengan PKR. SNAP bergasak dengan PKR. Nampaknya jelas kali ini PKR going for broke. Dia nampak macam mahu bersungguh sungguh menjadi champion pilihanraya kali ini.PAS di sarawak tidak langsung di pedulikan oleh PKR sedangkan di sarawak pun ramai orang islam.KENAPA PAS di PINGGIRKAN?adakah kerana prestasi PAS yang merosot atau PAS sudah tidak lagi berani untuk bertanding diSARAWAK.

MUNGKINKAH INI KALI TERAKHIR DSAI AKTIF DALAM PILIHANRAYA ATAU PENGARUH NYA DI SEMENANJUNG SUDAH MULA DI TALQINKAN.
PERTAMA: Tony Pua ayam sabungan DAP kata dekat CHUA dari PKR little Napoleon..hari ini sudah pun ada ketidakpuasan penyokong DAP pada PKR kerana sikap PKR.MANA SIFAT PERMUAFAKATAN?belum apa apa lagi sudah tunjuk sifat RAKUS dan sifat TAMAK.JELAS HAMBAR PERPADUAN MEREKA.
KEDUA: Ramai ahli parti pembangkang masih melihat yang PKR ini parti dari semenanjung.Mereka tahu dah ramai yang lompat keluar PKR. Mereka kecewa kerana DAP tidak mampu menawan PKR yang semakin hebat membuat percaturan kerusi.PKR dengan mudah kata SNAP sudah di beli oleh BN.Mereka langsung tidak pandang dan bagi penghormatan pada SNAP.DSAI pun tidak berhemah,dia hentam SNAP dengan kata ini bukan parti perjuangan,ianya hanya satu parti yang merosakkan taktik PAKATAN RAKYAT.DSAI melihat SNAP sebagai parti KATAK.

KETIGA: Apabila ada saja langkah yang buntu maka ternyata DSAI akan buat kesimpulan bahwasanya ada campurtangan dari BN untuk rosakkan rancangan mereka.Ada saja yang kata bahwa akan berlaku perubahan yang memihak pada BN.cuba kita tanya setakat ini dalam sejarah politik tanah air,parti mana dalam tempoh 3 tahun pemimpin hebatnya melompat keluar?kenapa cerita lompat katak ini di tujukan pada SNAP saja?

                              JENTERA PILIHANRAYA

kali ini ramai penganalisis berpendapat yang jentera pembangkang lintang pukang dan akan ada mereka yang mula bawa diri dan sabotaj kegiatan parti kerana tidak puas hati cara rundingan.Memang sah kali ini kesombongan PKR terserlah dan ini buatkan orang sarawak naik bosan.DSAI kehulu hilir buat penjelasan tentang perkara basi dan perkara hal peribadinya.Sesekali adalah orang percaya,tapi dah selalu sangat cerita kalut dibuatnya oleh DSAI maka rakyat sarawak berpendapat DSAI sudah LELAH dan dia sedang struggle untuk membuktikan sesuatu yang penuh kepalsuan,penipuan dan pembohongan.

                PAKATAN UNTUK KALI TERAKHIR?
Mungkin pilihanraya ini adalah terakhir untuk PR bersama. Banyak dalilnya..Selepas ini rasanya masing-masing akan bawa haluan sendiri. Road to putrajaya dan JINgga akan menjadi bahan muzium.Ketika itu boleh di rumuskan DSAI bertanggungjawab menghancurkan perpaduan setiap parti pembangkang.PKR parti yang telah TERTIPU oleh kelicikan politikus DSAI.PKR adalah parti milik seorang dan parti Keluarga.

No comments:

Post a Comment