Monday, September 6, 2010

SIRI 22: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

7Pernah tengok wayang bertajuk SHINJUKU INCIDENT? Filem itu tunjuk bagaimana pelarian dari negeri China ke Jepun dan menetap di sana. Mereka datang dari pelbagai pelususk daerah di China. Cerita mereka juga pelbagai. Tapi memang memilukan. 

Semasa di Jepun mereka menghadapi masalah untuk wujud permuafakatan sesama mereka kerana orang tempatan juga tidak menyukai mereka. Namun berasaskan prinsip mahu survive dan kerja kuat dalam membentuk ekonomi mereka ketepikan perbezaan daerah.

Akhir cerita mereka kukuh ekonomi dalam daerah Shinjuku dan telah berkuasa di daerah itu dalam mengawal selok belok masyarakat. Cerita ini sama saja kalau kita rujuk kepada sejarah. Bangsa ini memang bangsa yang diusir atau patut diusir oleh pemerintah. Sesama mereka memang ada kelainan tapi matlamat awal ialah EKONOMI dan keduanya KUASA.

Ada kita dengar... no money no talk? Maknanya prinsip kuasa adalah bukan dari keturunan atau dinasti tetapi penguasaan ekonomi. Ini satu teori yang betul. Bagi orang yang beragama Islam pula, ekonomi adalah tuntutan dan menyebarkan serta mempertahankan agama adalah suatu jihad.

Kekuatan Islam adalah nilai-nilai yang ada. Kelembutan Islam cukup jelas sehingga dalam tanah Melayu majoriti bangsanya bersopan dan berbudaya. Ini ajaran agama. Melayu tidak diusir. Apa yang selalu menganggu Melayunya ialah fitnah dan tamak. Ini dari segi sejarahnya keruntuhan kehebatan Melayu. Mereka cepat excited dan mereka akan wujudkan perasaan tidak percaya satu sama lain.

Dalam kekalitan inilah British terutamanya dengan disokong oleh pendatang mengambil kesempatan dan Malayan Union adalah satu ruang untuk menjatuhkan Kesultanan tapi mujur ada anak-anak Melayu yang insaf dan sedar bahawa jika institusi ini hilang maka tanah Melayu adalah terbuka untuk segala yang mungkin.

Ketika kekalutan itu Tanah Melayu, orang Melayu dan ulama Melayu semacam kata orang "a virgin surrounded by a prostitude"  Syukur dengan kebijaksanaan dan hidayah orang Melayu mempertahankan semua institusi. Keampuhan dan kerapuhan institusi adalah tanda keruntuhan tamadun bangsa.

Ancaman ini sekarang pun berlaku. Di negara kita pun berlaku. Kedaulatan yang bersandar pada agama dan Kesultanan sentiasa menjadi sasaran. Ekonomi yang dulunya telah diblot oleh bukan Melayu begitu sukar untukdiambil sedikit dan diberi pada peribumi. Ianya dikatakan sensitif. Basib kita masih baik sebab permuafakatan kaum masih menjadi prinsip perpaduan.

Namun itu pun sudah ada tanda keretakan. Jika inilah yang kita rasa dan kitda dapat nilai aka bayangkan bagaimana payah untuk kita menuju wawasan? Kemajuan minda dan kepandaian yang ita miliki bukan untuk meroboh ketahanan kita. Kita patut ada kesungguhan pelihara dan pupuk generasi.Gerakan mengubah ketahanan yang diwarisi dan melumpuhkan sendi-sendi kemajuan negara.

Rakyat hendaklah memahami makna penindasan dan makna pembangunan. Rakyat mesti faham antara perjuangan dan pengkhianatan.... Rakyat di harap dapat menilai kehancuran dan kehebatan. Sebarang kegoncangan tidak akan menguntung penduduk asal. Jika mereka lemah maka mereka tidak ada lagi ruang untuk menjuarai tampuk kuasa.

Jangan kita ada parasangka pada mana-mana pihak untuk seketika, elok kita insaf dan bina semula kekuatan sebab yang terguris dan terluka adalah orang Melayu. Tidak guna menuding jari jika badan sudah penuh dengan calar dan cakaran. Inilah waktu kita bersatu. Penyatuan Melayu semasa menyambut hari yang mulia adalah bermaafan dan bina kekuatan ummah.

Gunakan secara terbaiknya. Jangan gadaikan dan jangan pertaruhkan kuasa asal yang kita miliki. Kepada yang mencabar kita tetap akan lawan demi generasi pewaris. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN...

No comments:

Post a Comment