Friday, September 10, 2010

SIRI 27: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Duit raya pada hari raya adalah kegembiraan anak-anak, yang jadi warga emas, yang kurang bernasib baik. Di Penang kita tanya LGE banyakkah DAP bagi duit raya? Tentu depa jawab ada tapi tak banyak la macam parti lain sebab depa baru dapat kuasa. Baru 2 tahun. Lagi pun kata LGE depa memang dah dok bagi duit setiap bulan untuk mereka umur 60 ke atas.

Kalau ada kematian, tak hairanlah apa bangsa dan agama asalkan umur 60 tahun ke atas dia bagi RM1,000. Hebat juga LGE mengurus Negeri Pulau Pinang. Orang Penang pun apa lagi, tak kira apa bangsa dan apa parti pun lintang pukang tunjuk muka kat pejabat ROKET. Bila nama dah daftar setiap bulan pungut dari Malayan Banking.

Itu kot sebabnya ulama ka, cikgu ka, buruh ka, semua seronok dengan LGE sampai doa dekat dia. HEBAT!!! Cuba kita fikir kenapa kerajaan sebelum ROKET tak fikir itu semua. Sebab cara pembangunan bukan bagi duit semua darjat. Kita bagi kepada yang perlu, bukan pancing cara membazirkan cash flow. LGE faham hukum ekonomi. Dia bukan bodoh. Dia melabur untuk KUASA. Dia sanggup jadikan negeri ini penuh hutang tapi untuk hanya 2 tahun lagi.

Pancing dengan bagi duit lagi tingkatkan kesetiaan pada LGE berbanding dengan parti yang bagi longkang, psar, masjid, sekolah. Ini dia nanti kata kerja parti satu lagi. Bila satu lagi parti bagi duit depa nanti kata rasuah politik. Kalau depa bagi rata-rata kata itu duit rakyat. Hebat tafsiran: LGE tahu kalau dia tak lagi berkuasa maka parti akan datang akan menghadapi masalah untuk menghentikan amalan dia.

NAH!!!! LGE sudah tawan minda rakyat Penang. Nampaknya semua mesti jadi setia hanya dengan duit. Tak kira sama ada 20 sen ka 10 ringgit ka atau berapa pun jumlahnya. Tak hairan dulu lagi orang Cina selalu kata ini Melayu boleh beli punya. Kasi sikit wang dia mesti kautim. Ingat tak dulu dulu kita sebut duit kapi tapi la ni LGE tak nampak langusng untuk menghentikan amalan sogok minda dengan wang.

Apam lagi Melayu Penang pun buat kenyataan. Cukup lama depa tak makan duit gomen. Baguih Cina Guan Eng dia yang mula bagi duit gomen kat rakyat. Rakyat sudah jadi kabur antara duit dengan subsidi, antara 20 sen dengan insentif, antara 20 ringgit dengan bantuan persekolahan. Entahlah berapa lama hal yang tak ekonomikal ini akan diteruskan??!!!

Nanti bila dana negeri hampir bankrup depa akan kata federal tak sokong bagi geran, depa akan pujuk bagilah depa peluang lagi untuk terus perintah. Jangan langsung kita lupa ekonomi. kalau kita lupa maka kita tak akan tahu yang LGE mahu KUASA, KUASA, KUASA. Itu saja.

Dia apa peduli hal ekonomi ka atau apa jua hal mengenai urusan negeri. Kuasa bagi dia hanya melalui wang yang mustajab dalam pemikiran rakyat khusus orang Melayu. HEBAT. Cuba tanya siapa yang UNTUNG?

No comments:

Post a Comment