Friday, September 10, 2010

SIRI 29: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

LGE berkata dalam 'RISALAH CAT' "BN ni manusia pun dia, hantu pun dia". Apa macam BN? Betulka? Dia cakap sedemkikian bila mengulas kes nasib 200 penduduk jalan Pokok Assam Jelutung yang mendapat perintah mahkmah untuk keluar dari tanah atas tujuan pembangunan. Kerajaan DAP ini hanya berjaya tangguh hingga Oktober nak fikir apa langkah yang dikatakan "WIN WIN".

Dalam pada itu LGE seperti biasa kata masalah ini masalah dulu di bawah BN. Apa punya mangkuk hayun LGE ini. Semua yang masakah mesti rujuk hal dulu. Tunjuklah kreativiti, tunjuk kehebatan. Kalau setakat bole tangguh 3 bulan tak payah tunggu kerajaan negeri campur tangan, Penolong Pegawai Daerah pun boleh buat.
Apa yang Melayu Jelutung nak tengok ialah hal kebajikan, kehebatan Omar Al aziz, kenapa nak perlu kata perlu cooling off lagi??? Nak sekarang baru LGE tahu betapa rumitnya hal kemasyarakatan. Dulu masa pandai menyalak macam-macam idea dia bagi. La ni camna???? Dia kata dia akan bagi amaran supaya tuan tanah masa depan kena fikir hal setinggan sebelum buat pembangunan.

HELLO LGE, tahukah sejarah kependudukan Melayu di Jelutung? Pernah pada 1979 kita cuba tinjau bagaimana mahu selesai hal mereka tapi kerajaan BN biarkan dulu sebab priority bukan di Jelutung ianya mesti fikir tapak penempatan terlebih dulu. Sebab itu Jelutung memang pendudukannya begitu. Dah lama mereka hidup tanpa diusik.

Ini baru 2 tahun perintah sudah tidak mahu campur tangan peringkat awal. Cuma yang berani pun ialah lepas dapat keputusan mahkamah. Ini makna LGE lepas tangan peringkat awal-awal lagi. sekarang dia kata kalau buat sesuatu itu pelanggaran perintah mahkamah. Ingat orang Penang tunggu sampai macam tu ka? Cuba hal ini kita buat dekat Kampung Pulau yang penuh dengan Cina berani LGE cakap macam dia cakap kepada 200 penduduk.

RM10,000 itu upah pindah tapi kerajaan negeri harus cekap buat tawaran penempatan. Hai, kata hebat jaga kebajikan kenapa lembab bertindak. Dia kata di tanjung tokong bawah UDA kita roboh tak bising pun. HELLO LGE!!!! di sana adalah penempatan semula, penduduk tak dihalau , kita ada skim, kita ada pelan penempatan.

Itu yang bezakan antara BN dengan PR. Entahlah apa nasib Melayu Penang. Baru 2 tahun perintah di sana sini kita dengar hal roboh!!! Roboh!!! Roboh!!! Cub buta renungan sikit, budaya siapa yang suka minta mahkamah selesaikan masalah sosial. Ini semua kerja PR. Ingat, mereka mahu kuasa, bukan setakat negeri malah federal. Mereka tahu mereka tak bijak urus hal sosial takut gagal sebab tu depa suruh buat melalui mahkamah supaya depa dapat rujukan mudah.

HELLO LGE!!! Ini trick kita semua sudah faham. Apa salahnya kalau di Jelutung kerajaan negeri istiharkan penempatan Melayu seperti di Kampung Baru KL? Atai Kampung tradisional? Ah susahkan?Kalau setakat semu itu ini jadi susah apa guna ada alternatif punya kerajaan. Jangan ingat kita tak perhati chauvinisme kamu wahai LGE. kami tahu yang untung itu akhirnya siapa!!!

No comments:

Post a Comment